Wednesday, June 01, 2016

1402 : Inilah Harinya - Majlis Menyambut Menantu >> Halim & 'Aqilah

Alhamdulillah pada hari ahad 29 Mei 2016.Lokasinya di Kundang, Selangor. Telah berlangsung Majlis Menyambut Menantu di rumah My Biras terakhir iaitu Halim dengan My Adik Ipar 'Aqilah

Pintu gerbang yang comei menuju ke pelaminan dan meja beradap. Gambar2 semua adalah hasil cilok di FB My Biras Halim.Sumber dari ehsan saudara maranya.

Ruang makan untuk rombongan pengantin perempuan. Banyak meja dan kerusi.Ahli rombongan kami separuh je.Tapi ramai juga la ada kot dekat 40 orang.Al -maklumlah dekat je dengan Sg Plong.

Pelaminan yang ringkas tapi menarik dan penuh dengan bunga - bunga penuh warna - warni

Meja makan beradab.Di hias ringkas tapi tidak berserabut.Mungkin bagi aku bunga meja tue macam terlalu besar dan nampak serabut sikit (pandangan ikhlas aku la) #tolongjangankecam.

Lauk pauk untuk tetamu.Apa yang aku makan? Alhamdulillah ada ayam goreng tapi kena buang tepungnya la.Makan je isinya.Nasib ada timun.Rasalah sikit kari daging.Tak boleh makan kentang tau! walaupun... diriku adalah peminat kentang sejati.Tapi.. memang dah rezeki kot! dekat ujung - ujung makan, adik ipar abang chik bawa lauk ikan 3 rasa lauk pengantin untuk kami 'ratah'.Jumpa juga dengan ikan setelah sekian lama.

Ni khemah untuk tetamu.Gambar ini masa waktu awal - awal pagi sebelum tetamu datang ni.

Pengantin pun dah pun datang dengan rombongannya. Di apit oleh pengantin lama sikit. Abang Chik & Isterinya Ira.
Kelihatan aku di situ.Yang hijau tue bapa pengantin lelaki.Dan yang bertudung hijau pulak adalah emaknya.

Kek pengantin yang dihias dengan bunga hidup. Nampak ringkas tapi menarik la.Mesti kek cokelat ni. Glurp!! sambil telan air liur.

Tahniah sekali lagi untuk lagi untuk pasangan pengantin Halim & Aqilah. Pengantin perempuan tinggi sikit dari pengantin lelaki.Ops!! Orang cakap nanti 'murah rezeki' betul ke tidak x tahu la.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga berbahagia sehingga ke Jannah.Pepandai la bawa diri itu pesan aku pada My adik ipar.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015