Friday, September 04, 2020

1526 : Family Trip (Rehlah Keluarga Jaliah & Anak-anak +Cucu2) >> Villa Seniman @ Suunah Koruss Resort - Janda Baik


 Ni aturcara Family Trip yang telah berlangsung bulan lepas diJanda Baik. Dah lama x pergi. Alhamdulillah, ada rezeki untuk kembali ke sini.



Persiapan sebelum pergi. Keluarga kami 'Along' diberi tugasan untuk uruskan berkaitan minuman. Jadi bawalah air mineral, botol besar, air kotak, air soda, air cola, air sarsi, tong air dan yang paling penting ialah ais.


Alhamdulillah keluarga kami yang pertama sampai dan anak kesayangan hamba ni orang yang pertama turun berendam. Ada gambarnya yang itu. Tapi x leh letak sini sebab tak pakai baju.



Ini aksi kami di sungai. Dekat je. Airnya sejuk yang amat. Tapi banyak batu. Tak best sangat la nak berendam lama-lama. Turun buat syarat je temankan si kecik kesayangan hamba.

Dari kiri Aishah, Khadijah, Usthman, Nour Eizzah dan Muhammad Al-Qayyim


Dah nak balik. Ada banyak gambar tapi x tau nak pilih yang mana satu. Jadi pilih yang ni shj le.

Alhamdulillah lengkap semua ahli keluarga sebelah mak mertua Puan Jaliah. Ada kesempatan boleh berkumpul lagi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Simpan buat kenangan.

Thursday, September 03, 2020

1525 : Suprise !! Untukmu Nazuha

 

Membalas suprise!! (kejutan). Dari My Wife Nazuha tempoh hari. Order dengan orang yang sama.



Hadiah selamat diterima dan disimpan di ofisnya. Tetiba terfikir kenapa tak order 11 cokelat tu kan?



Suprise!!! terkejut ke idok? Ha ha ha. Mestilah tergejut kan + tak sangka akan dapat kejutan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : #terimakasih untuk segalanya.

Thursday, August 20, 2020

1524 : Suprise? - Special Gift Dari My Wife

 Suprise? Dah lama x kena suprise rasanya. 9 tahun lepas kot! Masa tu siapa ada bunga ros dan cup cakes lagi masa tu kat company 'C'


Ini kelihatan lebih jelas dan nyata.90% adalah 'manis' sangat lah tak sesuai untuk ahli persatuan kemanisan mcm saya ni. Ha ha ha. Tak pe la, bagi #najlanazihahbtshaizhar kongsi sama2. Eh! macam mana nak bawa balik naik motorsikal ni? Em.. Letak dlm plastik la.


Mesej dari My Wife. 'mendalam sungguh kata-katanya'. Maksudnya? Jom google.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : #terimakasih

Monday, August 17, 2020

1523 : Jawatan Kosong - Telaga Biru Sdn Bhd >> Temuduga Terbuka

 

Esok ok! siapa yang cari kerja sila lah datang ke Temuduga Terbuka ini.

Jawatan kritikal sekarang ialah Pereka Grafik dan Illustrator. Susah sungguh nak cari. Kenapa ye?

Bahagian-bahagian lain pun ada (Sales, Marketing, HR & Admin)

Telaga Biru Sdn Bhd juga memberi peluang kepada Pelajar untuk membuat latihan industri.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga berjumpalah dengan calon pekerja yang dicari.

Friday, August 14, 2020

1522 : Preview - Villa Seniman @ Suunah Koruss Resort - Janda Baik

 Alamat : 113, Kg. Pulau Santap, Janda Baik (31.83 km)

28750 Bentong

Rupa paras kolam yang pastinya menarik minat semua bukan sahaja kanak - kanak.


Bahagian luar rumah. Khabarnya banyak bilik ni. Brp banyak? Baca ni.

VILLA SENIMAN
(6 Bilik & ruangan TV) + (5 Tandas) 

🛏 Bilik 1 : 2 katil queen bertingkat + 🚽 (duduk) + 🚿 
🛏 Bilik 2 : 2 katil queen bertingkat + 🚽 (duduk) + 🚿 
🛏 Bilik 3 : 2 katil queen bertingkat + 🚽 (duduk) + 🚿 
🛏 Bilik 4 : 1 katil queen + 🚽 (duduk) + 🚿
 
🛏 Bilik 5 : 1 katil queen 
🛏 Bilik 6 (loteng) : 2 tilam single, boleh bawa toto utk tambahan (3-4pax kanak²)

🛏 Bilik 7 / 📺 Ruangan TV : boleh bawa toto sendiri (max 6-8pax bujang 😉) 

extra 1  🚽 + open shower 🚿 outside the room

Rupa paras salah satu bilik yang terdapat di sini

Lagi gambar keadaan bilik. Macam... macam.. lain macam kan? Anda suka?

Lagi keadaan bilik. Ada banyak bilik kan? Inilah salah satunya.

Keadaan di ruang tamu (tempat santai-santai) tengok TV dan duduk-duduk. Agak2 ada Astro tak?

Lagi permandangan luas tentang tempat untuk duduk-duduk. Agak2 apa konsep rumah/villa ni?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semua perjalanan dan apa yang dirancang dipermudahkan.A-Min


Thursday, July 30, 2020

1521 : Preview >> Cumi Cumi Homestay - Cameron Highlands

Alhamdulillah akhirnya buat tempahan saat akhir untuk ke sini kembali selepas sekian lama

Rupa paras ruang tamu. Warna dinding dia menarik sangat habaq hang. Ha ha ha ha...

