Thursday, July 30, 2020

1521 : Preview >> Cumi Cumi Homestay - Cameron Highlands

Alhamdulillah akhirnya buat tempahan saat akhir untuk ke sini kembali selepas sekian lama

Rupa paras ruang tamu. Warna dinding dia menarik sangat habaq hang. Ha ha ha ha...

Rupa paras tempat makan, meja yang sangat comel. Untuk 4 orang. Warna Warni kerusinya.


Bilik kedua. Mungkin ini bilik yang sesuai keluarga yang akan joint dalam trip kami nanti.


Ni bilik utama (katil queen) dan ada bilik air. Bilik yang paling sesuai untuk kami bertiga

Bilik ke tiga. Harga homestay ini pada musim cuti  umum (public holiday) ialah RM300 semalam.

Rupa paras dapur. Datang nak jalan-jalan tak ada nye nak masak-masak sangat kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semua perjalanan dan apa yang dirancang dipermudahkan.A-Min

Wednesday, July 29, 2020

1520 : Westplate Factory Shah Alam >> Reunion X-HCA KL Tower - 26 Julai 2020

Alhamdulillah akhirnya pada 26 Julai berlangsung small reunion X-HCA (Human Capital & Admin) x KL Tower (Menara KL). Dari kiri, Fara, Meza, diriku + najla, yusree, owner (rakan sekerja KL Tower Kak Eliey) dan Razak

Ada beberapa orang yang tak dapat hadir. It's ok. See u next time. Tahun depan pulak ke?

Dua mamat yang depan tu sampai lambat. Kami dah nak habis makan baru sampai. Orang dah sampai dia orang baru nak bertolak.

Diriku dan my anak kesayangan hamba  #najlanazihahbtshaizhar. Daddy sayang #najlanazihah

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah akhirnya menjadi kenyataan juga walaupun masa terhad nak bergosip dan membawang lebih2 pun tak boleh

Thursday, July 23, 2020

1519 : Preview >> Westplate Factory Shah Alam

Restoren di Shah Alam. Bekas rakan sekerja ada kongsi dalam perniagaan ni. Ramai dah kekawan dah pergi. I pun tak tahu bila nak pergi. Mungkin dalam masa terdekat ini

Ini lah rupa paras Restoren tersebut. Semoga ada rezeki nak pergi dengan team HCA X-KL Tower yang dijangka pada 26 Julai 2020 nanti.

Ni mesti set up khas untuk apa2 event kot! Kalau time dia orang tempah tu set up mcm ni memang terbaik la!

Antara menu yang terdapat di restoren tersebut. Rasanya masih sama lagi kot!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabarnya nak jumpa kekawan lama sambil makan & minum + membawang. Mesti banyak memori lama akan kembali menjadi sebutan

Wednesday, July 22, 2020

1518 : Jawatan Kosong - Telaga Biru Sdn Bhd >> Pembantu Pemasaran


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila pekerja HR menjadi designer, begini jelah rupa paras iklan tu. Apa pun pada yang mencari kerja. Di persilakan untuk apply.

Tuesday, July 21, 2020

1517 : Bisnes >> Produk - Popia Bergedil


Tetiba terasa nak jual produk terbaharu. Gigih tengok dan belajar kat youtube. Antara hero produknya ialah kentang + bawang goreng + cili + daun bawang + daun sup + isi ayam. Itu je!

Lepas tu buat bentuk mcm ni. Bujur kan? Jangan terlalu panjang dan mengemuk sangat.

Kemudian letak seperti ini. Kena lipat 3. Kemudian 1/3 tu di gam (guna tepung gandum + air)

Seperti ini dan digulung sehingga hujung dan di gam lagi (tak ada gambar contoh pulak)

Ini rupa paras 3 yang pertama. Nak tengok yang selanjutnya?

Tara!! untuk sedap kena buat sambal kicap cili padi (tak ada gambar). Rupa paras popia bergedil yang dah telah di goreng pun lupa nak ambil gambar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Semoga produk baru ini akan mendapat sambutan. Gitueee!!!

