Friday, June 16, 2017

1413 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 2] #PPUM #2017

Dan bila.. Sambungan penceritaan saya begini .. (Episod 2)
Katil tempat pembaringan saya di tolak menuju ke dewan bedah. Rasa sebak meninggalkan si isteri ke seorangan. Tiba - tiba shj suka2 hati tukar nama panggilan.
Apa ada dlm hati? Apa saya rasa? Hanya Allah yang tahu. Sebagai manusia biasa, tipulah kalau saya katakan saya tak ada perasaan takut,berdebar dan risau. Operation kot! First time pulak tue.
Jauh juga tempat pembedahan. Katanya hari ahad hanya ada operation kat area emergency je. Ye lah kot! Berpusing2 dan bertukar lift baru sampai.
Di letakkan di satu tempat. Di buangnya kain & baju di terbalikkan dan di pakaikan shower cap mcm nak mandi tue. I like sebab biru.
Duduklah situ berapa minit. Dan datanglah Dr. perempuan cina. Dia cerita2 dan periksa apa yg patut. Lama juga terlantar lebih 30 minit lebih kurang baru di tolak ke bilik pembedahan.
Pandang kiri & kanan serta ke atas. Wah! mcm ni ke bilik pembedahan mcm dlm drama tv :p shj tambah bagi sedap cerita.
Lepas tu ke ahli ke tempat operation. Baring la pulak kat situ. Ramai juga orang dlm tue. Masing - masing dgn tugas mereka tersendiri. X sanggup la nak pandang kiri & kanan lama2 kang ternampak pisau tajam ke jarum ke. Eeee.. ngeri kot!
Seterusnya di suruh bangun dan duduk. Bab duduk ni yg masalah. Bisul kat punggung kot! Terpaksa rela la. Kaki letak kat satu bangku & kena rapatkan. Perlu tundukkan kepala dan bahu. Ada seorg pembantu perubatan lelaki tolong lepas ni.
Bermula episod dicucuk jarum di belakang. Konon2 separuh badan la kan.Masuk je yg pertama. Ya Allah.. sakitnya tuhan yg tahu. Lepas tu cucuk- cucuk kecil. Tak terasa sangat. Tanyalah seorang nurse tu, brp cucuk lagi. Dengar mcm satu. Tapi tipu! Berpuluh kali kot. Ada yg cucuk sampai ke dlm tulang kot. Subhanallah ! Sampai dua kali juga rasa mcm renjatan eletrik kot. Sakit hanya Allah yang tahu. Sepanjang masa memang zikir, baca Fatihah & ingat Allah je.
Di suntik demi suntikan tak lut kot! Mungkin tuhan nak bagi yg lebih baik kot! Iaitu bius satu badan.
Dr. pakaikan serkup suruh nafas ikut situ. Tarik nafas panjang, lepas.tarik nafas lepas. Dr. cakap yang suntikan tue sakit sangat. Glurp!. Lepas berapa minit dah x sedar apa2. Bila kena suntik! Apa yg jadi semua hilang kejap.
Sedar2. Rasa mcm dtg sekali lalu flashback. Tapi x ingat apa dah. Ada nurse kejutkan. Tanya, encik ok! Rasa sakit sikit2. Pedih la juga. Tanya nurse dah pukul brp? Katanya nak dekat pukul 3pm. Dalam berapa minit kot! Tengah mamai2 x sedar sangat di tolak ke wad.
Dalam jam 3.20 minit petang dah sampai kat wad. Time ni My Wife tak ada. Jumpa adiknya angah kot! Berapa minit kemudian periksa beg my Hp x ada. Oh! My Wife bawa kot!. Atas ehsan untie dpm ni cuba call my hp.x dpt, masuk voice mail. Sah! bateri kong. Satu kelemahan aku adalah x hafal no hp. Cari dlm buku doremonku x ada pulak tulis no hp my wife. Aduh! Tiba - tiba penyelamat dtg. Azri, suami angah muncul. Sembang - sembang kejap. Dgn baik hati autie dpm ni (lupa tanya nama) offer nak tolong carikan My Wife. Tak lama kemudian dia pun naik. Sembang dan cerita pasal pengalaman menjalani pembedahan tadi.
Lepas tu pulak angah naik. Sedih budak - budak tak leh naik. Tak dapat jumpa budak dua orang tue. (Sedih kerana rindu)
Sembang & bergosip itu ini.Eh! Bukan gosip. Semua cerita yg benar2. Tak lama kemudian My Wife terpaksa di lepaskan. Berpisah seketika. Kesian dia. Bagilah peluang utk dia rehat pulak. Maka berlalu pergi dgn berat hati seorang isteri meninggalkannya di pembaringan untuk malam ni.
Bersambung episod 3 dgn tajuk 'Malam pertama tanpa isteri'

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015