Rupa paras tempat makan, meja yang sangat comel. Untuk 4 orang. Warna Warni kerusinya.


Bilik kedua. Mungkin ini bilik yang sesuai keluarga yang akan joint dalam trip kami nanti.


Ni bilik utama (katil queen) dan ada bilik air. Bilik yang paling sesuai untuk kami bertiga

Bilik ke tiga. Harga homestay ini pada musim cuti  umum (public holiday) ialah RM300 semalam.

Rupa paras dapur. Datang nak jalan-jalan tak ada nye nak masak-masak sangat kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semua perjalanan dan apa yang dirancang dipermudahkan.A-Min

Wednesday, July 29, 2020

1520 : Westplate Factory Shah Alam >> Reunion X-HCA KL Tower - 26 Julai 2020

Alhamdulillah akhirnya pada 26 Julai berlangsung small reunion X-HCA (Human Capital & Admin) x KL Tower (Menara KL). Dari kiri, Fara, Meza, diriku + najla, yusree, owner (rakan sekerja KL Tower Kak Eliey) dan Razak

Ada beberapa orang yang tak dapat hadir. It's ok. See u next time. Tahun depan pulak ke?

Dua mamat yang depan tu sampai lambat. Kami dah nak habis makan baru sampai. Orang dah sampai dia orang baru nak bertolak.

Diriku dan my anak kesayangan hamba  #najlanazihahbtshaizhar. Daddy sayang #najlanazihah

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah akhirnya menjadi kenyataan juga walaupun masa terhad nak bergosip dan membawang lebih2 pun tak boleh

Thursday, July 23, 2020

1519 : Preview >> Westplate Factory Shah Alam

Restoren di Shah Alam. Bekas rakan sekerja ada kongsi dalam perniagaan ni. Ramai dah kekawan dah pergi. I pun tak tahu bila nak pergi. Mungkin dalam masa terdekat ini

Ini lah rupa paras Restoren tersebut. Semoga ada rezeki nak pergi dengan team HCA X-KL Tower yang dijangka pada 26 Julai 2020 nanti.

Ni mesti set up khas untuk apa2 event kot! Kalau time dia orang tempah tu set up mcm ni memang terbaik la!

Antara menu yang terdapat di restoren tersebut. Rasanya masih sama lagi kot!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabarnya nak jumpa kekawan lama sambil makan & minum + membawang. Mesti banyak memori lama akan kembali menjadi sebutan

Wednesday, July 22, 2020

1518 : Jawatan Kosong - Telaga Biru Sdn Bhd >> Pembantu Pemasaran


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila pekerja HR menjadi designer, begini jelah rupa paras iklan tu. Apa pun pada yang mencari kerja. Di persilakan untuk apply.

Tuesday, July 21, 2020

1517 : Bisnes >> Produk - Popia Bergedil


Tetiba terasa nak jual produk terbaharu. Gigih tengok dan belajar kat youtube. Antara hero produknya ialah kentang + bawang goreng + cili + daun bawang + daun sup + isi ayam. Itu je!

Lepas tu buat bentuk mcm ni. Bujur kan? Jangan terlalu panjang dan mengemuk sangat.

Kemudian letak seperti ini. Kena lipat 3. Kemudian 1/3 tu di gam (guna tepung gandum + air)

Seperti ini dan digulung sehingga hujung dan di gam lagi (tak ada gambar contoh pulak)

Ini rupa paras 3 yang pertama. Nak tengok yang selanjutnya?

Tara!! untuk sedap kena buat sambal kicap cili padi (tak ada gambar). Rupa paras popia bergedil yang dah telah di goreng pun lupa nak ambil gambar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Semoga produk baru ini akan mendapat sambutan. Gitueee!!!

Saturday, July 18, 2020

1516 : Produk >> Sambal Tempe Viral by Kak Asiah

Tempe.. tempe... produk baru dari Kak Asiah. 'Mana Tahan! Sambal Tempe Viral by Kak Asiah.

Bagi aku yang tak berapa nak suka tempe ni. ok la ! produk baru beberapa hari di pasaran. Tak berani nak jual lagi. Jual #sambalkentangviralbykakasiah je la dulu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harga dia mahal sikit dari kentang. Teka berapa sebekas? ahaks! RM27 jeeeer.

Friday, July 17, 2020

1515 : Kau Permata Hatiku >> Najla Nazihah binti Shaizhar

Aktiviti #najlanazihah di Taska tempat dia mengenal erti sebuah kehidupan. #permatahatiku

Aktiviti cop cop warna. Baju by kedai baju at #tescokepong. Lupa nama kedai tu. RM15 jer!

Baju ni pun sama dari kedai baju kanak-kanak yang menjadi kunjungan diriku bila free. #najlanazihah dan aktiviti di taska.

Nampak kemas sikit rambut anakku ni. Mesti baru lepas mandi ni. Alhamdulillah banyak yang najla belajar sejak duduk di taska. Bukan rezekinya nak tinggal kat rumah pengasuh (rumah orang).

Lagi aktiviti #najlanazihah di Taska. Semua sumber dari hasil cilok di IG Taska.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga Najla Nazihah membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dan dirahmati Allah. (A-min)
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015