Saturday, March 16, 2019

1464 : Pertama Kali di sini - Bizmilla Insya Hall, Metro Pudu KL

 Alhamdulillah 23.02.2019 yang lalu menghadiri kenduri anak kawin baik di sini.

 Dewannya sangat luar, kemas, bersih dan selesa. Sangat suka konsep macam ini.

 Gambar-gambar adalah dari FB page Bizmilla Insya Hall, Metro Pudu KL.

Rasanya pelamin dan dekorasi dia boleh diubah-ubah mengikut permintaan dan citarasa pengantin kot!
 Alhamdulillah. semua lauk pauknya sedap-sedap dan memenuhi citarasa anak tekak + makanan sampingan lain seperti apam balik, kuih-muih, cendol, bubur kacang hitam, ice cream. Nyum..nyum.

Pada yang nak tempah boleh la. Ada pakej lagi. Siap ada free instant photobooth tapi tak sempat nak pergi ambik gambar sebab orang tak putus-putus. Benda free kot!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kenal MILA Juara AF 5? Ni dia punya la. Dah jutawan pun. ops! rezeki masing-masing. Ini ikhlas promosi tempat sebab tempat ni best. Semuanya best. I bagi 4.89 bintang. Ha ha ha.

Friday, March 15, 2019

1463 : Get together with X staf Menara KL VS 'setia' staf Menara KL

Precious moment with X - Collegue Menara KL.. at Razak's daughter wedding

Thursday, March 14, 2019

1462 : Get together with X HR (HCA) Menara KL/KL Tower

Dan bila.. Get to gether dgn X HR Menara KL


Menghadiri kenduri kawin anak bekas kawan sekerja yang dah 21 tahun kenal. Dulu kecik je si pengantin pompuan ni. Sekarang dah jadi bini orang pun.

Kami X HCA (Human Capital & Administration Menara KL/KL Tower. Frienship yang dah lebih 10 tahun. Dengan bapak pengantin je lebih 20 tahun.


Lagi aksi bergambar kami. Ni pun x cukup geng.Ada yang datang awal dan balik awal. Ada juga beberapa orang yang tak dapat datang.

Di akhiri dengan selfi dengan orang-orang yang kurus. Next bila nak jumpa & reunion?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rindu nak berkumpul ramai-ramai.

Monday, March 11, 2019

1461 : Tersesat di 'Jeram" - Kuala Selangor Cabin Camp

 Tersesat di sini. Sahaja jalan2 bawa anak bini tanpa arah tujuan. Akhirnya tersesat di Jeram.

 Penginapan jenis Type A. Macam rumah kat luar negara gitu! Sama macam kat Melaka juga.

 Yang ini kabin 2 tingkat. Sesuai untuk keluarga yang ada ramai anak2 kecik.

 Yang ini pulak kabin 1 tingkat. Cute lah pulkak tengok. Macam x percaya ini adalah kabin.

 Hobitstay. Dah check harga. tak mahal pun dalam RM60 je. Tapi ada kipas sahaja lah.

 Yang ini, jenis penginapan tidur dalam lubang saluran paip. ha ha ha. Apa ntah namanya

 Ada padang lapang dan juga ada acara memanah. Tempat acara lasak, berselut, berlumpur pun ada. Yang panjat2 dan ada kolam lumpur tue.

 Yang khemah ini sesuai untuk penginapan bujang. Berkhemah di dalam khemah besar.

 Bilik air di luar? Oh!... Kalau malam-malam berani ke nak keluar sorang-sorang tak berteman?

 Ada juga penginapan bas. Bas ekspress kau (tiada gambar) yang ini bas sekolah dijadikan galeri.

Yang khemah tue dan kawasan bangunan tue tempat makan dan ofis KSCC ni.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Main terjah je. Destinasi seterusnya di sekitar Jeram juga. Pusing2 cari The Kabin dan tersesat kat Pantai Remis. Meriah juga situ u all!

