Wednesday, June 29, 2016

1409 : Hotel De Art Seksyen 19, Shah Alam

Sejak dua menjak ini sudah menjadi hobi untuk menginap di hotel.Untuk bulan June 2016.Lokasinya ialah di Hotel De Art, Seksyen 19, Shah Alam.

Alhamdulillah, nak berbuka puasa tak susah sebab kat belakang atau area hotel ini ada bazar ramadhan. Beli je apa yang nak di makan.Lepas tue beli pinggan pakai buang dan sudu di Speed Mart.

Tempat pendaftaran dan check out. Salah satu kelemahan hotel ini ialah pekerjanya adalah tidak ramah tamah.Kurang senyuman dan lebih banyak buat hal sendiri sahaja.

Dekorasi di dinding - dinding ruangan lobby di tingkat bawah. Menarik & tertarik lah juga

Kerusi tempat duduk juga di sediakan. Nama pun hotel 'seni' kalau kerusi macam ini.Gaya 'english' la kot!

Bangunan hotel ini hanya lah dua tingkat.Tapi alhamdulillah ada lift.Dan ianya betul - betul depan bilik kami bernombor 201.Yang atas ni gambar di dinding bilik sebelah.

Pintu biliknya biasa - biasa sahaja.Jom kita tengok kat bawah ini.Apakah konsep biliknya.
My Wife teruja dengan konsep bilik ini.Terutamanya katil.Ye.. aku pun teruja juga.Tak penah tidur katil macam ini. Romantika di amur kan.

Dan dindingnya di hiasi gambar pokok - pokok.Musim apa kah ini? Musim bunga ke musim luruh?

Ini ruangan meja solek.Cerminya adalah cantik. Boleh la nak letak apa - apa barang kan. Kat sini lah kami makan. Tapi sebabkan kerusi satu je.Jadi My Wife kena makan kat bucu katil le.
Gambar ni nak masuk contest. He3. Ntah la My Wife  dah hantar ke belum kat IG hotel ini.Macam x je.

Aku juga pun nak beraksi juga.Dah lama x bikin aksi melampau dan terlampau macam ni. Apa pun i like baju kuning ini.
Nak juga bergambar kat dinding ni.Apa pun best la dapat tidur kat sini.Ada TV tapi tak banyak siaran dan tiada Astro.

Lagi aksi aku.Sila #jangankecam. #sukahatiaku la

Dah lama juga tak ambik gambar dekat cermin.Ni salah satu gambar selfie di cermin.#gegar.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Next 'holiday' hujung bulan Julai 2016 di Melaka.Ada family day keluarga belah ayah mertuaku.


Thursday, June 16, 2016

1408 : Produk Telaga Biru di Astro Go Shop Lagi

Tahun 2015 adalah pertama kalinya.Untuk kali kedua pada tahun ini produk Telaga Biru kembali ke saluran membeli belah terkenal di Astro.Tak lain tak bukan, tentulah Astro Go Shop.

Tahun ini produk istimewa bulan Ramadan ialah Al - Quran Per Juzuk keluaran Telaga Biru. Keistimewaannya tentulah bersertakan Waqaf & Ibtida (memula & berhenti).Kat luar tak ada jual lagi tau.Jadilah antara yang terawal membelinya.

Dan... beli ini dapat banyak hadiah percuma dari Telaga Biru. Memang berbaloi kan!
Harganya berapa? Hanya RM 129.Memang mampu di beli lah.Dah beribu - ribu orang beli. Anda bila lagi?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sekarang kat Media Prima (TV3,NTV9 & 8TV pun ada juga segmen jualan barang online.Kat situ pun ada juga jualan produk Telaga Biru. Nanti free akan di update ye. 

Friday, June 10, 2016

1407 : Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru



Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
2. Purse Kipling x 1
3. Keychain Vietnam x 7

Insya Allah, tidak ada ruginya anda menyertai giveaway ini. Anda hanya perlu mengikuti syarat-syarat mudah di bawah.

