Saturday, June 17, 2017

1414 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 3] #PPUM #2017

Dan bila.. sila jangan muntah berdarah baca kisah benar saya ini. (Episod 3)
Atas permintaan ramai. Kononnye! Padahal dua tiga orang je pun. Saya coretkan di sini sebagai iktibar & pengajaran untuk semua. Secara tak langsung adik beradik, saudara mara yg jauh & rakan taulan dan kenalan FB boleh baca
Sambungan episod 3 bertajuk 'Malam pertama tanpa isteri di sisi'
Kisah 30 April 2017. Rasanya dah lepas azan asar kot! My Wife Nazuha Waharp dan angah Nadirah Waharp berlalu pergi. Dia memang nak sentiasa berada di sisi suami. Tapi, saya x boleh nak pentingkan diri sendiri. Dia juga perlukan rehat dgn keadaannya yg mcm tue. Biarlah dia tidur lena malam tanpa diriku di sini. Cis! Ayat poyo.
Berlalu pergi seorang isteri meninggalkan suami. 'Beratnya rasa hati nak melangkah pergi.. tapi apakan daya aku terpaksa'...
Si suami pun dlm masih keadaan mamai2, kerja tidur je la. Lepas tue mkn laju2 dlm pukul 6pm. Ada nasi dan dua jenis sayur. Lauk ikan tue sedap la pulak.Lepas rehat kejap & mkn ubat. Apa lagi. Tidur la. Terjaga dlm maghrib. Mkn pun buat alas perut. Takut nanti nak terberak pulak. Sorg2 susah nak buat itu ini. Pergerakan terbatas
Terjaga dari tidur aktiviti apa je yg boleh buat. Kiri kena masuk ubat dan insulin. Kencing pun kena pakai tiup. BerFb dan whatsapp je la kerjanya. Dalam 9mlm lebih telefon ayah kat kg bagitahu. Dah operation baru habaq supaya tak risau. Orang tua je la. Kang dia risau keterluan payah pulak. Dah la jauh. Ber WA dgn My Wife dalam pukul 10 mlm lebih dah rasa mengantuk dan offline serta charge HP
Alhamdulillah dapatlah tidur hingga dkt pukul 2 pagi. Perut lapar ok!. Ada apple hijau mcm mana nak basuh? Ting! Idea brilliant pun dtg. Ada jug air. Aku celup je kau dlm tue. Ha ha ha. Menikmati supper buah apple. Setiap dua ke tiga jam nurse dtg periksa tekanan darah tinggi dan ambik sample darah. Naik turun juga la.
Dalam dua lebih pagi terfikir nak menulis catatan kisah yg aku lalui sebagai kenangan di masa hadapan. Kongsi pengalaman sebenar dan harap dapat bagi ikhtibar pada yg membaca.
Gila kentang la x boleh tidur. X sedar pukul brp baru tertidur semula. Time x tidur layan Fb. Rasanya dalam 5 pagi dah jaga. Nasib baik tidur dlm lampu tutup. Kalau terang berderang mesti aku susah nak tidur.
Dalam pukul 6 pagi aktiviti berFB. Pergi page tu dan ini. Dalam pukul 8pagi Dr. Dtg buka 2 balutan dua yg macam gunung kecik di tekan di bersih serta di sentalnya. Sakit dan pedih sikit. Lepas tue baru dpt sarapan dua keping roti gandum dengan air susu. Aduh! X di kacau rupanya air susu tepung ni.patut x sedap.
Lepas tu kena cucuk ubat tahan sakit. Masa nak buang tiup kencing ingatkan Dr. Laki yg buat rupanya nurse perempuan. Di tarik tiup tu. Ya allah sakit tak terkata. Nasib dia x pegang anu i. Terfikit juga mcm mana dia org jolok masukkan?
Next kena cuci dgn air garam. Ingatkan utk anu dpn. Sekali untuk bontot belakang. Siap nurse tu suruh beli ganti garam halus tue. Sedih! Begini sekali hospital yg semi govertment. Ops!
Jalan Masuk lah tandas dlm keadaan pening lalat. Dah berapa lama kot tak jejak lantai. Terfikir mcm mana nak rendam buntut dm air baldi bulat ni. Akhirnya berjaya juga. Yeee... dekat seminit dua beredam rasa mcm nak terberak. Cepat2 la buka mangkuk tandas. Ah! Nikmatnya dapat buang air besar setelah sekian lamanya. Masa nak kencing ada keluar darah dan sakit kesan kena masuk tiu tue. Sekali lagi beraduh!
Lepas tue sambung rendam buntut. Sambil2 tue main air dan cuci muka dan rambut. Berjalan la balik ke katil dgn penuh kesegaran
Dalam 9pagi lebih kot sampai 11pagi aku lena tidur tak sedar diri
Ada yang nak baca episod seterusnya?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015