Friday, May 13, 2016

1388 : Preview - Hotel Sri Langit

Al - kisahnya, masa nak pergi 'Misi' Utara, perancangan awalnya nak bergerak awal dan tidur semalam di Ipoh, duduk google2 terjumpa hotel ini.Lokasi di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

Gambar adalah dari website KLIA Transit Hotel. Websitenya memang supeb!!. Ni salah satu bilik dalam hotel ini.
Hati terpikat dengan konsep bilik, dekorasi dan tema pada hotel ini. Sudah jatuh cinta wooo...

Bilik untuk 3 orang.Nampak luas kan.Boleh di jadikan inspirasi untuk sesiapa yang nak hias bilik tidur kan.

Tatahiasnya memang menarik.Gambar ni pun di ambik dengan penuh bergaya.Mesti mahal harga bilik ini.

Nampak luas sekali.Ni bilik family sesuai untuk keluarga yang ramai. Ringkas tapi menarik, buat hati tertarik.

Macam bilik kat dalam kapal terbang kan? Hajat di hati nak juga deko - deko bilik konsep macam ni. Boleh tak My Wife?
Rupa paras bilik air. Wah! sinki dia best la.Dah macam tong sampah. Ha ha ha ha.

Ni kan ruang luar.No bilik di tulis cantik mengikut classnya.Ada Economy class, Premium class dan macam - macam class lagi la. Ye la kot!

Pintu bilik pun macam pintu masuk kapal terbang kan? Wah... ni dekat tingkat berapa pun tak tahu la.

Ruang pendaftaran yakni check in. Nampak luas.Penuh dengan replika kapal terbang.Menarik2.
Antara ruang yang terdapat di Hotel Sri Langit ini.
Wah! ada ginasium la. Eh! sesuai untuk membakar lemak kan. Tunggukan entry selanjutnya. Bila Abang Long Kawasan & Kak Long Kawasan tidur kat hotel Sri Langit ni.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah lama tak tidur hotel. 'Misi' - Ke Utara tue merupakan percutian pertama 2016.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015