Saturday, August 29, 2015

1309 : JJMM >> Speedy Pasta, Giant Kelana Jaya

Lokasi : Speedy Pasta, Level GE, Giant Mall, Kelana Jaya


Tarikh & Hari : 27.8.2015 (Khamis)

Nak kata baru tak baru tapi di buka dalam tahun ini la (2015) sebelum ini pandang - pandang jeling - jeling.Sebab baru beberapa hari lepas dapat 'derma' jadi kaya raya la sekejap.

Ini rupa paras ruang di dalam Restoran tersebut.Alhamdulillah pemiliknya adalah orang melayu. Dia orang masak dan buat pizza + air semua kat belakang tue.Jadi semuanya kita boleh nampak.

Buku menunya.Semuanya ala - ala kebaratan sikit tapi bercitarasakan melayu yakni malaysia.

Starter aku makan mushroom sup harga dalam RM 5.90 ok la sedap la juga. Tue yg atas tue apa kebenda ntah My Wife punya harga dalam RM 10

Lambat sikit nak tunggu pizza ni sampai. Ok la sesedap rasa. Jumlah bil semua dalam RM 43.40 sebab air sampai 3.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan destinasi JJMM yakni Jalan - Jalan Makan - Makan yang seterusnya........

Friday, August 28, 2015

1308 : 8 Tahun Berlalu

Hari ini 28.08.2015.Genap 8 tahun pemergian seorang insan yang bernama Mak. Yang melahirkan, mendidik dan membesar kami adik beradik.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : A- Min . Semakin hari semakin kuat untuk menerima takdir dari illahi ini. Semoga arwah 'mak' tenang bersemadi di sana.

Thursday, August 27, 2015

1307 : Subway Fever 27.08.2015

Jangan hanya memandang daripada luaran semata - mata.Tapi, bila masuk ke dalam punya la panjang orang beratur untuk menikmati tawaran subway beli 1 + air = 1 percuma.Terbantut hasrat nak makan subway.


Aku pun tertarik juga.Hajat di hati ingin menikmati tapi akhirnya terhenti.Memalam pun ramai orang beratur.Mungkin bukan rezeki.

Ini gambar sebelah tengahari sewaktu aku 'ter' pergi kat Tesco Kepong.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Antara contoh promosi yang baik.Boleh 'tiru' ni.

Wednesday, August 26, 2015

1306 : Program - Communication & Leadership Training For CEO's Telaga Biru -18.8.2015 & 19.8.2015

Syukur alhamdulillah, di beri peluang pergi kursus yakni training iaitu latihan untuk menjadikan diri lebih baik. 2 hari tue memang padat dengan kelas yang ada teori, praktikal, games & presentation. Yang atas ini gambar group umie & the menantu's.

Antara aktiviti berpasukan untuk membentuk satu teamwork.Menunjukkan sikap mendengar arahan dari ketua.Kejayaan akan di miliki jika kita patuh pada arahan di beri walaupun dalam keadaan mata tertutup rapat.Untuk percubaan pertama ini semua group gagal.

Hampir - hampir berjaya.Tapi disebabkan arahan yang kurang jelas, matlamat tidak dapat di laksanakan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.Pada giliran kali ke 2, aktiviti ini aku menjadi ketua.Alhamdulillah kejayaan menjadi milik kami walaupun sebenarnya aku tidak yakin pada kemampuan diri sendiri.

Banyak lagi aktiviti lain.Semua aktiviti ada matlamatnya.Program ini lebih menjurus kepada kepimpinan islam vs barat.Kita perlu mengetahuinya dan mengamalkan nilai yang sebenar yakni kepimpinan islam serta belajar tentang komunikasi.

Bila pergi training aktiviti wajibnya ialah makan, makan dan makan.Dari sarapan, tea break pagi, lunch, tea break petang hinggalah ke dinner.Alhamdulillah makanan di sini memang terbaik.

Gambar di hari terakhir.Masa ini hujan mencurah membasahi bumi.Malas nak bangun. ha ha ha. nasib dah habis kelas.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga diriku akan menjadi pemimpin yang lebih baik.Terima Kasih Allah.

Tuesday, August 25, 2015

1305 : Program - Communication & Leadership Training For CEO's Telaga Biru - Talk by DMFK

Akhirnya... malam pertama kursus iaitu pada 17.8.2015 (Isnin) telah di beri kesempatan untuk menghadiri sessi Talk atau sembang santai yakni curahan ilmu penuh gelak ketawa dan keriangan berganda.Yang paling teruja tentulah My Wife yang dah lama tak berjumpa dengan DMFK (Dato' Mohd Fadzillah Kamsah).

DMFK merupakan kenalan kepada ayahanda My Wife beliau merupakan yang penulis terawal yang menulis buku dengan Telaga Biru.

 Ilmunya sangat tinggi dan bukan calang - calang orang. Banyak ilmu yang di curahkan serta di kogsi.

Terima Kasih DMFK.Walaupun sekejap tapi apa yang disampaikan sangat bermakna buat keluarga kami.
Menerima cenderahati kenang - kenangan dari ayahanda Hj Waharp, Chairman Telaga Biru.

My Wife , DMFK & diriku.Sila abaikan 2 makluk Allah yang belakang tu.Time ni rasanya dah tengah malam.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Next.. bermula kursus dengan trainer dari Singapura Tn. Hj Anwar Shah

Monday, August 24, 2015

1304 : Program - Communication & Leadership Training For CEO's Telaga Biru - Preview (Hotel) Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Lokasi : Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan


Tarikh & Hari : 17.8.2015 (Isnin) & 20.8.2015 (Khamis)

Hasil daripada carian google.Ini je yang ada.Bolehlah daripada tak ada. Ni lah rupa paras tempatnya.

