Thursday, June 15, 2017

1412 : Dan Bila ... Catatan Si Pengkencing Manis - Kisah Bisul & Pembedahan [Episod 1] #PPUM #2017



Dan bila.. catatan perceritaan saya begini.. (Tapi ini baru Episod Pertama)
Selasa 25/4, mula tak sedap badan & rasa ketulan kat punggung kiri. Sah! Bisul la ni.
Dua minggu sebelumnya dah kena belah kanan. M.C 4 hari. Gi Kinik Medivron Giant K.J sebab dah history kisah & rekod sakit bisul semua kat situ. Sekali check darah 30.08. Erm! Di sahkan sakit kencing manis pulak & kena refer KKM (Klinik Kesihataan Malaysia)
Hari Rabu 26/4 gi Klinik Dr Johari sebab nak ambik M.C dan check darah. Alhamdulillah dah turun ke 15. Bermula episod tak ada selera makan & tak boleh tidur mlm.
Petang Khamis 27/4 pergi pulak Klinik Kesihatan sebelah rumah ni. Tahu je lah klinik kerajaan kan. Dengan ramai orang. Jap gi kaunter sana lepas tunggu kena gi kaunter ni. Paling lama tunggu nak jumpa Dr. Rasa mcm nak pengsan je. Dah la x boleh duduk. Terpaksa cari kerusi lembut & duduk area tepi dinding. Badan dah rasa satu mcm dah. Kalau ada tempat baring dah lama baring. Dah jumpa Dr. Dapat lah hadiah. Lepas ni ada mcm2 appointment nak jumpa doabieties la, kena buat pemeriksaan mata bla..bla (Untung kebaikan kan)
Hari jumaat 28/4. Pepagi hari orang punya lah ramai. Dah la kat Kelana Jaya tak ada air. Bersabar jugalah menunggu. Nasib ada sofa lembut, rasa selesa sikit. Tup2 , perut rasa sakit nak buang air besar. Nasih kat klinik ni ada stok air. Sekali kau.. keluar darah. Sah! Bisul dah pecah.Jumpa Dr. Dapat tambah M.C lagi 2 hari.
Kisah penuh suka & duka bermula hari Sabtu 29/4. Ptgnya baru gi Klinik Medivron Giant Kelana Jaya dgn harapan Dr. Cina lelaki yg pecahkan bisul sebelum ni on duty. Sekali Dr. Pompuan India la pulak, tapi dia balik. Dah bersih - bersih semua Dr. Refer suruh refer hospital kena operation juga sebab ada kencing manis. Jadinya PPUM menjadi pilihan. Pasti akan warded.
Lepas maghrib, dah siap2 brg semua. Kami memilih grab car. Cepat & pantas terus sampai PPUM. Daftar bagai semua terus la setia menunggu di kerusi besi yang tak selesa bagiku. Sambil layan cerekarama Tv3 'isteriku cikgu'. Dlm hati 'apa punya ceritalah' byk cth2 x baik kat jadi kat sekolah yg hakikatnya memang terjadi pun.
Sebabkan no x gerak2 kita org gi jln2 cari mkn kat food court. Sekali dah tutup la. Beli je apa yg perlu dulu buat alas perut. Kami gilir2 solat isyak. Masa dlm toilet kena cirit birit pulak. Tak sempat masuk pulak! Kena lah ganti seluar luar dan dlm yg baru. Time ni lah mencurah2 keluar segala darah & nanah mcm air terjun. Sementara tunggu My Wife solat dapatlah sekejap baring kat kerusi panjang. Alhamdulillah lega jap badan.
Turun balik bawah, tengok nombor dah bergerak dengan laju & pantas. Terpaksa masuk bagitahu nombor dah terlepas dgn alasannya sekali. Tak berapa lama lepas tue nombor naik. Periksa itu ini dan ambik berbotol kecik darah serta buat urine test kena 2 jam utk dpt result. Masa tue dah pukul 11mlm, kena tunggu pukul 1pagi.
