Monday, November 30, 2015

1356 : Ekspo Buku Malaysia 2015 - PWTC (Episod 3)


Hari terakhir di Ekspo Buku Malaysia @ PWTC patutnya pagi ahad tue berniaga di CBS Kota Damansara tapi pepagi subuh alam dah hujan.Jadi pergi kerja je lah.Datang awal dapat parking dekat dan murah,
Hari terakhir langganan Majalah boleh dapat hadiah.Mula - mula berhajat juga.Motif dia nak menang lucky draw.Tapi sampai ke sudah tak melanggan pun.

Ini pulak borang langganan 3 majalah terawal Telaga Biru. Memang murah dan berbaloi.

Tajuk - tajuk majalah percuma.Kena beli mana - mana satu isu yang terbaru dapat 3 free untuk setiap satu pembelian.
Aku pun terpengaruh ini.Beli 4 majalah demi cinta setiap isu satu.Nak jual kat CBS atau jualan bulan depan.
Beli 1 percuma 3.Jarang - jarang di buat orang.Selalu beli 1 percuma 1 je kan.Kali ini kita bikin kelainan sikit.
Beli 1 majalah isu terbaru Demi Cinta RM 6.50 dapat 3 free majalah lain free. Fu yoooo jimat.

Beli majalah Gen Q harga RM 7.00 pun dapat 3 free. Untung kan?

Antara koleksi rupa paras Al - Quran terbitan Telaga Biru.Moga akan lebih banyak jenis dan pilihan lagi selepas ini.
Antara buku - buku baru di tawarkan dengan harga diskaun sebanyak 10% - 20% (ahli kad Telaga Biru)
Ada juga buku Edisi Kemaskini dan terbaru Makkah dan Madinah.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Macam best je kata - kata ini.Boleh tiru la. Ha ha ha ha

Friday, November 27, 2015

1355 : Ekspo Buku Malaysia 2015 - PWTC (Episod 2)

Hari ini kita tengok la rupa paras dan diskuan yang di tawarkan oleh #Telaga Biru

Tawaran terbaik kali ini ialah Langgan mana - mana Majalah Telaga Biru dapat lucky draw.
Macam - macam hadiah. TV, Kipas, Microwave, tudung, hamper buku2 dan banyak lagi.
Tawaran seterusnya ialah beli Majalah terbaru dapat 3 majalah percuma.
Beli harga RM 10 dapat free 3 majalah yang bernilai RM 30.Masuk dek akal ke? Tak kan. Tapi itulah hakikatnya.

Paling hebat.Diskaun yang di tawarkan ialah sehingga 80%. Semua buku bawah RM 10.
Lepas tolak diskaun harga serendah RM 1.80 hingga RM 7. Murahkan? Aku pun akan borong banyak buku - buku ini.
Ada juga diskaun 50% iaitu separuh harga serta 30% dan 40% untuk ahli #TelagaBiru


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tunggu episod akan datang pulak ye.

Thursday, November 26, 2015

1354 : Ekspo Buku Malaysia 2015 - PWTC (Episod 1)

Lokasi : Ruang Legar PWTC

Tarikh & Hari : 25.11.2015 (Hari Pertama)

 Ni gambar dah malam.Gambar waktu siang tak ada.Mood sikit 'lari' sebab kena hujan.
Ni kaunter langganan dan membership.Tahun ini ada kelainan.Siapa melanggan majalah - majalah TBSB berpeluang untuk cabutan bertuah.Ikut nasib la. Apakah tuah anda? Paling besar TV LED.

Konsep baru untuk Ekspo Buku.Buku - buku di atas meja.Nampak lapang dan luas.Tak serabut kepala otak melihat. Ha ha ha. Design pun simple je.

Ni kat bilik/bilik lain. Memang Karya Seni sangat menyerlah.Ye la dah banyak produk sekarang. Asyik di adaptasi ke Tv je.

 Ni meja atau ruangan untuk bertemu artis la kot!. Memang lawa la kombinasi dua warna ni + putih

Akan datang dan sedang di tayangkan.Malas nak tengok drama2 bersiri dan adaptasi ni.Nanti terpengaruh.Hari - hari nak tengok.Kerja lain tak payah buat,

Idea yang baik. Siapa ada T-Shirt boleh la fanatik2 drama2 tue beli dan pakai kan? Aku? Memang tak la. Harga pun dalam RM 25 - RM 30
 Tajuk novel yang menarik perhatian. 'Terlajak Laris' kau orang mesti tahu siapa punya tagline kan?

Ni tak tahu lah penerbit mana? Syarikat penerbitan baru kot! Dah macam cendawan dah macam - macam syarikat novel sekarang.Next episod la aku share la (Tak ambil gambar pun).Lokasi ini kat Bilik Mawar.