Ini adalah anak tangga yang 'menyeksakan nak mendaki dan menuruni' untuk menuju ke kafe. Juga hasil cilok dari google.

 Mendapat bilik di tingkat 8 yakni yang paling tinggi. Biliknya adalah sangat besar dan selesa.

 Ada tambahan satu kerusi panjang yang boleh juga di jadikan tempat tidur atau bersantai - santai.

 Ada TV dengan beberapa saluran Astro seperti HBO, Disney, ESPN dll termasuk TV1,TV2,TV3

Ada ruang sinki dan jug untuk masak air panas.Kabinet bawah ada peti sejuk yang comel lagi cute.

Ini ruang dari pintu masuk utama.Kabinet almari untuk sangkut pakaian + ada juga ruangan untuk letak barang serta letak kasut.
 Satu lagi sisi katil tempat beradu.Konsep bilik yang simple tapi menarik. Kemas dan tersusun je.
Bilik air juga luas dan berasingan antara tempat mandi dan membuang.Yang tak bestnya setiap kali membuang dan yang sewaktu dengannya akan keluarlah bunyi bising dan binggit.Akhirnya buat keputusan tak menyalakan lampu dalam bilik air.Barulah aman damai dari pencemaran bunyi

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Next.. kisah training dan aktivitinya. Tunggu.....

Sunday, August 23, 2015

1303 : Hari Keluarga Yusof Besah 2015 - Senja Nan Merah

 Sukaneka habis dah dekat nak senja.Memang pantai kat Morib ini tak molek nak mandi manda.

Nun di sana, matahari sudah mula hendak melabuhkan tirainya.Senja Nan Merah di ufuk sana.

Nak juga.Bergambar berlatarbelakangkan senja nan merah.Cantik kan t shirt family day kita orang?

 Kumpulan merah menyala hanya menang no 3 daripada 6 kumpulan.Ok what !

Aku, My Wife dan Kak Eizzah yang bijak pandai.Dah besar dah.Jumpa kekawan apa lagi.Leka la dia
Lagi gambar dengan Kak Eizzah


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Berakhirnya Hari Keluarga Yusof Besah kali ke 12 untuk tahun 2015.Tahun depan giliran keluarga besar kita orang pulak jadi penganjur.Di manakah lokasinya?? Tunggu....

Saturday, August 22, 2015

1302 : Hari Keluarga Yusof Besah 2015 - Sukaneka

Alhamdulillah ini kali ke 3 joint.Tahun lepas (2014) sahaja tak ada family day. Jadi tahun ini meriah lagi la.
Walaupun bukan 100% ahli keluarga dari keturunan Yusof Besah ini hadir, tapi sekurangnya dengan aktiviti dan program ini akan mengiratkan silaturahim antara satu sama lain.
 My Wife & Aku bersama Angah Nadira (adik  My Wife) dan kesayangan hamba. The Debab Anas.

 Ni generasi ke 3 dalam keluarga ini.Yakni golongan anak - anak. Siap sedia nak 'panaskan badan'

Umie Hj Azizah dan Ayahanda Hj Waharp yang merupakan generasi pertama keluarga Yusof (ayahnya) dan Besah/ Habsah ialah (ibunya) kedua mereka telah kembali kerahmatullah. Al - Fatihah.

Sebelah kiri ialah anak beranak dan menantu Pak Ngah dan belah kanan sebahagian keluarga besar ayahanda.Isteri,Anak menantu dan 2 daripada 6 orang cucunya.
 Aktiviti untuk generasi pertama. Ikat kaki dan berjalan ber2 beriringan dan bergandingan.



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada banyak lagi gambar kat FB tapi x merajin la pulak nak menciloknya. Cukuplah dengan apa yang ada.

Friday, August 21, 2015

1301 : Hari Keluarga Yusof Besah 2015 - Preview (Hotel) Impian Hotel Morib

Lokasi : Impian Hotel, Morib


Tarikh & Hari : 15.8.2015 (Sabtu) & 16.8.2015 (Ahad)

Alhamdulillah, untuk kali ke 12nya telah berlangsung Hari Keluarga Yusof Besah 2015 di Impian Hotel Morib.Di sebabkan tahu jalan ke Morib, jadi tak adalah sesat barat.Cuma terlajak sikit je.

Bilik hotel no 417.Kira hujung sekali dan besar.Macam tak sesuai je untuk 2 orang laki bini.

Ada kerusi yang untuk bermalas - malasan.Tapi tak sempat pun.Cuma ambik bantal tue je buat bantal peluk waktu tidur malam.
Ruang tempat penyimpanan.Yang atas peti sejuk tue aku punya yang paling kiri tue My Wife punya area .
Bilik air agak bersih dan nyaman.Kira memuaskan lah bilik ni.Yang tak best ialah langsirnya ada yg koyak (x ambik gambar pulak).
Ada kelab golf yakni padang golf.Ada la juga tertengok anak beranak ni 'bercangkul' kat sini.

Kawasan bilik hotel ini macam bangunan tambahan.Semua ahli family tidur sini kecuali beberapa orang yang biliknya nun di sana dekat kolam renang. Kawasan utama.Tapi duduk bangunan ini ok juga sebab dekat dengan tempat makan dan padang aktiviti sukan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jom tengok aktiviti 'wajib' bila Hari Keluarga ini berlangsung.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015