Tuesday, October 27, 2015

1340 : Lokasi - Carboot Sales Kota Damansara

Merujuk kepada perkara di atas 1328 - Preview

Lokasi di Tempat letak kenderaan belakang, Bistari de Kota, Jalan Teknologi 3/8, Seksyen 3, Kota Damansara (Belakang Restoran Gulan Mee) dalam 500 meter dari Uptown Kota Damansara

Majoriti barang terpakai yang di jual ialah baju.Ada juga la terselit barang - barang lain.

Konsep jualan ada yg di gantung - gantung dan ada juga yang di longgok je.Ni mesti kes banyak sangat pakaian yang nak di jual.Ke bundle? (eh! betul ke ejaannya)

Lain - lain barang pun ada tapi x banyak.Cari juga kalau ada pinggan mangkuk lama.Yang camca tue macam best je.

Lagi rupa paras dan longgokan pakaian yang menghiasi jalan - jalanan di sini

Kena pilih kawasan juga kalau nak jual car boot di kawasan ini.Dengan kata lain, datang awal.

Kawasan ni pun x ramai rang dan tak meriah. Kawasan yang lapang macam ini agak panas.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah mulai 31.10.2015 ini akan berniaga car boot sales di sini dan beberapa tempat lagi.Permulaan untuk menjadi seorang perniaga berjaya.A-Min

Monday, October 26, 2015

1339 : Lokasi - Yukids Island, The Curve

Lokasi : 2nd Floor, The Curve 

Tarikh & Hari : 24.10.2015 (Sabtu) 


Ikutkan je la. Tetiba ayat.Memang aku tak reti sangat nak melepak, menshoping atau tawaf The Curve.Di pendekkan cerita, bukan tempat aku la.Tapi demi anak - anak buah kesayangan di ikutkan juga sebab abah dia orang keluar ada urusan kerja kan.

 Penuh dengan warna warni dan memang memikat hati kanak - kanak dan mak bapa lah kan.

My Wife teruja.Al - kisahnya, sebabkan aku kemalasan aku duduk je kat tempat duduk kat luar yang di sediakan. My Wife kena tengok - tengokan kak eizzah dan ibunya jaga adik lelakinya pulak. Si anas debab tue. ha ha ha.

Rupa paras dalam tempat tue. Bagi pendapat aku boleh la, tapi tempat tak luas dan tak banyak sangat mainan.
 Aku hanya ambik gambar dari luar.Malas nak masuk sebab kena beli stokin.
 Konsep dia lebih kurang J Kids yang kat Jusco/Aeon - Big tue je. Nama je yang lain.

 Ada loker dan jual minuman.Makanan pun ada kot! Daripada jauh macam nampak ada jual cokelat.

 Bacalah.. bacalah.. Jangan malas - malas sangat membaca.
Harganya adalah RM 31.80 termasuk GST la tue.Memang mahal.Tapi sesuailah dengan tempatnya. The Curve kot! Hanya yang 'berada' yang mampu. Erk! jangan terasa ok. Tapi itu hakikatnya.

Tapi, anak - anak buah 2 orang ini abah dia dah beli multivisit pass awal - awal.5 kali masuk dan tempoh tamat dalam masa 3 bulan. Lebih murah la. Jatuh satu visit dalam RM 21.20

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lama juga 2 beradik ini bermain.Si adik ni biasalah, semua benda nak masuk mulut.Memang tak sesuai bawa dia 'masuk berkubang' dalam tempat yang ada pasir tue.Sebolehnya nak masuk mulut.Si kakak pulak pandai bawa diri.Ada kawan apa lagi.Tak mau balik la.

Friday, October 23, 2015

1338 : Akan Datang >> Big Bad Wolf 2015

Akan datang, Disember 2015 ini. 24 jam tue. Dari 4 Disember 2015 sehingga 14 Disember 2015 selama 11 hari di MIECC@ The Mines, Seri Kembangan

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah akan pergi bawa anak buah kesayangan dan My Wife

Thursday, October 22, 2015

1337 : Segmen Blogwalking YanieYusuf.com




Cara-cara untuk join mudah sahaja, syarat:

  1. Follow blog YanieYusuf
  2. Add google+ YanieYusuf
  3. Buat satu entry bertajuk : Segmen Blogwalking YanieYusuf.com
  4. Copy banner diatas dan backlink kan ke entry segmen ini
  5. Copy url entry korang dan pastekan di ruangan komen entry ini.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah lama tak joint blogwalking, contest,GA dan yang sewaktu dengannya

Wednesday, October 21, 2015

1336 : Malaysia Book Expo 2015



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya - Allah saya akan berada di Expo Buku Malaysia kali ini. Akan berlangsung selama 5 hari dari 25.11.2015 sehingga 29.11.2015 di PWTC (Ruang Legar). Jumpa di sana !!!!!

