Thursday, June 02, 2016

1403 : Hotel - SH Hotel vs OYO Rooms Hotel

Macam biasa sejak dua menjak ni hobi aku ialah godek2 booking.com tak tahu pasal apa. Komputer kat kedai ni x boleh nak buka trivago. Erm.....

Booking hotel OYO Rooms Kota Damansara, Selangor.Tapi, kenapa pulak di tulis SH Hotel????

Check in pukul 2 pm. Aku & My Wife sampai dalam 2.15 pm tapi bilik tak siap. What the ??? Aku suruh juga dia siapkan cepat.Dekat 20 minit juga la menunggu. Erm...

Ruang lobby hotel ini. Pekerjanya india dan rata - rata pekerjanya adalah bukan islam. Warga asing pun ramai. Dekorasinya ringkas tapi berseni.Mesti owner dia jenis orang yang mempunyai citarasa tersendiri.

Ada juga kedai.Yang tak bestnya.Nak naik ke bilik kena panjat sikit anak tangga untuk ke lift. Erm..

Masuk bilik di tingkat 2 dan biliknya. Ohh !! sangatlah kecik lagi sempit.Nak solat pun tak ada ruang.Tanda arah kiblat pun tak ada. Erm... Lagi, bilik ini adalah sangat sejuk lebih sejuk dari di Cameron Highlands. X ada remote control.Cadar pun nipis. Erm (lagi) Channel TV pun siaran biasa - biasa sahaja. Jadi layankan lah sahaja.
Bilik air ialah lutsinar.Boleh nampak kat dalam.Apa sahaja aktiviti memerutnya.Erm lagi... Ada konsep tapi?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Not recommended. Tak ingin nak pergi lagi.Bagi free pun tak nak. Kejam kan? Ha ha ha.Next hotel? ......

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015