Thursday, December 31, 2015

1365 : Semasa - Hari Kedua,Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015, Episod 1

Ini aturcara untuk hari pertama (jumaat) baru nak up sini sikit bagi tunjuk la apa yang patut.

Ini pulak adalah program hari kedua yakni hari sabtu.Jujurnya memang x berapa nak ramai orang membeli.Mungkin sebab panas terik kot!

Suasana lokasi kejadian daripada kejauhan.Cuba teka berapa jumlah kenderaan yang joint?

Program ini akan di rekodkan dalam The Malaysia Book of Records ok? Sebab tue salah satu penyebab aku joint.

Bergaya dengan baju 'bersih' warna kuning + hitam dan logo warna warni.

Susun atur pun lebih kurang macam semalam je.Malas nak fikir.Main belasah je mengikut sesedap rasa.

Susun atur yang lebih kurang sama sahaja macam semalam. Lokasi je berubah dari line 3 (semalam) kepada line 2 (hari ini).
Patut dapat line 1.Tapi nasib la, pilih line 2 ni.Panasnya tak terasa sangat pada awal - awal pagi.

Suasana awal pagi sabtu, 29/12/2015. Masa ni aktiviti pentas pun tak bermula lagi.Sunyi sepi la.

Antara susun atur dan barang jualan car booters lain.Masing - masing dengan style tersendiri.

Alhamdulillah dekat sekitar kawasan jualan ada je yang jual makanan dan minuman tak perlu nak berjalan jauh ke food truck.
Antara gaya label produk.Rata - rata barang jualan tudung AJ (Adi Jumma) adalah 'bersepah' di sana sini + tudung klon ala - ala AJ yang tak ada jenama pun ada juga.

Payung? Erm.. kebanyakkannya ada payung.Aku masih belum beli payung.Ada je yang berniaga tak berpayung.

Barang mainan memang bersepah di jual di sana sini.Memang senang nak jual la benda macam ni kan?
AJ lagi? Ha ha ha. Ada juga penjual tudung AJ di kalangan lelaki. Memang sekarang fenomena AJ yek!
Pakaian kanak - kanak termasuk cap dan lain - lain memang banyak je di jual di merata tempat.
Antara suasana pagi ketika aku berjalan - jalan melawat kawasan ala - ala Y.B (Yang depan tu bukan aku).
Tabung rarae u all? Harga dekat RM 80 kot! (betul kan?) Ada ke orang nak beli? Ni target market untuk orang 'kaya - kaya'.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bersambung ... Episod 2

Wednesday, December 30, 2015

1364 : Semasa - Hari Pertama, Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015

Lokasi : Tapak Padang Kawad, UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Tarikh & Hari : 25.12.2015 (Jumaat)

 Kualiti gambar kurang memuaskan. Selepas dah siap - siap kemas dan susun atur barang niaga.

 Tokey besar tengah sibuk whatsapp sana sini selepas sekian waktu sibuk dengan itu dan ini.

Antara produk yang di jual.Dalam bakul merah ialah buku - buku Telaga Biru, Majalah Solusi & Al - Ustaz, Al - Quran, produk The Goodwords dan yang terbaru dari IKEA iaitu jam serta frame + bakul sampah.
 Ada juga buku - buku serta novel lama berharga antara RM 4 ke RM 5 serta novel - novel baru.

 Paling laris , tentulah novel lama/terpakai berharga RM 5.Ada kedai lain jual dalam RM 7.

Rupa paras keadaan lokasi niaga menjelang senja nan merah. Sila abaikan yang bersepah di bawah meja.
Ada nampak makluk asing di atas bonet kereta? Itulah biri - biri berharga RM 5, beli dekat rakan niaga sebelah.
 Keadaan persekitaran kawasan niaga menjelang malam keliwoon. (ha ha ha ha)

Ini kawan FB merangkap adik kepada kawan baik Kak Retnawati serta adik ipar dia sekali la yang merupakan bekas jiran di kawasan kejiranan rumah mertuaku yang memang mereka saling mengenali.
 Antara perniaga di kawasan yang lain.Ada jual novel/buku Inggeris tue.Tebal semacam je.
 Ini gambar sebelum menjelang malam.Gambar di kongsi dalam group whatsapp.

 Ini jiran niaga kami hari kedua.Hari pertama dia meniaga di kawasan lain.Siap bawa anak lagi tue.

Ini peniaga yang menjual toys.Memang banyak juga berniaga toys dan mainan kanak - kanak. Mungkin sebab senang jual dan akan ada je pembeli.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lampu sekitar tak cukup untuk menerangkan kawasan jualan.Nasib ada beli lampu kecik - kecik yang comel.Boleh la buat suluh - suluh dan bagi cerah kawasan jualan.Ada juga peniaga yang langsung tak ada bawa lampu.Memang gelap gelita/kegelapan la kawasan jualannya.
Pengalaman kedua berniaga carboot sales pada waktu malam.

