Tuesday, June 30, 2020

1510 : Dairi Hari Minggu >> Dari Sungai Buloh Ke Sekinchan

27 Jun 2020, Sabtu

Sungai Plong, Sungai Buloh - Satu keluarga kecil dengan suami + isteri serta seorang anak comel berusia 3 tahun keluar dari rumah mereka untuk sarapan. Lepas dah isi perut terus menuju ke daerah Kuala Selangor dan lokasinya ialah di Sekinchan


Mengharapkan suasana hijau kuning seperti ini.. Tetapi ini yang terjadi.(Gambar sumber: google)

Sedey.. Tak ada semangat nak ambil gambar. Nasib baik la anak kesayangan hamba tengah tidur (gambar ni pun hasil cilok kat google juga).

Mencari padi gallery. Rupanya salah lorong. Tapi jumpa la juga. Sekadar masuk tengok2 shj. (Gambar ni pun hasil ambil kat google juga).

Ini rupa paras dalam Paddy Gallery. Sempat lagi tumpang membuang hajat kecil. (Gambar ni pun hasil daripada orang lain). Nak masuk kena bayar tapi tak pasti berapa harganya.

Antara homestay kontena yang terdapat disana. (Ni pun ambil kat internet je!)

Ni pun homestay kontena juga. Terletak berhampiran juga. (Sumber cilok dari internet juga). Penah jadi lokasi sebuah drama lakonan siti nordiana.

Macam biasa bila ke Sekinchan akan imbas kembali kenangan dulu-dulu masa joint back packers yang masuk TV ada Farah Fauzana tu. Ada yang ingat?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kena datang lagi masa musim padi hujung tahun ni la pulak!





Monday, June 29, 2020

1509 : #WEAREFREE >> MASUK PERCUMA @ KL TOWER 1-31 JULAI 2020

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pulak tempat membina kerjaya. Ce waaah!!! 17 Feb 1998 - 16 Ogos 2010 (12 tahun 6 bulan) Penuh suka dan duka. Tak sabarnya nak pergi jumpa kawan-kawan dan bawa anak kesayangan hamba #najlanazihahshaizhar. Insya-Allah, semoga semuanya di permudahkan. A-Min

KL Tower !!! tunguuuuuuu KAMI ber3 datang.

Sunday, June 28, 2020

1508 : SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com


SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com - Lama dah shida pendam nak buat segmen, cuma tunggu masa yang sangat-sangat sesuai. Alhamdulillah hari ini tiba lah masanya shida lancarkan "Segmen Bloglist 2020 Blog Shida" segmen yang pertama untuk tahun ini. Kenapa pertama? sebab dah lama sangat tinggai blog kesayangan ni ^_^ sape suruh ye dak :p Segmen akan bermula 24 Jun 2020 sehingga 13 Julai 2020 bersamaan 20 hari sahaja. Okay lah jom tengok apa syarat-syarat yang patut diambil kira dalam menyertai segmen shida ini, sememangnya mudah sahaja. Okay lets start it :)

  1. Buat satu entri dan tajuknya - SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com
  2. Copy Banner Segmen dan masukkan dalam entri serta backlink kan ke entri segmen ini. 
  3. Cerita sikit dalam entri "apa yang korang suka tentang blog shida"
  4. Follow Blog Shida dan Add Facebook Shida Radzuan **jika ada facebook ya :)
  5. Dah siap? Korang boleh send link entri korang ke komen entri segmen ini sahaja ya.
  6. 20 blogger terpilih akan shida masukkan ke dalam Bloglist 2020. Bloglist ini akan kekal sehingga Disember 2020 selagi blog tersebut masih aktif.
  7. 1 pemenang akan shida pilih melalui referral tertinggi atau Top Referral dan akan membawa pulang berupa hadiah cash RM50.00
  8. Okay itu sahaja untuk segmen kali ini, Semoga berjaya dan Selamat Bersegmen untuk semua bloggers.

apa yang korang suka tentang blog shida .. blog yang biru & putih. Sejuk mata memandang. Banyak tutorial dalam blognya dan yang penting bila tengok portfolio macam teruja nak bekerjasama. My blog ni pun dah 5 tahun tak salin kulit. Mungkin ada rezeki untuk jalinkan usahasama. Insya-Allah

Paling suka dia ada bagi tips mcm mana nak tukar domain blogspot ke dot com. Harap ada rezeki untuk bertukar ke shaizhar.com dalam masa terdekat. A-Min

Follow Blog Shida -) Yang ke 4906 (25/6/2020)

Saturday, June 27, 2020

1507 : Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Jun 2020 - 31 Ogos 2020



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semuanya di permudahkan dan Malaysia serta seluruh dunia kembali bebas daripada wabak Covid 19. 

Friday, June 26, 2020

1506 : Jom Follow = Telaga Biru @ Shopee


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ayuh! marilah follow. Shopee.com.my/telagabiru.official

Thursday, June 25, 2020

1505 : Elewsmart >> 10 Cawangan Akan Di Buka


Akan dibuka mulai Julai 2020

Pohon doakan ya ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kasih semua - Ustaz Ebit Lew

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semuanya dipermudahkan. Nak juga cuba apply tapi bila tengok gaji yang ditawarkan (no komen). ha ha ha. Mungkin bukan rezeki untukku disitu pada masa ini.

