Monday, March 23, 2020

1496 : Tabung Covid 19

NILAI: Wang ihsan melalui Tabung COVID-19 sebanyak RM100 sehari akan diberi kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang tempoh dikuarantin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tabung dilancarkan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19 kerana tidak dapat bekerja susulan menjalani kuarantin itu, diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Beliau berkata, ia membabitkan mereka yang dikuarantin selama 14 hari atau menerima rawatan di hospital berikutan disahkan positif COVID-19 bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sumbangan RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses kuarantin itu.
“Bagaimanapun, mereka yang mempunyai pendapatan tetap seperti kakitangan kerajaan, tidak layak menerima sumbangan ihsan daripada tabung berkenaan.
“Ini adalah wang ihsan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dan tabung terbabit diuruskan oleh NADMA,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, di sini, hari ini.

Sumber dari sini

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga 'mangsa' yang dikuarantin akan menerima faedah dengan menubuhan tabung ini.

Sunday, March 22, 2020

1495 : Penyakit Covid19




Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ambil langkah berjaga-jaga di berwaspada sentiasa. Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.Sentiasa mendapatkan perkembangan semasa dari sumber yang sahih

Saturday, March 21, 2020

1494 : Test Market - Cari Kerja lain

Di tahun 2020 ini adalah test market cari kerja lain. Company pertama tu macam #hampeh. Tak ada gaji basic.

Malsa ni company kedua. Nama syarikat sebenar dirahsiakan. Lokasi di area Batu Caves. #jauh. Jawatan #salesexecutive. Antara sebab tolak tawaran ini ialah *kerja 6 hari *%komisyen rendah *basic boleh la. *kena ada kenderaan sendiri

Company ni macam best! Lokasi di #setapak. Ramai pekerjanya muda-muda. Antara sebab tolak ialah *basic rendah (salah sendiri juga). *HR lambat respond/offer. Mungkin juga sebab tak ada rezeki. Jawatan #HRAdminExecutive.

Ada juga dapat call dan email untuk hadir temuduga tapi tu lah! tak ada hati dan perasaan dah. Cukuplah pengalaman baharu hadir 3 temuduga selepas kali terakhir ditemuduga 10 tahun lalau (Tahun 2010)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rezeki masih di #telagabiru. Esok lusa tak tahu lah. Allah lebih tahu. Tujuan kongsi cerita ini ialah nak buktikan 22 tahun pengalaman kerja dengan hanya SPM adalah sangat berbaloi-baloi.

Impian nak sambung belajar masih tertangguh. Bilakah?

Friday, March 20, 2020

1493 : Strawberry Park Resort - Cameron Highlands

The Best Hotel Rates @ Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Best Price from RM240 Nett/Night. Book Your Stay Today!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Apa ni, tetiba keluar lagi kat FB. Macam tahu-tahu je plan nak pergi Cameron Highlands. Dah 3 tahun tak pergi. Tengok juga harga Strawberry Park Resort. Mahal sokmo!! Mana nak dapat harga RM240 ni? Matta Fair tunda pulak! katanya 1-3 Mei 2020 (Time Ramadhan tue!).

Thursday, March 19, 2020

1492 : Promosi !!! Tafsir Al-Munir - Telaga Biru Sdn Bhd


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Marilah beramal. Membeli sambil menderma.

Wednesday, March 18, 2020

1491 : Tahniah!! Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dalam banyak-banyak pelantikan Menteri/Timbalan Menteri untuk kerajaan baharu ini, yang ini diyakini dan menarik hati semua insan. Selamat menjalankan tugas dan amanah serta tanggungjawab ini.

Tuesday, March 17, 2020

1490 : Pencarian Pelatih Industri - Telaga Biru Sdn Bhd


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sila hubungi seperti maklumat diatas

Monday, March 16, 2020

1489 : Expo Kerjaya Nasional EIS 2020 - Ditangguhkan


EIS PERKESO mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda untuk menyertai
Expo Kerjaya Nasional EIS 2020.
Dengan dukacita kami ingin mengumumkan acara ini yang dijadualkan pada 11 April 2020 akan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan penularan wabak COVID-19 gelombang kedua. Pihak EIS PERKESO memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
Sebarang pengumuman akan dikemaskini melalui medium sosial media, Facebook dan Instagram @EISPERKESO
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Zharif (019-2493770) Majikan
Cik. Nabihah (019-2499652) Majikan
Pn. Nor'ain (012-6081713) Institusi Pengajian Tinggi
En. Pannirselvam (012-6145117) Penyedia Latihan

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

Sunday, March 15, 2020

1488 : Info - Covid 19 Alert


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Marilah bersama kita mencegah. Semoga semuanya dipelihara dan dilindungi daripada virus2 yang tidak baik.

