Friday, September 04, 2020

1526 : Family Trip (Rehlah Keluarga Jaliah & Anak-anak +Cucu2) >> Villa Seniman @ Suunah Koruss Resort - Janda Baik


 Ni aturcara Family Trip yang telah berlangsung bulan lepas diJanda Baik. Dah lama x pergi. Alhamdulillah, ada rezeki untuk kembali ke sini.



Persiapan sebelum pergi. Keluarga kami 'Along' diberi tugasan untuk uruskan berkaitan minuman. Jadi bawalah air mineral, botol besar, air kotak, air soda, air cola, air sarsi, tong air dan yang paling penting ialah ais.


Alhamdulillah keluarga kami yang pertama sampai dan anak kesayangan hamba ni orang yang pertama turun berendam. Ada gambarnya yang itu. Tapi x leh letak sini sebab tak pakai baju.



Ini aksi kami di sungai. Dekat je. Airnya sejuk yang amat. Tapi banyak batu. Tak best sangat la nak berendam lama-lama. Turun buat syarat je temankan si kecik kesayangan hamba.

Dari kiri Aishah, Khadijah, Usthman, Nour Eizzah dan Muhammad Al-Qayyim


Dah nak balik. Ada banyak gambar tapi x tau nak pilih yang mana satu. Jadi pilih yang ni shj le.

Alhamdulillah lengkap semua ahli keluarga sebelah mak mertua Puan Jaliah. Ada kesempatan boleh berkumpul lagi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Simpan buat kenangan.

1 comment:

Sis Lin said...

Meriah...aku tak sampai lagi Janda Baik ni..ingat nanti nak pi laaaa

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015