Wednesday, June 24, 2020

1504 : Dairi Hari ini - Botol Biru >> Minum Sampai Habis


24 Jun 2020, Rabu

Sri Damansara Kuala Lumpur, Hari ini didapati botol jenama Tupperware telah diisi dengan air yang penuh. Tiada label berapa sukatan kandungan pada botol ini. Agak-agak ada tak 2.5 litter ke 3 litter kalau mcm ni rupa paras yang besar, gemuk dan tinggi?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga terus istikhomah untuk minum banyak air putih. Kurangkan gula dalam minuman + makanan dan lebihkan kemanisan dalam senyum.

Harap-harap next week/bulan depan (Julai) dapat lah teruskan misi puasa sunat isnin dan khamis dan diet kurangkan lemak-lemak badan yang dah tepu kat badan ini. Target permulaan tak banyak. Turunkan 20kg pun dah cukup. Nantikan cerita-ceriti di dairi akan datang. 

Dengan harapan blog ini tak akan terus bersawang sebaliknya disinari dengan cerita-cerita terbaru lagi terkini.

Tuesday, June 23, 2020

1503 : Dairi Hari ini - WSH 9347 Buat hal !!!


23 Jun 2020

Al-kisah kejadian ini sejak pagi semalam (22/06/2020) tapi bila isi angin kat stesen minyak shell ok je. Mampu bertahan sampai ke ofis Sri Damansara.

Time balik, tengok2 kejadian pagi berulang kembali. Siap singgah workshop kereta tumpang isi angin. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah kuarters di Kelana Jaya.

Semalam keluar rumah dan makan malam di luar. Jadi time balik malam tengok tayar depan dah kempis kembali. Erm..

Hari ini di pagi2 hari bawa pelahan2 ke stesen minyak shell semula. Nampak gayanya kena tukar tayar juga lah jawabnya. 'Melayang-layang' la jawabnya. Dugaan-dugaan. Semoga bertabahlah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah ada rezeki akan update blog ini hari-hari. Semoga tak menjadi hangat-hangat 'tahi ayam'.

Monday, June 22, 2020

1502 : Jawatan Kosong @ Telaga Biru Sdn Bhd = Editor Bahasa Melayu



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Ada yang masih mencari kerja kosong? Sila hantar maklumat lengkap diri ke email resume@telagabiru.com.my

Friday, June 19, 2020

1501 : Status Terkini Covid 19 - Malaysia (18 Jun 2020)




Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Syukur alhamdulillah. Dah semakin beransur baik. Sekarang dalam PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Semua Malaysia bebas dari Covid-19 dan kosong ke dalam masa terdekat.

Thursday, June 18, 2020

1500 : Warna - Warni Private Birthday Party Najla Nazihah dan Nour Eizzah




 Alhamdulillah apa yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan pada 14 Jun 2020.

 Ayah mertua + keluarga angah + keluarga along. Ada juga 2 anak buah menyelit.

 Birthday kek anak kesayangan hamba #najlanazihahshaizhar. Sebenarnya dia nak #didiandfriends tapi stok patung2 didi dan kekawan tue susah nak dapat pulak. Jadi beralih arah la kepada Hello Kitty.


Nour Eizzah dan kek birthday pilihan hatinya. Ada kejutan!! tapi dia dah tahu. Kek tarik duit!. 1st time tengok.  Yang letak Happy Birthday tu, kita tarik akan keluar la duit2nya.

Inilah dua beradik lain mak dan lain bapa tapi lahir 14 Jun di tahun yang lain-lain. Happy birthday untuk kesayangan2 daddy & mummy.

 
Selain nasi ayam (tiada dalam gambar) Ini adalah meehoon goreng yang tak pedas. Kalau nak pedas kena tambah sambal.

Kuih dan muih memang macam-man pilihan. Antaranya karipap dan kuih seri muka.

Yang belakang tue adalah popia cabonara dibuat oleh diri ku sendiri. Antara yang paling laris.

Yang ini pun design by me. Ha ha ha. Mula-mula dah susun elok2 tapi biasalah. Ada budak2 jadi beginilah jadinya.



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Minta maaflah ye . tak menjemput sesiapa pun melainkan jemput yang dijemput sahaja dikalangan adik beradik my wife. Insya-Allah lepas PKP/ tahun-tahun akan datang boleh le jemput ramai orang kan. 

Wednesday, June 17, 2020

1499 : Private Birthday Party Najla Nazihah dan Nour Eizzah


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kad ucapan maya yang direka oleh bekas pekerja di Telaga Biru. Support kawan-kawan. Maaf lah ye. #privatebirthday party jemput adik-beradik dan suadara terdekat dalam kawasan pakar dan kawasan kejiranan kami sahaja.

Tuesday, June 16, 2020

1498 : Happy Birthday to Najla Nazihah & Nour Eizzah




Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selamat Hari Lagir ke 3 buat cahaya mata dan kesayangan hamba #najlanazihahshaizhar dan anak terangkat #noureizzah yang ke 9 tahun. Lahir pada 14 Jun di tahun yang berlainan. Semoga dipanjangkan umur dan berjaya dalam hidup. A-min


Monday, June 15, 2020

1497 : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 (ONLINE) X Shopee


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nampaknya tahun 2020 ialah tahun melestarikan zaman teknologi online. Sekarang semua orang membeli apa-apa sahaja secara online. Jimat masa dan tenaga. Ayuh! sokong kami dengan membeli secara online di shopee.com.my/klibf
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015