Wednesday, September 30, 2015

1323 : Menu - 2nd Meeting Keluarga, Projek Bisnes



Spagetti kak long kebabom !!! . Dah lama My Wife tak masak spagetti. Aku tak adalah minat sangat. Tapi memandangkan pagi hari ahad (27.9.2015) ada family meeting jadi My Wife dengan rajinnya memasak dan ianya adalah sedap di tekak aku kerana kuahnya tidak masam. I Like! (walaupun jarang - jarang makan)
Ayam goreng dan nugget adalah paling laris. Terserlah kesedapannya.Alhamdulillah, meeting berjalan lancar.Next meeting 2 minggu lagi bersamaan 11.10.2015.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rasa macam nak buka bisnes juga.Kalau bisnes vendor butik, books & cafe ok ke?

Tuesday, September 29, 2015

1322 : Aidil Adha 1436 Hijrah

Hari Raya Aidil Adha tahun hanya pulang beraya di kampung yang paling dekat iaitu Kg Sg Plong, Sg Buloh, Selangor. Syukur alhamdulillah tak payah bersesak2 di jalan raya.Meredah jem dan tersangkut berjam2 di jalanan.

Bersama 'anak orang'.Ni adalah persalinan hari raya aidil fitri yang memang langsung tak ada gambarnya di ambil.Berbalik kepada cerita entry di 1319 : Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436 Hijrah bukan bermaksud tak suka beraya di sini shj (sungai plong) tapi jika di beri pilihan nak juga beraya haji/korban di kg halaman tercinta di utara atau mungkin juga di selatan. I ok je raya mana - mana. (sekadar luahan perasaan je) Sebabkan mood ambik gambar so - so. Jadinya, gambar pun tak banyak la.
Ni bergambar dengan ayahanda mertua.Masa ni semua dah siap - siap nak balik.Gambar menu raya pun tak ambik.My Wife masak nasi tomato + ayam masak merah dan acar timun serta nenas. Sedap ok! siap bertambah - tambah lagi. (Maaf tak ada gambar).


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dulu masa bujang2 sanggup lagi berkerja masa raya haji.Tapi kalau raya puasa memang tak la.Sekali je kena kerja masa raya pada tahun 1999. Apa pun saya gembira di hari raya.

Saturday, September 26, 2015

1321 : Preview - Eco Rimba Murai, Batang Kali , Selangor

Lokasi : Eco Rimba Murai, Batang Kali, Selangor


Pada 18.9.2015 dalam 8.40 malam (anggaran) masuk duduk santai depan TV terbuka pulak siaran berita RTM .Aku memang jenis jarang tengok berita sejak dua menjak ini.Segmen Jom Jalan- Jalan tertengok la tempat ini yang sangat warna warni dan cantik.

Nampak macam menarik je. Terus zasss cari FB dia.Nasib jumpa dan terus follow. Masa tue yang like page dia baru 940 like (lebih kurang).

Best kan kalau kita ada hidup berjiran dan berumah warna warni macam ini. Mesti ceria je hidup kan?

Rupa paras biliknya.Harganya ialah RM 130 nett (termasuk sabtu/ahad dan cuti segalanya)

Lagi design katilnya.Untuk dua orang dan bayaran penginapan termasuk sarapan pagi.

Lagi rupa paras biliknya.Di sebabkan chaletnya hanyalah 'sekangkang kera' adalah di kenal pasti bahawa bilik airnya adalah di luar.

Rumah putih ini boleh menempatkan 4 orang dan bayarannya ialah RM 260 termasuk sarapan.

Sangat cute lah rumah putih ini dan bayarannya tidak lah mahal sangat kot!.RM 65 untuk seorang.

Rupa paras salah satu daripada katil di dalam rumah putih tersebut.Agak - agak ada ke tandas dalam tue?

Ini lagi satu katil di dalam bilik ini.Nampaknya memang tak ada ruang santai - santai la dalam rumah ini sebab kecik kan.

Ini ruang untuk makan.Sangat cantik kan? Macam mana lah rupa paras meja makannya ye.