Tuesday, October 20, 2015

1335 : Rezeki 'Anak Bulu'

Memperkenalkan 2 ekor 'anak bulu' di ofis. Yg atas di beri nama oren dan yg bawah bernama hitam atau dalam nick namenya 'black'.Lokasi kejadian ialah di luar ofis di sekitar tempat parking motorsikal.

Rezeki 2 ekor 'anak bulu' ni la.Pepagi dah sarapan sedap - sedap. Yg hitam ini adalah jinak dan manja.
Ini pulak oren.Penakut dan tidak manja.Namun dia sangat photogedik.Tengok tue tahu pulak pandang kamera.Kelas kau oren.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Syukur alhamdulillah dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka walaupun tak sebanyak mana.Bukan niat nak menunjuk - nunjuk tapi sekadar berkongsi dan ingat mengingati sesama kita.Biar tak sekaya dan semewah mana rezeki harus di kongsi bukan sahaja pada manusia tapi pada makluk Allah yang lain juga. I Love Kucing.

Saturday, October 17, 2015

1334 : Iklan - Mencari Usahawan Muslim sebagai Rakan Niaga di Pasaraya berkonsep Islamik


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Berminat? sila hubungi no di atas.Semoga urusan untuk membuka pasar raya berkonsep islamik di permudahkan. A-Min

Tuesday, October 13, 2015

1333 : JJMM - Restoran Yunnan Nasi Ayam, Bandar Baru Bangi

Lokasi : Jalan Medan PB3, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Tarikh & Hari : 10.10.10, Sabtu 

Gambar ehsan encik goodle.Masa kejadian tak ambik gambar luar.Sebab time tue dalam pukul 10 pagi.Merupakan pelanggan pertama.

Kunjungan pertama untuk kali ini.Tahun lepas dah pergi.Dan tahun - tahun sebelumnya sebab ada urusan kerja di kawasan sini.

Dekorasi di salam restoran ini.Banyak guna lampu bulat berbentuk sebegini rupa. Kerusi meja semuanya putih.
 Cili di letakkan berasingan.Di dalam bekas di khaskan seperti di atas.

Layan diri?? Masa kita orang datang tue.Order je.My Wife order ayam yang putih tue. Nama apa yek? Tetiba lupa.Ambik yang special.Ayamnya macam untuk 2 orang makan.Tapi rugilah tak ada nasi sekali.Aku dengan Shazatul Azira ambik yang biasa sahaja. Tambah taugeh

Abang aku whatsup.Tue ada taugeh.Azira mana makan.Ha ha ha. Sah - sah itu untuk kita orang berdua suami isteri.Kita orang ni 'hantu' ayam ok! The Chicken Rice Shop tue memang wajib la setiap bulan atau 2 bulan sekali.Maklumlah dekat je ngan kawasan rumah.
Masing - masing lapar tak sarapan pagi.Mari lah kita melantak dengan senang lenang.Total semua dalam RM 30++ (tak ingat jumlah yang setepatnya).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Masuk Kompleks PKNS Bangi, beli itu dan ini.Seksa bila nak beli sesuatu benda tak ada la pulak.Time nak beli berlambak je. Erm... Alhamdulillah selesai dah urusan anak buah kesayangan masuk U.Semoga perjalanannya di permudahkan lah untuk belajar di sini 3 tahun lamanya.Aku sebagai bapa saudara kesayangannya yang telah di amanahkan oleh abangku akan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.Good Luck Shazatul Azira.

