Saturday, May 14, 2016

1389 : Cuti - Cuti Malaysia >> Hotel Sri Langit - Bandar Baru Salak Tinggi

Alhamdulillah.. akhirnya pada 7 Mei 2016 sekitar jam 9.00 malam selepas menempuh perjalanan lebih 7 jam daripada Kuala Ketil, Kedah ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Akhirnya

Risau juga kalau bilik hotel ini di cancel.Al maklumlah agak lewat kan.Tapi dah maklumkan awal - awal tentang kelewatan ini.
Ini alamat hotel tersebut.Lokasinya bukan tepi jalan.Kena masuk ke dalam sikit la. Tapi ada je hotel - hotel lain kat kawasan ini.Tapi yang ini paling menyerlah.

Jom naik ke bilik di tingkat 3. Ini lah rupa parasnya mengunakan kamera HP 'cap ayam' Eh! ayam. Sian ayam.
Bilik 326, Ekonomy class. Bagaimanakah rupa paras biliknya? Jom kita tengok sendiri di bawah ini.

Yahooo! mnacam dalam kapal terbang. He he he. Lampunya memang keliling, sama macam kat dalam kapal terbang.Katilnya best, tilamnya empuk dan bantalnya lembut.

Lagi suasana di dalam bilik ini. Tepi, sebelah kiri tue ada ruang untuk letak - letak barang dan penyangkut baju.Tak ada almari di dalam bilik ini.

Ada TV kecik tapi siarannya macam x best je.Terhad dan tiada pilihan.Tapi konsep dinding tue memang best.Biru, ada awan putih dan air laut.Macam tengok permandangan daripada atas kapal terbang je.

Tak sempat nak snap gambar dalam bilik air sebab masa tue My Wife ada di dalamnya.

Di ruang lobi.Ada kerusi - kerusi macam ini.Mula - mula ambik gambar yang biasa - biasa je. Lepas ni...
Gambar diri sendiri la.Eh! macam cantik je.. macam comei je.Nak update as profile picture kat FB la.

Dah selamat mendarat yakni check out pada hari Ahad 8 Mei 2016 dalam jam 10.00 pagi sebab ada 'misi' ke Nilai 3.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : My Wife sudah terpikat dengan ini hotel.Next time nak datang lagi dan tempah bilik yang lebih besar

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015