Tuesday, December 31, 2019

1472: Cinta Hatiku - Najla Nazihah binti Shaizhar - Episod 3

 Ini adalah aksi yang paling cute + comel = lawak giler kelakar dan mencuit hati. Ahak!!!!

Budak yang suka lah juga main di taman terutama buaian. Alhamdulillah kat umh kg ada playground.

 Budak yang suka minum milo + telur rebus. Ha ha ha . Same like me (Mcm daddy dia)

Spesis yang suka main air + mandi + berenang dan berendam di dalam air. Tu baju renang kegemarannya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kau hadir membawa cahaya. Menjaga, membesar dan mendidikmu satu cabaran. Kaulah segalanya.

Saturday, December 28, 2019

1471: Cinta Hatiku - Najla Nazihah binti Shaizhar - Episod 2

Hi Semua. Macam mak datin tak? Nak juga beg frozen ni. Harga? Erm.....

Tak nak pandang kamera. Susu saiz gergasi ni. Ada 2 jenis susu dalam beg tu.

Ok! bergaya kan saya? Ni je antara gambar terbaik yang mampu dihasilkan.

Pandang sini.. Pandan sini. Adui!! anak.. ooooh anak..

Ni lah dua susu gergasi tu. Sebesar alam. Tu yang menarik minat budak-budak bergambar kot!


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Anak bertuah ni dah kena perintah berkurung tak boleh masuk tengok wayang untuk satu tempoh yang tidak mampu dijangkakan pada masa ini

Saturday, December 21, 2019

1470 : Cinta Hatiku - Najla Nazihah binti Shaizhar


Di perkenalkan cinta hatiku -) Najla Nazihah binti Shaizhar. 14/12/2019 lalu umurnya 2 tahun 6 bulan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Habislah anaku yang 2 tahun 6 bulan dah pandai selfie H/P Daddy dah macam H/P dia

Friday, December 20, 2019

1469 : KAMI di Penang

 Pertama kali untuk cinta hatiku #najlanazihahbtshaizhar naik Feri dan pergi Penang.

 Bertiga kami naik feri dari Pulau kembali ke seberang (semenanjung malaysia).

 Tengok aksi anak dara i yang comel tue. Aksi dia memang ...#takbolehblah. Ha ha ha ha. #diasuka
Harap maaf, adik tepi tu terpaksa #diikankan sebab tak ada kena mengena dalam ini cerita.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Suka hati anakku ini. Tak nak masuk kereta. Macam biasalah bermulalah episod #dramaqueen. 

Thursday, December 19, 2019

1468 : I'm back - Blog 2004 hingga kini




Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kembali semula selepas sekian lama 'menyepi' dan bertapa di dalam 'gua'

Wednesday, December 18, 2019

1467 : Nak email boleh?



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada sesiapa nak email saya? jawapannya : shaizhar@menarakl.com.my (1997-2010), shaizhar@carimin.com.my (2010-2011) dan shaizhar@telagabiru.com.my (2012-kini), shaizhar@gmail.com.my (tak ingat bila-kini) dan shaizhar@yahoo.com.my (sudah terkubur. lupa password)

Tuesday, December 17, 2019

1466 : Dan bila.. Selamat Ulangtahun blog "chipsmore" ke 15 tahun

Dan bila.. Hari ini 17.12.15. Selamat ulangtahun ke 11 sebagai seorang blogger. Bukan popular yg di cari tetapi kepuasan diri. Tersenyum, ketawa dan ada kala 'nenangis' membaca dan melihat blog sendiri. Terima kasih utk semua yg bersama gelak tawa, riang ria, suka duka sepanjang 11thn lalu. Buat Asri Mat Ali tq. Junaidi Musa and Karni Ibrahim juga Sis Lin sekeluarga x lupa Kak Retnawati Mohd YusofChe Ct and family dan lain lain (tak tetaip nama)
Juga utk cinta hati, sampai mati hingga Jannah my wife Nazuha Waharp. Kisah kami, 'cinta blogger'

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tu luahan rasa hati kat FB tahun 2015. Jadi tahun ni 2019 dan genap 15 tahun menjadi seorang blogger yang tenggelam timbul. 

Alhamdulillah dah 2 tahun 6 bulan berjaya memiliki cahaya hati #najlanazihahbtshaizhar.

Thursday, October 24, 2019

1465 : Luahan Perasaan - S.A.K.I.T


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sekarang pun masih #sakit. Selsema dan sakit tekak kejap baik kejap tak. #bertabahlah 

Saturday, March 16, 2019

1464 : Pertama Kali di sini - Bizmilla Insya Hall, Metro Pudu KL

 Alhamdulillah 23.02.2019 yang lalu menghadiri kenduri anak kawin baik di sini.

 Dewannya sangat luar, kemas, bersih dan selesa. Sangat suka konsep macam ini.

 Gambar-gambar adalah dari FB page Bizmilla Insya Hall, Metro Pudu KL.

Rasanya pelamin dan dekorasi dia boleh diubah-ubah mengikut permintaan dan citarasa pengantin kot!
 Alhamdulillah. semua lauk pauknya sedap-sedap dan memenuhi citarasa anak tekak + makanan sampingan lain seperti apam balik, kuih-muih, cendol, bubur kacang hitam, ice cream. Nyum..nyum.

Pada yang nak tempah boleh la. Ada pakej lagi. Siap ada free instant photobooth tapi tak sempat nak pergi ambik gambar sebab orang tak putus-putus. Benda free kot!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kenal MILA Juara AF 5? Ni dia punya la. Dah jutawan pun. ops! rezeki masing-masing. Ini ikhlas promosi tempat sebab tempat ni best. Semuanya best. I bagi 4.89 bintang. Ha ha ha.