Di akhiri dengan sekeping gambar suasana sungainya. Macam kawasan banyak berbatu je la kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah ada rezeki akan sampai ke sini satu hari nanti. Semoga semuanya di permudahkan. A-Min. 'kita hanya merancang, tuhan yang menentukan'.

Friday, September 25, 2015

1320 : Lokasi - Aman Ville, Space U8


Lokasi : GF, Space U8, Selangor

Tarikh & Hari : 20.09.2015 (Ahad) 

Hari ini bawa 'anak pinjam' datang bermain - main di sini.Dari Sg Plong ikut Guthrie je senang.

Harganya RM 20.00 untuk weekends & public/scholl holiday. Kira ok lah kalau duduk dalam ini lama - lama kan.
Stokin adalah wajib ye, unuk kanak - kanak. Kalau tak bawa ada je jual dengan harga RM 3


'Anak pinjam' tengah pakai stokin pink yang baru di beli. Ni kan depan pintu masuk utama.

Ini kawasan meja - meja dan kerusi macam sekolah kanak - kanak di tadika atau taska kan?

Kat sini boleh bikin birthday party dan ada pakejnya (seperti di bawah). Mesti meriah kan?

Sapa yang ada budget RM yang banyak tue boleh la buat majlis kat sini. Aku? ntah belum mampu.

Ni area untuk kanak - kanak kecik bawah 3 tahun (memang sesuai). Untuk baby - baby juga.

Inilah rupa parasnya.Kelemahan tempat ini ialah kurangnya tempat duduk untuk dewasa. Tak kan nak duduk bersandar kat dinding je kot!

Ada kaunter makanan dan minuman.Tapi?? Terhad.Air yang ada pun beberapa jenis air kotak je pun. Tapi air mineralnya hanya RM 1.20 kira murah la kan?

Kat sini ada TV (beberapa bijik juga la) di siarkan rancangan Upin & Ipin.Ni kalau manja daddy si anas tue datang mesti teruja punya.Ok! next time daddy bawa adik datang sini ye.


Ni yang tempat di panggil 'panjat - panjat' jenuh daddy memanjat + mengejar Kak Eizzah. Risau juga sebab tempatnya tinggi.Tak kan nak suruh mummy nya pulak kan? ;p

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Di sebabkan dah mula cuti sekolah orang agak ramai la juga. Tapi tidak lah terlalu ramai. Apa pun yang penting enjoy!

Thursday, September 24, 2015

1319 : Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436 Hijrah


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari Raya Haji kali ini untuk sekian kalinya (macam ada nada kecewa je disitu.. ha ha ha) Hanya akan beraya di kampung halaman yang paling dekat sekali iaitu di Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor.Kalau ada mood ambik gambar ada la gambar rayanya.

Wednesday, September 23, 2015

1318 : Preview - Kampungku Stay Desa Murni

 Lokasi : Kampungstay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, Temerloh

Tarikh & Hari : 19.09.2015 (Sabtu) 

Alang - alang pergi kenduri kat Jengka, Singgahla di Temerloh.Mencari jugalah kawasan ini. Sesat la sikit tapi akhirnya bertemu juga.
Jalan masuk ke tempat ini dari jalan besar agak mencabar juga tapi di bantu oleh penunjuk arah yang nampak macam mesra alam tapi... berpusing - pusing juga la. Nasib akhirnya bertemu juga.

 Banyak juga kereta di tempat parking.Jadi aku adalah menjadi malu - malu nak mengambil gambar.
Ini kawasan tempat makan.Depannya ada satu rumah besar.Rasanya itu rumah utama atau asal sebelum rumah - rumah sekitarnya di bina kot!

Sebenarnya aku nak survey tempat untuk event group blogger 'geng msjbox 4ever'. Tapi kebanyakkan tarikh yang aku nak dah penuh. Erm... 


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rasanya november 2015 ini kena buat event juga ni.Sebab ada acara tiup lilin kan? la la la la.