Sunday, March 10, 2019

1460 : Jawatan Kosong : Sambilan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 @ PWTC - Promoter cum 'Pitching'


Telaga Biru Sdn Bhd di Sri Damansara KL merupakan syarikat penerbitan Islamik & Pendidikan yang sudah 22 tahun beroperasi membuka peluang pekerjaan untuk jawatan sambilan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 seperti maklumat berikut :
Lokasi : Hall 3, Dewan Tun Razak (PWTC)
Pusat Dagangan Dunia Putra, KL
Tarikh : 29.3.19 (Jumaat) - 07.04.2019 (Ahad)
* Pembantu Store (lelaki sahaja) start 28.3.19 (khamis) set up (3 kekosongan)
* Promoter cum Pitching. (4 kekosongan). Gaji berdasarkan produk yg berjaya di jual
Ciri-ciri yg dicari
1. Minat dlm bidang jualan dan khidmat pelanggan
2. Minat pada bahan bacaan terutama produk keluaran Telaga Biru Sdn Bhd
3. Terbuka kepada calon Lelaki & Perempuan beragama Islam
Berminat? Email maklumat lengkap diri kepada resume@telagabiru.com.my
Tel : 03-62754070

Kata S.H.AI.Z.H.A.R : Inilah kerja ku. Mencari pekerja untuk bekerja dan bukan di kerjakan! ops...

Saturday, March 09, 2019

1459 : Sambutan Birthday Mummy Nazuha di IKEA

Heaven sangat datang makan kat ikea boleh pilih nak duduk mana... so,lepas ni nak makan kat ikea kena ambik cuti dan enjoy makan kat sini
.
.
.
Terima kasih incik suami Shaizhar AbuBakar belanja makan kat sini...


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah dah gaji. Dapat la 'makan besar' time ni.

Friday, March 08, 2019

1458 : Kisah KAMI di Zoo Negara - Akhir Cerita

 Si badak yang sedang tidur. Kebanyakan haiwan2 disini banyak yang 'tidur' time tengahari.
Ini antara haiwan2 yang aktif. Si zirafah dan kuda belakang. Teruja si Najla Nazihah tengok depan mata. (sila abaikan wanita dikiri gambar ini)

 Yeh! kami ber3. Teringat pernah bergambar juga kat sini pada kali terakhir kunjungan ke sini.

 Bedua bersama Najla Nazihah di dalam 'rumah panda'. Tapi sedihnya.. Panda tidur la nak!

 Dan kemudiannya.. kerana kesejukan didalam ini. Dak Najla Nazihah pun tertidur juga. (Time tidur dia)
Comeinya panda tidur kan? Secomel anakandaku Najla Nazihah bt Shaizhar. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga ada kunjungan kedua untuk Najla Nazihah di lain masa dan ketika (Tak habis melawat keseluruhan Zoo Negara)

Thursday, March 07, 2019

1457 : Kisah KAMI di Zoo Negara- Permulaan Cerita

 Kisah Kami Ke Zoo Negara terjadi pada 26.02.2019. Tiba di sini sekitar 10.10 am

 Di buka setiap hari? Baru tahu. Dulu2 tutup setiap hari isnin. Harga tiket? Erm.....

 Ni rupa paras kaunter tiket yang 'lenggang'. Tapi cantik dan menarik la berbanding dulu-dulu.

 Ala.. baru nak bergambar dengan cik uuu. Sekali tutup la pulak ! Next.....

 Pertama kali disini untuk #najlanazihah. Dah berkali berjanji.Akhirnya #iniharilah.

Teruja #najlanazihah melihat aksi beruk, kera dan kekawannya bergayut ke sana sini.

 Ayuh! ambik gambar anakku. Ni kat Children world. Ada kambing yang jinak (tiada dalam gambar)

 Belakang tue Penguin. Mummy + Najla beraksi. Masa ni lagi 15 minit nak pukul 11.00 am

 Daddy + Najla di dalam akuarium dalam ni ada macam-macam hidupan air.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kami mummy+daddy = Najla Nazihah

Wednesday, March 06, 2019

1456 : Selamat Ulangtahun Kelahiran My Wife Nazuha


Dan bila.. selamat ulangtahun kelahiran buat My Wife. Nazuha Waharp 26 Februari. Semoga di panjangkan umur & dimurahkan rezeki dan tahniah atas kejayaan menjadi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018. Dah pernah juga merasa 10tahun lalu (2008).
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015