1. Follow blog ini. (Ke 1252)
2. Subscribe YouTube channel : Nims Productions (Ke 85)
3. Buat satu entry bertajuk “Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”. Copy banner di atas dan link ke entry ini.
4. Tinggalkan link entry anda di bawah post ini. Kalau tak keberatan sila nyatakan anda follower ke berapa dan subscriber ke berapa di YouTube supaya senang untuk disemak. (bagi follower dan subscriber baru)

Itu sahaja. Mudah kan syaratnya? Pemenang akan dipilih secara random. Giveaway ini akan tamat pada 28 Jun 2016 jam 11.59 malam


Untuk joint -) jom klik ke http://www.nurinaizzati.com/

Thursday, June 09, 2016

1406 : GIVEAWAY:PERENCAH IKAN BAKAR BY AZATIESAYANG



 
Syarat-syarat Penyertaan :

1. Follow blog ini &  LIKE SINI

2. Copy banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY  : PERENCAH IKAN BAKAR BY AZATIESAYANG
(dan backlink kan ke entry ini)

3. Jangan lupa tinggalkan link entry & NAMA FB anda ya...

4.Tarikh tamat Giveaway 10 JUNE 2016

5. Pemilihan pemenang secara cabutan oleh anak pompuan atie!!
Keputusan adalah mukatamad


6.Ada penambahan syarat yer..sbb ada SPONSOR(nanti update hadiah dr sponsor)
LIKE SINI JUGA!

Hadiah-hadiah :
5 Botol Perencah Ikan bakar( 5 Pemenang )
RM5 X 2 TOPUP ( 2 Pemenang )
Hadiah2 lain..

DEODARANT  REWITE-utk 2 pemenang


 AQUARA ESSENCE SPRAY-utk 1 PEMENANG


LIPSTIK ACTIVE-utk 2 PEMENANG

Jika ada yg berminat nak order PERENCAH IKAN BAKAR ni
 PM :ATIE AZATIE

Sunday, June 05, 2016

1405 : Akan Datang @ Bin Waharps Grocer >> Yummylicious - Kuih Raya 2016

Anda mencari kuih raya? Kalau anda di sekitar Kelana Jaya boleh cuba kuih raya dari Yummylicious. Di jamin sedap.Harga pun tak mahal mana, standard harga pasaran semasa.

Nama di beri Ombak Rindu? Kelas namanya.Sempena nama filem & novel terkenal tue. Tapi ada rupa paras kacang yang di landa ombak kan?

Macam chip cokalat untuk orang kaya - kaya sahaja kan? Apa pun tengok je dah tahu sedap.

Kek red velvet memang menjadi pilihan hati. Memang sedap.Wajib beli red velvet cookies ini.

Almond dark nama di beri sebab hitam melegam kan. Ada yang dah test kata pahit sikit.

Yang ini memang my feberet.Memang peminat cheese.Sangat gebu dan lembu.Lagi satu kuih raya wajib beli.

S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah nama pun Pasar Mini, mestilah kena jual kuih raya juga selain daripada kurma kan?

Friday, June 03, 2016

1404 : Bufet Ramadan Istimewa


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah.. Ramadan datang lagi. Selamat Berpuasa.Tinggal beberapa hari sahaja lagi ni.

Thursday, June 02, 2016

1403 : Hotel - SH Hotel vs OYO Rooms Hotel

Macam biasa sejak dua menjak ni hobi aku ialah godek2 booking.com tak tahu pasal apa. Komputer kat kedai ni x boleh nak buka trivago. Erm.....

Booking hotel OYO Rooms Kota Damansara, Selangor.Tapi, kenapa pulak di tulis SH Hotel????

Check in pukul 2 pm. Aku & My Wife sampai dalam 2.15 pm tapi bilik tak siap. What the ??? Aku suruh juga dia siapkan cepat.Dekat 20 minit juga la menunggu. Erm...

Ruang lobby hotel ini. Pekerjanya india dan rata - rata pekerjanya adalah bukan islam. Warga asing pun ramai. Dekorasinya ringkas tapi berseni.Mesti owner dia jenis orang yang mempunyai citarasa tersendiri.

Ada juga kedai.Yang tak bestnya.Nak naik ke bilik kena panjat sikit anak tangga untuk ke lift. Erm..

Masuk bilik di tingkat 2 dan biliknya. Ohh !! sangatlah kecik lagi sempit.Nak solat pun tak ada ruang.Tanda arah kiblat pun tak ada. Erm... Lagi, bilik ini adalah sangat sejuk lebih sejuk dari di Cameron Highlands. X ada remote control.Cadar pun nipis. Erm (lagi) Channel TV pun siaran biasa - biasa sahaja. Jadi layankan lah sahaja.
Bilik air ialah lutsinar.Boleh nampak kat dalam.Apa sahaja aktiviti memerutnya.Erm lagi... Ada konsep tapi?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Not recommended. Tak ingin nak pergi lagi.Bagi free pun tak nak. Kejam kan? Ha ha ha.Next hotel? ......