Monday, October 12, 2015

1332 : Shazatul Azira Masuk Uniten 10.10.2015

Kisahnya berlaku pada 10.10.2015 di pagi sabtu yang dingin. Ce waaah. Alhamdulillah akhirnya anak buah kesayangan hamba dapat sambung belajar kat Uniten Bangi (Alamat tulis bangi tapi dalam surat tulis Uniten Cawangan Putrajaya.Padahal situ kalau tak silap area jajahan takluk Kajang.

 Masuk dalam bangunan tue.kenalah duduk dulu sebelum tunggu waktu pendaftaran iaitu 8.00 pagi

 Aku pulak pusing - pusing la tengok kawasan. Bersih dan kemas je tempat mereka ini.

Siap ada unit penajaan yakni sponsorship unit.sesiapa nak minta sponsor pelajaran boleh tanya kat sini lah kan.
Ini rupa paras bangunan tersebut.Macam pusat pendaftaran pelajar la. (Pejabat Pentadbiran) kalau tak silap.Nama panjang sangat tak ingat.
Ada cafe kat sini.Aku sahaja la masuk ambik bau.Ingat lepas dah daftar semua nak melantak kat sini. Tapi Azira and My Wife kata terus sahajalah pergi daftar untuk penginapan.

Inilah rupa paras cafe tersebut.Tak ramai lagi orang melantak kat sini.Time ni pun orang yang menunggu pun tak ramai.
 #Shazatul Azira anak buah kesayangan hamba.Dah 19 thn usianya.Sejak umur 13 tahun dah duduk asrama.Dari MRSM Kem Terendak tukar ke MRSM K.K lepas tue Asasi dekat 1 Tahun di Uitm Puncak Alam.Kini.. dia di Uniten la pulak.

Tepat pukul 8.00 pagi kauter pun di buka. Alhamdulillah Azira dapat no 3. Kira awal la kan. Mana tak sebelum 7.00 pagi dah gerak dari Kelana Jaya.
 #Shazatul Azira tengah mengisi borang biru.Kelemahan di sini.Masing - masing lupa bawa pen. (tepuk dahi) pinjam lah pen dengan orang (buat muka tak malu).

Destinasi seterusnya ialah daftar untuk penginapan.Mula - mula tengok peta yang di beri macam tak membantu.Tapi bila dah berada di jalanan, rasa senang pulak sebab ada pertunjuk arah. Dekat je sebenarnya daripada tempat tadi.Ada terlepas jalan sikit la.

Terus ke Pangsapuri Pelajar.Hanya pelajar sahaja di benarkan masuk.Kita orang tunggu kat bawah. Yang bestnya ada pelajar - pelajar senior berniaga segala mak nenek barang - barang keperluan (baldi, timba, sabun, penyapu dan lain - lain) siap ada pakej lagi. (Harap maaf tiada gambar)

Ini lah rupa paras ruang tamu di rumah #Shazatul Azira.Kita orang yang pertama masuk.Dalamnya ada 2 bilik sahaja.Setiap bilik ada 2 katil.Bermaksud 1 rumah ada 4 orang penghuni sahaja.

 Termengah - mengah mengangkut barang sebab banyak tangga.Dan ..... (cerita di bawah nanti)

 Inilah katil Shazatul Azira.Rumah ini berkonsep kayu.Jujurnya, kelihat sangat 'usang' ha ha ha.

Ini tempat letak kasut.Berapa banyak kasut nak letak la ye.Yang atas tue tak buka tengok pulak. Boleh letak kain baju kot!
Shazatul Azira dapat rumah tingkat 2 daripada 3 tingkat.Tiada lift ok? Sedih. Boleh kurus tak hari - hari naik turun tangga?
Inilah aturan tingkat - tingkat di rumah ini.Tangganya adalah tinggi sebab kawasannya terletak di atas bukit.
My Wife dan anak angkatnya. Ni bilik belum kemas.Letak - letak barang. Lepas tue keluar terus JJMM dan beli barang.Bilik sebelah ada budak Sungai Petani. Meriah la kita orang bersembang sebab jumpa orang 'sekampung'.
Ni dah petang dapat whats'up dari Shazatul Azira.Bilik dah siap kemas. Dah cantik semuanya di susun rapi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lepas selesai urusan hantar Azira terus melencong ke Damansara Damai. Umah adik My Wife. Aku adalah keletihan, kemengantukan.Lepas solat zuhur terus tertidur sejam lebih.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015