Tuesday, June 30, 2020

1510 : Dairi Hari Minggu >> Dari Sungai Buloh Ke Sekinchan

27 Jun 2020, Sabtu

Sungai Plong, Sungai Buloh - Satu keluarga kecil dengan suami + isteri serta seorang anak comel berusia 3 tahun keluar dari rumah mereka untuk sarapan. Lepas dah isi perut terus menuju ke daerah Kuala Selangor dan lokasinya ialah di Sekinchan


Mengharapkan suasana hijau kuning seperti ini.. Tetapi ini yang terjadi.(Gambar sumber: google)

Sedey.. Tak ada semangat nak ambil gambar. Nasib baik la anak kesayangan hamba tengah tidur (gambar ni pun hasil cilok kat google juga).

Mencari padi gallery. Rupanya salah lorong. Tapi jumpa la juga. Sekadar masuk tengok2 shj. (Gambar ni pun hasil ambil kat google juga).

Ini rupa paras dalam Paddy Gallery. Sempat lagi tumpang membuang hajat kecil. (Gambar ni pun hasil daripada orang lain). Nak masuk kena bayar tapi tak pasti berapa harganya.

Antara homestay kontena yang terdapat disana. (Ni pun ambil kat internet je!)

Ni pun homestay kontena juga. Terletak berhampiran juga. (Sumber cilok dari internet juga). Penah jadi lokasi sebuah drama lakonan siti nordiana.

Macam biasa bila ke Sekinchan akan imbas kembali kenangan dulu-dulu masa joint back packers yang masuk TV ada Farah Fauzana tu. Ada yang ingat?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kena datang lagi masa musim padi hujung tahun ni la pulak!





1 comment:

Sis Lin said...

Oitt semua amik kat internet, awat tak amik gambo sendiri oiii hahahahaha

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015