Saturday, March 14, 2020

1487 - Ditangguhkan : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020


PENGUMUMAN PENANGGUHAN PENGANJURAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2020

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBAKL 2020 bertarikh 6 Mac 2020 sebulat suara memutuskan perkara-perkara yang berikut:

1. PBAKL 2020 di World Trade Centre Kuala Lumpur DITANGGUHKAN sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak;

2. PBAKL 2020 DALAM TALIAN akan dilancarkan dan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu pada 27 Mac- 5 April 2020.

Sekian, dimaklumkan.

MOHD KHAIR BIN NGADIRON
Pengerusi JK Induk
Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2020

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lebih baik tangguh daripada teruskan dan boleh membawa #bencana.

Friday, March 13, 2020

1486 : Kisah Bermalam di Hotel - Batu Pahat, Johor

Inilah rupa paras hotel penginapan 3 hari 2 malam (Tidur je yang penting). Sekali sekala bawa anak bini tidur hotel.

Kesilapan dalam booking ni ialah tak lihat saiz bilik. Tengok gambar macam besar dan ada tingkap. sekali dapat? Sempit giler. Tak ada ruang nak solat dan tak bertingkap, walaupun memang patutnya ada.

Harganya? Macam mahal nak mampus. Tak berbaloi pulak rasanya. Ingatkan sekali breakfast, sekali tanya tak ada. Breakfast pun biasa2 je bukan buffet.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Dan pada malam kedua berlakulah tragedi 'bergelap' selama hampir 2 jam.

Thursday, March 12, 2020

1485 : Balik Kampung - Batu Pahat

Al-kisahnya.. setelah hampir 3 tahun tak balik kampung My Wife, maka pada 28/2/2020 kami sekeluarga pun balik la kampung ziarah kaum keluarga. Pertama kali si kecik #najlanazihah balik kampung batu pahat ni.

Malam keduanya bersantai di sini. Seronoknya, si kecik  #najlanazihah dapat main kat bawah batu terpahat ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah raya puasa tahun ni nak balik raya di kampung lagi. Semoga semuanya dipermudahkan.

Wednesday, March 11, 2020

1484 : Team Building 3H 2M - Swiss Garden Beach Resort Kuantan - Akhir


Lokasinya di Swiss Garden Beach Resort. Pertama kali di sini. Tak boleh check in lagi. 

Bilik untuk penginapan 3H 2 M di sini. Berkongsi dengan Adik ipar (Iqbal).

 Ini kawasan kolam. Tak masuk pun. Tak ada mood sebab anak bini tak ada sekali (jawapan jujur)

Suasana daripada bilik penginapan ditingkat 4. (Tingkat paling atas)

Mewakili syarikat Telaga Biru menjadi pemerhati kepada Team Building anak syarikat Tihani Cetak Sdn Bhd

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari ahad adalah hari santai. Bas bergerak balik dalam 11.00 pagi lebih dan selamat sampai ke Selangor dalam pukul 3.00 petang.

Tuesday, March 10, 2020

1483 : Team Building 3H 2M - Swiss Garden Beach Resort Kuantan - Awal Cerita


Setelah sekian lama tak naik bas. 21 Februari 2020 adalah tarikhnya. Kembali naik bas ke pantai timur.
Selfie bagi whatsapps kat bini. Bukti kot! he he he. Bas besar tapi penumpanya 30 orang je.

Lokasi Team Building ini di Pantai Timur. Ya! di Kuantan, Pahang.

Alhamdulillah.Selamat sampai ke lokasi Team Building. Apa tugas saya?

Pemerhati... itulah tugas saya pada Team Building 3H 2M ini.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah lama tak datang ke Pantai Timur termasuklah Pahang.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015