Ni syarikat kertas kot.Berkaitan recycle semula menjadi kertas.Kot! Malas nak singgah. Esok - esok nak singgah la.Macam dia ada bagi free je notebook.

Ada juga book cafe.Tak tengok pulak apa yang di jual dan harganya.Rasanya yang biasa - biasa je tue dengan air.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari pertama, tak berapa nak ramai sangat.Dah mula cuti sekolah memang tak ada rombongan cikgu cikgi dan anak - anak murid lain. Harapkan fanatik Telaga Biru Fan Club dan mereka - mereka yang memang telah di jemput Allah untuk datang ke situ.

Saturday, November 21, 2015

1353 : Preview - Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Masih belum buat keputusan nak joint atau tidak.Tapi rasanya macam nak.
Tetiba rasa blog ini dah macam banyak cerita pasal carboot sales je ye.Ok la tue, daripada tak ada update langsung.

Tuesday, November 17, 2015

1352 : Carboot Sales Taman Melawati

 Lokasi : Tempat letak kereta, Belakang BHP & Caltex Taman Melawati (Berhampiran Klinik Idzham dan segala macam klinik)

Tarikh & Hari : 14.11.2015 (Sabtu)

Bangun awal pagi.Solat subuh pun kat Petronas Ulu Klang. Sampai sebelum 7 pagi pun dah penuh orang.Ni novel2 dan produk yang di jual.

Boleh produk baru dan produk terpakai. Bayaran tapak RM 10 (produk terpakai) dan RM 15 (produk terpakai).Untuk pertama kalinya aku bawa produk The Goodworks. Hanya dapat jual 1 bookmarks je.

Kali ni tambah produk pinggan mangkuk pulak.Letak harga tinggi sikit.Bila orang minta kurang baru kita bagi.

Susun atur produk jualan kami.Alhamdulillah dah ada meja pun.Baru beli, harga RM 90 + RM 15 alas meja.
Suasana jualan di barisan kita orang berniaga.Macam - macam ada.Makanan dan minuman boleh jual.Yang di pack la.Tapi ada yang degil jual air shack2 lagi. MPAJ pun bagi warning termasuk budak sebelah kita orang.Jual air mineral dan air kotak je pun.

Van ni lawa.Susun atur dia pun kemas.Mengidamkan untuk mempunyai mobile book store sendiri.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hasil jualan biasa - biasa sahaja. Tapi tak mencapai target yang di tetapkan. Adakah sebab tengah bulan? Mungkin, itu antara faktornya.

Thursday, November 12, 2015

1351 : Carboot Sales Kota Damansara Kali Ke 2

Lokasi : Tempat letak kereta, Belakang Restoran Gulam Mee (betul ke?), Kota Damansara

Tarikh & Hari : 8.11.2015 (Ahad) - Kali ke 2


Kali ke 4 berniaga carboot sales dan kali ke 2 di Carboot Sales Kota Damansara.Lepas siap - siap kemas minta My Wife ambik kan gambar.

 Tokey bergambar dengan produk yang hendak di jual.Jualan barang terpakai sahaja di sini.

Sila abaikan rupa paras dalam perut kereta yang bersepah.Hari ini menggantung t-shirt dan baju + seluar di rak ini.Alhamdulillah ada 'brother indon' borong 10 helai baju.

 Produk baru yang jual hari ini ialah cawan kaca coca cola.Di jual pada harga RM 5. Dapat jual 1

 Ini di depan tempat jualan kami.Tanda harga dia sempoi la.Nak tiru la!

Baca jangan tak baca.Dalam 11.00 pagi matahari panas terik memancar.Dugaan - dugaan. Bertabahlah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Syukur ke hadrat illahi sebab jualan pagi ini sangat memberangsangkan dan melebihi target yang di tetapkan.Insya-Allah 14.11.2015 (Sabtu) akan berniaga carboot sales di dua lokasi baru.Semoga semuanya di permudahkan.

Wednesday, November 11, 2015

1350 : Selamat Ulangtahun Ke 35 dan Happy 4th Anniversary


Dan bila.. Inilah harinya.Happy Birthday untuk kali ke .....

35 dah pun.Lawa tak kek atas tue.Nampak sangat kek gegirl.Tumpang cilok dari google je.

Semoga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan.Sejak berjinak - jinak jadi perniaga carboot rasa dah jadi usahawan pulak.Doa dan harapan, kejayaan menjadi milik diri yang berusaha.

11.11.11 hari aku menikahi seorang wanita bernama isteri. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 4 kalinya.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 11 November merupakan hari cuti wajib bagi diriku dan My Wife
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015