Wednesday, January 20, 2016

1374 : Semasa - Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama, Selangor (Majlis perasmian)

Tarikh : 16.1.16

Perkara : Majlis Perasmian Pasar Mini Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama
 Antara pembekal produk yang membuka kaunter food testing.Kelihatan Rezza Brand di situ.

Belon dalam bentuk pintu gerbang juga telah siap sedia pada pagi tersebut.Konsep warna seperti di atas la ye.
Kambing golek in the house.Eh! bukan house la tapi mini mart.Ha ha ha. Nasib x berapa gemar sangat kambing2 ni.
Adabi pun ada.Dia orang kata sedap.Yelah, teman ni dari datang kerja sampai habis kerja ada dalam kedai je. Nasib badan la kan?
Karipap itu kelihatan menyelerakan.Banyak juga produk yang boleh di cuba.Boleh di beli di dalam selepas majlis perasmian.
Eattime.Dia orang kata sedap.Panaskan dalam microwave je.Tapi harga dia mahal sikit la.Ada daging salai dan ikan patin masak tempoyak.

 Hanya mampu melihat gambar.Tak merasa pun. Tak ada orang tolong ambikan pun. Sedih kan? tetiba..

 Yg ni sugarholic.Erk! betul ke ejaannya. Ye la kot!. Ok, tak terlalu manis dan sesedap rasa.

Macam - macam produk Rezza Brand ni ada.Ada byk perisa bubur nasib. Aku ni x berapa gemar sangat bubur - bubur.Sekali sekali makan boleh la.
 Produk kesihatan.Makanan tambahan la.Ada dari sumber habatulsauda, madu dll la (tak tertaip)


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah akhirnya terasmi juga Pasar Mini pertama keluarga mertuaku.

Tuesday, January 19, 2016

1373 : Sebelum - Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama, Selangor (Episod 5)

Dulu asyik update car boot sales je.Sekarang cerita pasal pasar mini pertama milik keluarga mertuaku lah pulak.Konsep warna green apple and black.
Antara rupa paras pasar mini yang di beri nama bin waharp's. Nama my bapa mertua la.

Ada menjual produk sejuk beku yakni frozen.Banyak juga la pilihan.

Inilah logonya.Cool kan? Kira konsep nama ni ala - ala Bin Daud, Bin Nurdin etc la.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sekarang ini saya dah kerja di sini sejak 9 hari yang lalu.Walaupun jaraknya dgn umah adalah jauh, namun saya happy dengan kerja ini.Mula - mula penat sikit la.

Monday, January 18, 2016

1372 : Sebelum - Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama, Selangor (Episod 4) Bin Waharp's Grocer












Saturday, January 16, 2016

1371 : Sebelum - Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama, Selangor (Episod 3)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jemput datang semua

Friday, January 08, 2016

1370 : Informasi Car Boot Sales Sana Sini Part 2



Kangaq habaq hang? Wah!! macam best je.Dok cari juga kat aloq setaq x jumpa2.Hari tue ada CBS kat jitra.Tue pun macam special event je.
Sepupu duduk ipoh yang blog dah bersawang tue dok tanya bila nak pi jalan2 sana. Aduh! ni macam best je. Boleh sekali harung kata org kan?

Akan datang pada 23 Januari 2016 ini. CBS di Dataran Usahawan 1Azam Bandar Sri Permaisuri KL
Nak try la. Macam best je.Sokong kawasan baru. Promosi dia mcm ok je.

Aisuka Bazaar buka CBS baru lagi kat Kota Seriemas.Ni ok ni, sekali jalan boleh singgah umah mak saudara My Wife kat Nilai.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah dah pernah joint CBS Bandar Baru Bangi, Kota Damansara, Tesco Shah Alam Seksyen 13, Taman Melawati, Taman Puncak Jalil serta Mega Bootsales Mobile Fiesta di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Thursday, January 07, 2016

1369 : Sebelum - Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama, Selangor (Episod 2)


Akan di buka pada 16.1.16 di kawasan kejiranan anda? Lokasi pertama di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor
 Ada ice cream.Perisa durian pun ada.Tapi jangan di cari jenama yang terkenal.Ini semua 'local brand'

Ada produk yang paling banyak ialah dari Brand Adabi.Semua benda ada.Yang tak sabar nak cuba ialah Laksa segera.Macam manalah rupa dan rasanya.