Tuesday, December 29, 2015

1363 : Sebelum - Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015

Lokasi : Tapak Padang Kawad, UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Tarikh & Hari : 25.12.2015 (Jumaat)

Alhamdulillah pada 24/12/2015 dalam jam 6.00 petang selamat sampai ke Kg My Wife di Jalan Bahagia, Batu Pahat.

Gambar di atas ialah lokasi tapak untuk Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015. Gambar di kongsi ahli group whatsapp event tersebut,

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semuanya di permudahkan.Mencari pengalaman baru.

Thursday, December 24, 2015

1362 : Sebelum - Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015

Klik sini untuk membaca kisah previewnya yang sendu. ha ha ha.. Akhirnya 19.12.2015 aku buat bayaran RM 50 untuk menyertai event ini.

Kenapa aku joint event ini?  Pertamanya sebab ianya event Car Boot Sales, keduanya sebab dekat Batu Pahat jadinya boleh balik kampung sekali. Ketiganya sebab bayarannya hanya RM50 siap dapat T Shirt dll lagi. Lain - lain sebab, nampak promosi dan kesungguhan penganjur begitu bersungguh - sungguh.
Antara jenis produk CBS ialah barang terpakai dan prelove. Lain - lain produk yang akan aku bawa ialah Cenderahati The GoodWords, buku - buku & Al Quran Telaga Biru + tudung terpakai dan handbag. Eh! macam banyak pulak barang kita nak jual.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jom pakat ramai - ramai datang tengok dan membeli. Ha ha ha. Doakan kejayaan kami suami isteri.Semoga semua barang yang di bawa habis di jual.

Wednesday, December 23, 2015

1361 : Car Boot Sales Taman Puncak Jalil - 20.12.2015

Lokasi : Jalan PJU 3/11, Taman Puncak Jalil

Tarikh & Hari : 20.12.2015 (Ahad)

Pertama kali di sini, agak lewat juga dalam 7.45 pagi lebih kurang.Ada satu tempat kosong tapi ada 'najis' pulak!
Antara produk yang di susun atur.Dalam 80% memang semua barang terpakai la.Gelas coca cola tue semua habis di jual dengan harga murah.

Selit juga barang baru.Alhamdulillah hasil pendapatan memuaskan walaupun tak mencapai target. Tetapi hampir mencapai la.Lagi pun tiada sewa tapak di kenakan.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lepas ni setiap hari ahad boleh la selang seli dengan CBS Kota Damansara.

Tuesday, December 22, 2015

1360 : Carboot Sales Bandar Baru Bangi - 19.12.2015

Lokasi : Tempat Letak Kereta, Taman Cempaka, Bandar Baru Bangi

Tarikh & Hari : 19.12.2015 (Hari Pertama) Sila klik sini untuk catatan pertama CBS Bandar Baru Bangi

Pertama kali di CBS Bandar Baru Bangi ialah pada 31.10.2015 yakni hari pertama berniaga CBS di sinilah lokasi pertamanya.
Susun atur hari ini.Tetap bawa rak pusing buku yang besar gabak tue.Tapi tak banyak pun buku yang di letak sebab majalah taruk kat atas meja.

 Produk jualan termasuk cenderamata TheGoodWords.Yang laku hanyalah magnetic bookmark.

Novel RM 5 pun dah kurang banyak pun tue.Nampaknya dah boleh buka lagi satu kotak novel yang masih tersusun rapi tapi belum letak harga

Alhamdulillah ramai juga yang membeli majalah solusi isu yang lama - lama.Lepas ini kena bawa banyak la.

Monday, December 21, 2015

1359 : 2 Hari Berniaga di Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya


Lokasi : Ruang Legar Pejabat Kastam, WPKL Kelana Jaya

Tarikh & Hari : 17.12.2015  & 18.12.2015 (Hari Khamis & Jumaat)

 Setelah sekian lama tak berniaga di Pejabat Kastam, kali ini kembali mengegarkan suasana.

Hari pertama kurang sikit hasil jualannya (orang tengok2 dulu kot!) Tapi pada hari kedua, syukur alhamdulillah berganda - ganda hasil jualannya.

Rak buku berpusing yang di pinjam.Sebabkan kebosanan membaca satu novel sepanjang berniaga tue. Esoknya habis baca novel tersebut.
Buku - buku kanak - kanak memang mendapat tempat dan mudah di jual. Mungkin buku - buku di atas kurang di minati oleh pembeli.
 Al - Quran terjemahan Al - Ghufran memang menjadi pilihan. Bawa 3, dah terjual 2. Alhamdulillah


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semangat membara nak berniaga time gaji goverment ni. Ha ha ha. Insya-Allah bulan Januari 2016 akan berniaga lagi.Masih mencari - cari lokasi.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015