Tuesday, May 10, 2016

1385 : 'Misi' Ke Utara - Akad Nikah

6.5.2016 menjadi saksi, tarikh keramat adik ke lima My Wife yang bernama Al - Fateh Waharp

Bergambar bertiga di perkarangan Hotel Seri Malaysia Sungai Petani sebelum bertolak ke lokasi pernikahan di Kuala Ketil.
Inilah lokasinya.Pandai baca? Apa pun masjid ini sama usianya dengan aku.Sekarang dalam proses ubah suai.

Ahli rombongan.Tak di rancang pun, tapi kombinasi pakaian seakan - akan je. Ada juga yang menyerlah.

Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Simple, kemas dan yang penting cantik & menarik.

Pengantin tengah berdebar menanti saat untuk di nikahkan. Sebelah kanan tue hantaran daripada pihak perempuan.
Lagi rupa paras hantaran dari sudut atas.Tak ada pulak ambik gambar hantar untuk pihak lelaki.

Sekitar 10.20 pagi, pengantin lelaki sudah sedia di nikahkan. Kelihatan diriku ada di dalam gambar ini.

Kaum muslimat yang turut hadir.Pengantin perempuan agak2 berdebar2 tak? Nampak rileks je.

Inilah biras aku yang terkini.Orang senegeri ok! tapi dia Kedah Selatan, Aku Kedah belah Utara sikit.

Stay je adik ipar aku ini.Tok Kadi tak banyak tanya sangat. Siap offer suruh try dulu lafaz nikah. Tau mau kau! konfident tinggi ok! Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka telah sah menjadi suami isteri.

Aksi malu - malu si pengantin baru. Lepas ini nak ke rumah pengantin perempuan pulak untuk jamuan makan.Awat la tak buat makan kat masjid je kan senang. ooops!! Dah la jarak dari masjid ke rumah dia boleh tahan jauh.Apa pun, masing - masing punya pilihan.Mungkin, buat jamuan makan kat rumah lebih mudah bagi mereka.
Cantik kan gambar ini? Biasalah, perasan kejap. Apa pun tahniah kepada kedua pengantin. Next week satu lagi majlis akad nikah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Esoknya majlis kenduri kawin pulak.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015