Segala macam serbu perisa dan bahan rempah ratus keluaran adabi.Yang penting, semuanya di susun kemas dan teratur di dalam kotak Adabi.Tak adalah berterabur kan?

Ini pulak sos cili, tomota dan kicap adabi.Serta segala macam sambal belacan 'segera' termasuk asam jawa.
Yang atas sekali tue segala macam bubur nasi dan ada perisa - perisa pulak.Nak tahu apa lagi yang ada, kena datang sini la.
 Bahagian sejuk beku pun ada banyak produk ini segala macam cucu, popia dan roti frozen.

 Orang semua nak cepat je.Ini semua lauk yang hanya perlu di panaskan je.Frozen juga la ni.

 Burger daging dan ayam pun ada di sini.Semuanya sejuk beku yang di jamin segar dan halal.

 Ini plak minuman segar lagi fresh dan yang pastinya sedap. Tak pernah rasa? Kenalah cuba sekali.

Fazz?? tak pernah dengar pun.Nak kena cuba juga ini.Pencuci pinggan mangkuk dan pakaian pun ada tau!
 Olive oil.Ini produk timur tengah ni.Lain - lain produk akan di update dari masa ke semasa.

Susu oooh susu ini yang paling penting selain pampers.Jenama yang ada ialah Fernleaf.

Untuk kesayangan pun ada tau.Dapatkan makanan kucing dengan membeli produk power cat di sini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 9 hari lagi menjelang 16.1.16, tarikh keramat untuk pembukaan pasar mini pertama di bawah syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang bernama Bin Waharp's Grocer.

Wednesday, January 06, 2016

1368 : Sebelum - Bin Waharp's Grocer, Saujana Utama, Selangor (Episod 1)

Lokasi : No 6G, Jalan Seroja 1/6, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor

Tarikh & Hari : Akan di buka secara rasmi pada 16.1.16 (Sabtu)

Illustrasi daripada designer yang mula merealisasikan design untuk pasar mini pertama di bawah pengurusan Telaga Biru Sdn Bhd

 Lagi illustrasi design awal bagi memberi inspirasi sebelum terlaksananya yang sebenarnya.

 Ini pulak illustrasi design di dalam kedai/pasar mini. Warna tema yang di pilih ialah hijau apple.

 Kerja - kerja pengubahsuaian, mengecat dan memasang lampu dan lain - lain giat di jalankan.

Tara !!! selepas siap di masukkan semua peralatan display dan kaunter yang sepatutnya. Rak dengan padanan warna yang sangat cantik.
Di sebelah kanannya dah buka kedai buku.Erm.. x ada rezeki Telaga Biru nak buka kedai buku sendiri.
Suasana persekitaran kedai pada waktu malam.Lokasinya sedikit kedalam dan terletak di atas kawasan berbukit.

 Lagi keadaan kedai/pasr mini pada malam ini.Nampak macam gelap sikit.Kenapakah?

Your halal station.Alhamdulillah pasar mini ini lain daripada yang biasa.Semuanya di jamin halal. Produk IKS/Bumiputera adalah keutamaan kami.

Sumber dari Telaga Biru Fan Club yang mempunyai 1/2 juta followers.Salah satu bentuk promosi awal.
Insya-Allah akan di buka pada 16.1.16 nanti.Doakan semuanya di permudahkan dan berjalan lancar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Permulaan untuk memasuki ke dunia bisnes retail.Semoga akan ada Pasaraya pertama atas nama Bin Waharp's Grocer yang merupakan nama bapa mertuaku dan merupakan chairman/pemilik pasar mini + Telaga Biru dan anak - anak syarikatnya.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015