Wednesday, June 01, 2016

1402 : Inilah Harinya - Majlis Menyambut Menantu >> Halim & 'Aqilah

Alhamdulillah pada hari ahad 29 Mei 2016.Lokasinya di Kundang, Selangor. Telah berlangsung Majlis Menyambut Menantu di rumah My Biras terakhir iaitu Halim dengan My Adik Ipar 'Aqilah

Pintu gerbang yang comei menuju ke pelaminan dan meja beradap. Gambar2 semua adalah hasil cilok di FB My Biras Halim.Sumber dari ehsan saudara maranya.

Ruang makan untuk rombongan pengantin perempuan. Banyak meja dan kerusi.Ahli rombongan kami separuh je.Tapi ramai juga la ada kot dekat 40 orang.Al -maklumlah dekat je dengan Sg Plong.

Pelaminan yang ringkas tapi menarik dan penuh dengan bunga - bunga penuh warna - warni

Meja makan beradab.Di hias ringkas tapi tidak berserabut.Mungkin bagi aku bunga meja tue macam terlalu besar dan nampak serabut sikit (pandangan ikhlas aku la) #tolongjangankecam.

Lauk pauk untuk tetamu.Apa yang aku makan? Alhamdulillah ada ayam goreng tapi kena buang tepungnya la.Makan je isinya.Nasib ada timun.Rasalah sikit kari daging.Tak boleh makan kentang tau! walaupun... diriku adalah peminat kentang sejati.Tapi.. memang dah rezeki kot! dekat ujung - ujung makan, adik ipar abang chik bawa lauk ikan 3 rasa lauk pengantin untuk kami 'ratah'.Jumpa juga dengan ikan setelah sekian lama.

Ni khemah untuk tetamu.Gambar ini masa waktu awal - awal pagi sebelum tetamu datang ni.

Pengantin pun dah pun datang dengan rombongannya. Di apit oleh pengantin lama sikit. Abang Chik & Isterinya Ira.
Kelihatan aku di situ.Yang hijau tue bapa pengantin lelaki.Dan yang bertudung hijau pulak adalah emaknya.

Kek pengantin yang dihias dengan bunga hidup. Nampak ringkas tapi menarik la.Mesti kek cokelat ni. Glurp!! sambil telan air liur.

Tahniah sekali lagi untuk lagi untuk pasangan pengantin Halim & Aqilah. Pengantin perempuan tinggi sikit dari pengantin lelaki.Ops!! Orang cakap nanti 'murah rezeki' betul ke tidak x tahu la.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga berbahagia sehingga ke Jannah.Pepandai la bawa diri itu pesan aku pada My adik ipar.

Tuesday, May 31, 2016

1401 : Inilah Harinya - Ukhwah Day >> Telaga Biru Sdn Bhd 2016

Kisah previewnya di SINI. Pada 28 Mei 2016 dalam kekalutan pagi hari itu.Akhirnya sampai juga ke lokasi event syarikat tempatku bekerja ini.

Kelihatan My Wife sedang membawa air oren. Kata diet? Eh! tak tolong ambik untuk adik beradik. Macam - macam jenis air yang ada.

Lori apakah? My Wife pun nak interprame lagi.Tak apalah, katanya kisah shaizhar & Nazuha

Alhamdulillah ada menu boleh makan.Syukur sangat.Ayam golek. Yahooo!!! diet tetap diet. Siap bawa bekal salad, timun sendiri ok!


Apakah? Eh! jangan fikir yang bukan2.Bukan 'tet' tau. Ni kambing golek ok. 3 ekor lagi. Alhamdulillah rezeki kakitangan Telaga Biru dapatlah makan. Dia orang memang 'hantu kambing' embeeek!!

Kasi closed up sikit.Aku adalah tidak makan kambing ni pada hari kejadian.Memang x suka sangat pun. sekali sekala boleh la.

Ada juga orang jual bubble. Ingatkan malas nak bebelanja. Tapi sebab masuk sukan dapat duit RM 10 jadi belikan lah untuk anak - anak buah My Wife main bubble sampai lebam.


Lokasi sukaneka.Ni je gambar yang ada.Ada kategori ikut umur, untuk lelaki, perempuan, pasangan. Yang penting semua dapat hadiah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ramai juga staf yang tak hadir.Mungkin sebab ada hal sendiri atau urusan lain. Ah! tak meriah sangat la.Tak cukup korom kata orang.Erm... tunggu next event la kalau ada.Open house raya kah? atau selalunya bulan puasa ada majlis berbuka puasa.Tengok la nanti.Ada ke tidak?

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015