Saturday, July 18, 2020

1516 : Produk >> Sambal Tempe Viral by Kak Asiah

Tempe.. tempe... produk baru dari Kak Asiah. 'Mana Tahan! Sambal Tempe Viral by Kak Asiah.

Bagi aku yang tak berapa nak suka tempe ni. ok la ! produk baru beberapa hari di pasaran. Tak berani nak jual lagi. Jual #sambalkentangviralbykakasiah je la dulu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harga dia mahal sikit dari kentang. Teka berapa sebekas? ahaks! RM27 jeeeer.

Friday, July 17, 2020

1515 : Kau Permata Hatiku >> Najla Nazihah binti Shaizhar

Aktiviti #najlanazihah di Taska tempat dia mengenal erti sebuah kehidupan. #permatahatiku

Aktiviti cop cop warna. Baju by kedai baju at #tescokepong. Lupa nama kedai tu. RM15 jer!

Baju ni pun sama dari kedai baju kanak-kanak yang menjadi kunjungan diriku bila free. #najlanazihah dan aktiviti di taska.

Nampak kemas sikit rambut anakku ni. Mesti baru lepas mandi ni. Alhamdulillah banyak yang najla belajar sejak duduk di taska. Bukan rezekinya nak tinggal kat rumah pengasuh (rumah orang).

Lagi aktiviti #najlanazihah di Taska. Semua sumber dari hasil cilok di IG Taska.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga Najla Nazihah membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dan dirahmati Allah. (A-min)

Thursday, July 16, 2020

1514 : Preview >> Produk - Bos Muda Crispy Seaweed

Siapa suka snek rumpai laut? Dah lama tak menikmatinya. Tak sabarnya nak tunggu stok sampai
Ini yang perisa original.

Ini perisa Hot & Spicy. Tak adalah pedas sangat. Tapi ok lah kan. Ada lah sedikit perisa kan.

Inilah rupa paras snek rumpai lauk. Menarik tak? Dah pernah jual dulu masa kerja kat #binwaharpsgrocer jadi dah tahu lah rasanya. Insya-Allah boleh dijual.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Akan datang dan dijual di pejabat. 

Wednesday, July 15, 2020

1513 : Produk >> Sambal Kentang Viral by Kak Asiah

Kelihataan produk yang dah hampir seminggu di jual. #sambalkentangviralbykakasiah

Antara gambar2 menarik daripada geng2 Agent/Stokis dalam group whatsapps

Menarik dan tertarik kan? Memang sedap. Sekali hadap boleh habis sebekas ok! Jom rasa dengan
order sekarang.

Hiii..NEW AGENT SAMBAL KENTANG VIRAL BY KAK ASIAH🔥🔥 Kpd warga kl dan selangor !!

🔥🔥SAMBAL KENTANG VIRAL BY KAK ASIAH🔥🔥
🌶️RANGUP🌶️
🌶️PEDAS🌶️
🌶️MANIS🌶️
Yang pasti *SECUKUP RASA*
KrupKrap KrupKrap,
sebekas tak cukup uii🤤
🚘Cod:
Sri Damansara/Damansara/TTDI/SS2/Kelana Jaya/Petaling Jaya/Sungai Buloh/Kepong
🥜RM20/BOX
Nak rasa KrupKrap 👇🏻🔥
http://www.wasap.my/60192842437/naksambalkentangviral
#AgentSKVSriDamansara
#AgentSKVPetalingJaya

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga Allah permudahkan urusan kami agent2/stokis Sambal Kentang Viral by Kak Asiah ni. Nantikan produk seterusnya.

Tuesday, July 14, 2020

1521 : Bisnes >> Produk - Popia Sardin + Sayur

Inti dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. Kelihataan kentang + carrot serta campuran terbaharu iaitu sardin.

Letakkan inti secukupnya. Tengah2 kat bahagian bawah sebelum proses seterusnya iaitu menggulung.

Rupa paras popia sardin + sayur yang telah siap di goreng. Mungkin kena letak lebih sikit sardin lepas ini agar puas makan dan terasa hingga ke tekak.

Kelihataan popia yang telah siap di goreng. Woow! bukan nak puji diri sendiri tapi, semakin hari semakin baik rupa paras dan kejadiaan popia yang dijual.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah. Setiap hari memang habis popia2 yang dijual.