Friday, March 15, 2019

1463 : Get together with X staf Menara KL VS 'setia' staf Menara KL

Precious moment with X - Collegue Menara KL.. at Razak's daughter wedding

Thursday, March 14, 2019

1462 : Get together with X HR (HCA) Menara KL/KL Tower

Dan bila.. Get to gether dgn X HR Menara KL


Menghadiri kenduri kawin anak bekas kawan sekerja yang dah 21 tahun kenal. Dulu kecik je si pengantin pompuan ni. Sekarang dah jadi bini orang pun.

Kami X HCA (Human Capital & Administration Menara KL/KL Tower. Frienship yang dah lebih 10 tahun. Dengan bapak pengantin je lebih 20 tahun.


Lagi aksi bergambar kami. Ni pun x cukup geng.Ada yang datang awal dan balik awal. Ada juga beberapa orang yang tak dapat datang.

Di akhiri dengan selfi dengan orang-orang yang kurus. Next bila nak jumpa & reunion?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rindu nak berkumpul ramai-ramai.

Monday, March 11, 2019

1461 : Tersesat di 'Jeram" - Kuala Selangor Cabin Camp

 Tersesat di sini. Sahaja jalan2 bawa anak bini tanpa arah tujuan. Akhirnya tersesat di Jeram.

 Penginapan jenis Type A. Macam rumah kat luar negara gitu! Sama macam kat Melaka juga.

 Yang ini kabin 2 tingkat. Sesuai untuk keluarga yang ada ramai anak2 kecik.

 Yang ini pulak kabin 1 tingkat. Cute lah pulkak tengok. Macam x percaya ini adalah kabin.

 Hobitstay. Dah check harga. tak mahal pun dalam RM60 je. Tapi ada kipas sahaja lah.

 Yang ini, jenis penginapan tidur dalam lubang saluran paip. ha ha ha. Apa ntah namanya

 Ada padang lapang dan juga ada acara memanah. Tempat acara lasak, berselut, berlumpur pun ada. Yang panjat2 dan ada kolam lumpur tue.

 Yang khemah ini sesuai untuk penginapan bujang. Berkhemah di dalam khemah besar.

 Bilik air di luar? Oh!... Kalau malam-malam berani ke nak keluar sorang-sorang tak berteman?

 Ada juga penginapan bas. Bas ekspress kau (tiada gambar) yang ini bas sekolah dijadikan galeri.

Yang khemah tue dan kawasan bangunan tue tempat makan dan ofis KSCC ni.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Main terjah je. Destinasi seterusnya di sekitar Jeram juga. Pusing2 cari The Kabin dan tersesat kat Pantai Remis. Meriah juga situ u all!

Sunday, March 10, 2019

1460 : Jawatan Kosong : Sambilan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 @ PWTC - Promoter cum 'Pitching'


Telaga Biru Sdn Bhd di Sri Damansara KL merupakan syarikat penerbitan Islamik & Pendidikan yang sudah 22 tahun beroperasi membuka peluang pekerjaan untuk jawatan sambilan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 seperti maklumat berikut :
Lokasi : Hall 3, Dewan Tun Razak (PWTC)
Pusat Dagangan Dunia Putra, KL
Tarikh : 29.3.19 (Jumaat) - 07.04.2019 (Ahad)
* Pembantu Store (lelaki sahaja) start 28.3.19 (khamis) set up (3 kekosongan)
* Promoter cum Pitching. (4 kekosongan). Gaji berdasarkan produk yg berjaya di jual
Ciri-ciri yg dicari
1. Minat dlm bidang jualan dan khidmat pelanggan
2. Minat pada bahan bacaan terutama produk keluaran Telaga Biru Sdn Bhd
3. Terbuka kepada calon Lelaki & Perempuan beragama Islam
Berminat? Email maklumat lengkap diri kepada resume@telagabiru.com.my
Tel : 03-62754070

Kata S.H.AI.Z.H.A.R : Inilah kerja ku. Mencari pekerja untuk bekerja dan bukan di kerjakan! ops...

Saturday, March 09, 2019

1459 : Sambutan Birthday Mummy Nazuha di IKEA

Heaven sangat datang makan kat ikea boleh pilih nak duduk mana... so,lepas ni nak makan kat ikea kena ambik cuti dan enjoy makan kat sini
.
.
.
Terima kasih incik suami Shaizhar AbuBakar belanja makan kat sini...


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah dah gaji. Dapat la 'makan besar' time ni.

Friday, March 08, 2019

1458 : Kisah KAMI di Zoo Negara - Akhir Cerita

 Si badak yang sedang tidur. Kebanyakan haiwan2 disini banyak yang 'tidur' time tengahari.
Ini antara haiwan2 yang aktif. Si zirafah dan kuda belakang. Teruja si Najla Nazihah tengok depan mata. (sila abaikan wanita dikiri gambar ini)

 Yeh! kami ber3. Teringat pernah bergambar juga kat sini pada kali terakhir kunjungan ke sini.

 Bedua bersama Najla Nazihah di dalam 'rumah panda'. Tapi sedihnya.. Panda tidur la nak!

 Dan kemudiannya.. kerana kesejukan didalam ini. Dak Najla Nazihah pun tertidur juga. (Time tidur dia)
Comeinya panda tidur kan? Secomel anakandaku Najla Nazihah bt Shaizhar. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga ada kunjungan kedua untuk Najla Nazihah di lain masa dan ketika (Tak habis melawat keseluruhan Zoo Negara)
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015