Tuesday, September 22, 2015

1317 :Raikan Cinta Toha & Cipuden


Lokasi :Jengka 16, Bandar Pusat Jengka, Pahang Darul Makmur

Tarikh & Hari : 19.09.2015 (Sabtu) 

 Syukur alhamdulillah akhir dapat juga menjejakkan kaki ke bumi jengka.Felda di negeri Pahang.

Tahniah buat Toha atau nama sebenarnya Hayati Zul dan suaminya yang juga merupakan staf Telaga Biru yakni Saiful Akmal atau nama glamournya Cipuden.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau tak kerana ada kenduri kendara ini memang tak sampai la Jengka ni kan.

Thursday, September 17, 2015

1316 : Selamat Ulang Tahun Kelahiran - Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed

17 September 2015 ialah ulang tahun kelahiran Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed.

17 September 2015 beliau dan isteri akan berangkat menunaikan ibadah haji di tanah suci.

Satu majlis tertutup telah di adakan pada ptg 14.9.2015 di ofis Telaga Biru.Kek - Kek adalah dari tajaan staf2 mengikut jabatan.
Ini kek paling laris dari department aku. Sangat sedap dan paling kecik. Kek 'credit limit' ha ha ha. tak boleh blah nama kek yang dia orang taruk.

Yang kat jari (sapa ntah tue) pun kek ada kereta BMW lagi. Tak ada pulak gambar penuh kek tue.
Ini pulut kuning yang sangat sedap dan rencah2 yakni lauk pauknya yang sedap.Pulut tue lembut dan lemak berkrim di sukai ramai.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Diet - diet.Makan pun kena kawal. Nak kena kurangkan berat badan sebab dah 'overweight' kan. Kurus untuk sihat agar tidak dapat macam2 penyakit.Jom amalkan gaya hidup sihat. Jom Fit!

Wednesday, September 16, 2015

1315 : Kisah Shaizhar & Nazuha

Alhamdulillah akhirnya pada 16.9.2015 (Hari cuti Malaysia) blog yang dulunya di kenali sebagai S.H.A.I.Z.H.A.R telah berubah wajah menjadi 'Kisah Shaizhar & Nazuha'. Idea tue semuanya datang secara spontan.

Ada yang tanya, (seorang je pun. ha ha ha.Dan semestinya dia tahu siapa dia) Buat sendiri ke?

Jawapannya tidak. Semuanya di bikin oleh Sue Suka Susun berminat boleh hubunginya.


OWNER :


SYARIKAT :
UMIESUE CREATIVE [ SA0321255-W ]


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Semoga Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam'

Tuesday, September 08, 2015

1314 : Bila 'Bos Kecik' naik Haji

Lokasi : Tabung Haji, Kelana Jaya

Tarikh & Hari : 06.09.2015 (Ahad) 

Ister My Bos 'kecik', My Wife, aku & My Bos 'kecik' yakni manager sales department tempat aku berkerja sekarang.
Nampaknya tahun ini lebih sistemnatik. Ni Zon E. Semua beg2 jemaah yang dapat giliran E di sini. Macam bos kecik aku dia punya giliran D.Jadi kena tunggu la sehingga giliran D baru boleh masuk.
Ini beg - beg yang di atur.Alhamdulillah, nampaknya x sesak sangat orang yang hantar jemaah gi haji untuk tahun ini.
Sebabkan kami laki bini datang jalan kaki malam - malam dari kuarters ke tabung haji jadinya kami akan melalui Bazar Haji yang 'hidup segan mati tak mahu' ha ha ha. Ye la, kekadang sebelum ini asal kami nak singgah je tutup (tak ada penerbangan haji) kata 24 jam?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila giliran ku nak naik Haji? Hanya Allah yang tahu. Semoga 'bos kecik' dan isterinya selamat pergi dan kembali, di beri kesihataan yang baik dan dapat menjalani ibadah dengan sebaiknya dan mendapat haji yang mabrur. A- Min

44 hari tanpa 'bos kecik'. Amanah yang diberikan akan ku laksanakan dengan sedaya mungkin. Semoga semuanya di permudahkan.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015