Monday, July 13, 2020

1520 : Jawatan Kosong >> Pereka Grafik - Penerbitan @ Telaga Biru Sdn Bhd


Jawatan kosong terbaharu !!
Sila hantar maklumat lengkap diri portfolio untuk memohon jawatan Graphic Designer Jabatan Penerbitan di syarikat penerbitan Islamik dan Pendidikan Telaga Biru Sdn Bhd di Sri Damansara Kuala Lumpur

Email ke : resume@telagabiru.com.my

Untuk pertanyaan lanjut sila whatsapps 019-2584787. Mungkinkah anda yang kami cari?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sila email dan hantar maklumat yang lengkap. Mana tahu rezeki kan?

Sunday, July 12, 2020

1519 : Bisnes >> Agent - Sambal Kentang Viral by Kak Asiah

sambalkentangviral_byasiah's profile picture

Pada awalnya, hanya sekadar membeli untuk makan sendiri. Kemudian beliau terus UPGRADE sebagai AGENT SKV.

Terima kasih! Insya Allah kita sama2 doakn murah rezeki laris berkat.
Kami semua @agentsambalkentangviralasiah sgt bersungguh meroket!

SAMBAL KENTANG VIRAL.. MANA TAHAN!
STOKIS, AGENT, DROPSHIP diperlukan segera !!
Whatsapp 01110142095
#manatahan#sambalkentangviral #sambalkentang #viral #taktahan!pedas!



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semuanya dipermudahkan. 

Saturday, July 11, 2020

1518 : Bisnes >> Produk - Popia Sayur + Telur

Bahan-bahan yang telah bergaul dengan mesranya. Apa yang ada? Antaranya ialah kentang, carrot, timun dan yang penting ada kuning telur dan sosej

Ambil sedikit dan letak di bawah dan mesti tengah-tengah dan proses seterusnya ialah proses membalut

Oh! ni masa yang dinanti iaitu membalut. Alhamdulillah, kemahiran semakin baik.

Dah siap. Yang dah siap goreng tak ada gambar lah pulak. Syukur alhamdulillah. Setiap hari habis terjual.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jual harga 0.60sen sahaja. Nak jual 0.50sen macam tak berapa nak untung sangat. Kos kulit popia pun sekeping dah 0.10sen.

Friday, July 10, 2020

1517 : Bisnes >> Kerepek, Air Kotak, Gula & Sambal Kentang Viral

Rupa paras bahan jualan di ruang makan lelaki dekat ofis tempat mencari rezeki. Apa produknya?

Aneka kerepek. Ada kerepek bawang, kerepek ubi kentang biasa/pedas, kerepek pisang dan lain-lain

Air kotak. Ada mangga, laici dan teh. Sebenarnya ada juga staf lain yang jual. Jadi i tak leh jual yang sama dengan dia orang la.

Beraneka jenis gula-gula. Mentos ada kopiko, hacks dan lain-lain. Sebijik 0.10 sen. Untung ke jual semua ni? Alhamdulillah. Ada la sikit-sikit. Tak kan nak jual untuk rugi pulak kan?

Produk terbaru yang mula di jual sejak 7 Julai 2020. Harap-harap mendapat sambutan la. Dah plan strategik nak jual dekat mana lagi. Yang penting kena ada marketing strategi. Ok! Ni kat meja pantry. Ada kekawan ofis yang jual benda lain juga. Pepagi i jual popia. Lain-lain entry kita cerita lagi ye.

Ni gambar lagi jelas ok! Ya.. Allah semoga kau bukalah pintu-pintu rezeki buat diri ku dan keluarga kecil ku ini. A-Min

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sebenarnya i is sebati dengan 'popia' dah berpuluh tahun dulu memang dah bergelumang dengan kulit popia. Produk yang selalu dibuat selain simpul kaseh ialah popia suci dalam debu (nestum) dan terkini segala macam popia goreng (sayur, carbonar, pisang cheese) dan akan cari produk yang sesuai di ramah mesrakan dengan kulit popia ini.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015