Bagi cadangan pada My Wife lepak kat food court atau surau. Boleh aku baring kejap. Kami pun naik atas. Akhirnya, surau perempuan jadi pilihan. Walaupun x berapa selesa tapi cukuplah untuk aku baring kejap.
Syukur alhamdulillah, dengan sejuk kipasnya dapatlah aku rehatkan diri kejap. Tapi aku spesis tidur tak pakai baju. Lantaklah! Dah beberapa minit nak gerak, muncul tukang cuci perempuan tergejut tengok kita org. Siap ckp x leh laki & perempuan dlm ni (dia x tahu kami suami isteri). My wife pun terangkan kat dia. Lepas tue kami blah!
Tepat pukul 1pagi... ni dah kira Al - kisah hari ahad lah pulak ye!
Jumpa Dr. Dpt result. Kena tunggu sementara di pindah ke wad emergency. Lepak la kat bilik 16 dgn katil persakit yg agak selesa. Kalau sebelum ni dpt lepak sini kan bagus. Sian My Wife mengantuk2 terpaksa duduk di kerusi je!
Tak lama lepas tue kena tolak dgn kerusi roda ke wad sementara (emergency). Tunggu lah sementara Dr. Bahagian pembedahan pulak dtg.
Di mulai dengan Dr. perempuan India. Tanya itu ini dan buat rekod. Sekali dia check belakang dgn 'lubang' dia korek. Azab! Sungguh time ni segala isi darah & nanah pun laju je keluar.
Kemudiannya Dr. perempuan cina pulak, macam2 juga tanya. Sekali lagi 'lubang' kena korek. Dah kerja dia. Memang patut pun. Kena periksa betul2.
Dapatlah kami tidur2 ayam kejap. Sian, My Wife tidur kat kerusi je. Suruh tidur kat katil kosong depan2 tue x nak.
Wad emergency yg mulanya aman damai bertukar menjadi riuh bila mana makin ramai persakit yg masuk. Terpaksa pekakkan telinga dgh mcm2 bunyi dan dengar kerenah persakit. Dah nama pun hospital.
Tak ingat pukul berapa , kena tolak atas katil gi buat X ray. Yg bestnya X ray tue kejap je x sampai seminit. Dlm 2 minit juga la tersadai kat luar. Manalah tukang tolak ni. (Masa menaip ni hujan lebat di luar).
Dah siang sikit, kena tolak gi wad pakai katil yg sama. Jauh juga, kesian My Wife nak kejar sebab laju sangat.
Alhamdulillah menjadi penghuni wad tingkat tujuh menara utama PPUM. Bilik hujung belah kiri. Aman damai sikit la kat sini. Duduk bilik 4 org. Yg ku namakan 1malaysia. Aku & satu org adik melayu (dia duduk jauh dari aku) Sebelah kiri uncle india (x byk ckp) dan depan kaki aku uncle cina (wife dia baik & byk tolong aku)
Pepagi ramai Dr.yg ada di wad. Di mulai Dr. Lelaki melayu (lupa nama) dtg periksa, cuci dan tampal kain. Mcm ni lah baru selesa. Kalau x melekit2.
Lepas tue ada lagi Dr. pembedahan dtg dengan ketua dia org. Kena tunggu time nak masuk bilik pembedahan sebab x tahu pukul brp. Aku suruh My Wife gi mkn dulu. Tak lama dia naik, aku dah kena tolak gi bilik pembedahan.
Bersambung episod 2. Pada yg sudi nak baca di persilakan. Dah mcm tulis dlm blog la pulak!
Mcm karangan SPM pun ye. Sila abaikan kalau ada typing error atau ayat tunggang langgang

Nota jari : Terima kasih My Wife Nazuha Waharp atas jasa bakti dan pengorbananmu. Setiap bebelan ada makna & akan di ingat sebaik mungkin. Semuanya adalah untuk kebaikan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015