Saturday, March 16, 2019

1464 : Pertama Kali di sini - Bizmilla Insya Hall, Metro Pudu KL

 Alhamdulillah 23.02.2019 yang lalu menghadiri kenduri anak kawin baik di sini.

 Dewannya sangat luar, kemas, bersih dan selesa. Sangat suka konsep macam ini.

 Gambar-gambar adalah dari FB page Bizmilla Insya Hall, Metro Pudu KL.

Rasanya pelamin dan dekorasi dia boleh diubah-ubah mengikut permintaan dan citarasa pengantin kot!
 Alhamdulillah. semua lauk pauknya sedap-sedap dan memenuhi citarasa anak tekak + makanan sampingan lain seperti apam balik, kuih-muih, cendol, bubur kacang hitam, ice cream. Nyum..nyum.

Pada yang nak tempah boleh la. Ada pakej lagi. Siap ada free instant photobooth tapi tak sempat nak pergi ambik gambar sebab orang tak putus-putus. Benda free kot!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kenal MILA Juara AF 5? Ni dia punya la. Dah jutawan pun. ops! rezeki masing-masing. Ini ikhlas promosi tempat sebab tempat ni best. Semuanya best. I bagi 4.89 bintang. Ha ha ha.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015