Friday, July 31, 2015

1280 : Libur Ramadan 2015 >> Bukit Bendera - Part 3 (Muzium Burung Hantu)

Destinasi seterusnya ialah The Owl Museum. 1st in south east asia. Di iktiraf The Malaysia Book Of Records.

Lagi satu gambar di sekitar kawasan menuju ke Muzium Burung Hantu ini.

Jom kita tengok ada burung hantu hidup ke idok di dalam ini. Bagaimana rupa paras muziumnya dan lain - lain.

Sangat comey itu tabung.Tapi sangat mahal juga itu harga. Jadi sangat tidak boleh lah nak membeli.

Pintu masuknya adalah menuruni anak - anak tangga tersebut.Macam??......

Tiket sudah naik harga.Ada terbaca ntah kat mana katanya RM 10 tapi bila masa nak membayar jadi RM 12 seorang dewasa.Dah naik harga la ni.

Jom kita menuruni anak - anak tangga lagi untuk memasuki The Owl Musuem itu.

Tengok tulisan FREE/Percuma tue. sikit punya besar kan. Rupanya kanak - kanak (umur brp ntah?) adalah Percuma.

My Wife dan seekor burung hantu 'kayu' yang besar dan duduk teguh di hadapan pintu masuk.

Ambik gambar ber3 pulak. Rasa nampak macam 'ketot' pulak. Gambar ini di ambil oleh pekerja kat situ.Nampak sangat dia orang tak ada kerja.

Aku paling suka gambar ini.Langsung tak nampak perut dan kegemukan. Cara aku pose juga tak menampakkan dagu berlapis2 macam kek lapis. Ha ha ha. I Like !!

Beraksi dengan salah satu potret gambar burung hantu yang sangat menarik tertarik memang the bomb!.

Bergambar berdua bersama burung - burung hantu yang sangat cute, comel dan woow!!!

Lagi koleksi burung - burung hantu yang tak hidup.Kenapa x ada burung hantu yang hidup dlm ni?

Antara koleksi burung - burung hantu dan versi yang lain. Macam - macam ada.

Yang ini sangat cantik kalau tengok depan - depan. Tak percaya pi tengok sendiri.

My Wife dengan salah satu replika burung hantu yang di gantung di situ.

Nak juga.Walaupun... Tapi tak berapa nampak sangat rupa paras replika burung hantu terbang ni.

Antara koleksi yang sangat menarik dan bersinar - sinar sebab bersalut 'emas'.

My Wife dah mula jatuh cinta dengan burung hantu yang comei dan warna - warni.

Sebelum keluar macam biasalah strategi orang berniaga.Ada lah kedai cenderamata yang al - mahal.

Antara yang di jual Buy 5 Free 1.Tapi harga satu pun Ya Ampun. Al - Mahal.

Berkenan dengan jam di atas tue.Tapi harganya adalah Al - Mahal. Kalau tak silap dalam RM 79.90

FM yang berwarna warni dan sangat cantik dan berkualiti.Tapi Al - Mahal.Satu pun dalam RM 15.90 tak termasuk 6% GST. Hanya mampu memandang.

Sekian sessi lawatan ke The Owl Museum di atas puncak Bukit Bendera ini. Datang lagi? Ntah! tak pasti.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod terakhir di Bukit Bendera akan menyusul.

Thursday, July 30, 2015

1279 : Libur Ramadan 2015 >> Bukit Bendera - Part 2

Ini adalah keretapi pertama yang mengangkut orang menaiki Bukit Bendera.Kalau tak silap sebelum tahun 1977.

Beraksi sesuka hati.Dah banyak perubahan kat atas Bukit Bendera ini. Lebih indah daripada dulu.

Aksi ke 3. Ada di entery lama - lama tentang pengalaman di atas Bukit Bendera. Tapi tak ingat dalam blog ini  atau blog yang lain.Rasanya blog yang lain.

Antara kemudahan atau apa yang ada di atas Bukit Bendera. Ada Klinik? Tak perasaan pulak. Sebab tak pusing pun seluruh kawasan itu.

Ada Balai Polis. Senang siapa buat jahat terus hantar gi sini. Ha ha ha. Tapi Balai Polis dia kecik je la.

Ada Astaka yakni Pentas.Kat sini juga boleh bergambar dengan burung dan lain - lain. Malas pulak nak bergambar.

Lagi gambar persekitaran di atas Bukit Bendera.Ada juga tempat makan.Tapi macam ramai peniaga cina je.

My Wife beraksi sebelum menuruni tangga yang curang untuk ke Tandas Awam. Lokasi yang tak strategik dan sedikit menyukarkan.Bila time nak balik baru perasaan ada tandas juga kat kawasan sana yang jauh lebih selesa.

Beraksi di hadapan bendera negeri kelahiran.Sila abaikan perut yang membesar bagaikan mengandung itu. Ha ha ha.

My Wife bergambar dengan bendera JDT yang merupakan negeri kelahirannya. Cantik kan gambar ini? Tengok la sapa yang ambik. la.. la ..la

Strawberry Hill?? Erk.. tempat baru kot. Tak boleh masuk sebab tengah puasa.Dah hujung - hujung ramadan memang dugaanya lebih sikit. Cepat penat dan lapar.

Nak jumpa tempek gambar ini kat sini. Jadi, bacalah sendiri. Malas nak taip panjang - panjang.

Warna - Warni kan. Bagus juga idea macam ini ye. Best nak bergambar sana sini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jom ke destinasi berikutnya iaitu Muzium Burung Hantu.

Wednesday, July 29, 2015

1278 : Libur Ramadan 2015 >> Bukit Bendera - Part 1

Lokasi : Penang Hill/ Bukit Bendera, Pulau Pinang

Tarikh & Hari : 14.07.2015 (Selasa)


Perjalanan balik kg raya aidil fitri tahun 2015 di umumkan sebagai cuti - cuti malaysia. Destinasi pertamanya ialah Bukit Bendera, Pulau Pinang.

My Wife yang pertama kali nak naik bukit Bendera. Destinasi ini menjadi pilihan di saat - saat akhir.

Tiket bayaran untuk seorang dewasa ialah RM 10.00 (Normal) kalau nak Ekspress bayaranya sekali ganda.

Ada juga harga tempatan. Kalau bukan tempatan berapa?  Tetiba rasa keliru kejap.

Keretapi terbaru lagi terkini untuk naik dan turun Bukit Bendera.Dah di gunakan sejak tahun 2011.

Keretapi yg tengah tue penah naik dulu.Kali terakhir pergi Bukit Bendera 2007.Yakni 8 tahun yang lalu.

Laluan untuk masuk menuju ke Platform Keretapi. Orang tak ramai, jadi semuanya bergerak lancar.

My Wife beraksi sementara menunggu Keretapi. Sebelum itu kat pintu masuk ada ambik gambar juga di tangkap oleh juru gambar profesional.

Ada The Owl Museum. Merupakan yang Muzium Burung Hantu pertama di Asia Tenggara.

Menunggu lagi orang menaiki keretapi untuk menuju ke atas Bukit Bendera.

Rupa paras keretapi dari tepi.Ada juga yang kena berdiri.Ada juga masih menanti.Mungkin menunggu untuk mendapatkan tempat yang paling best untuk tengok view kot!

Ini rupa paras keretapi Bukit Bendera.Inilah tiketnya untuk 2 orang berharga RM 20. Muka banyak ganas!! ha ha ha ha....

Keretapi bergerak menaiki ke atas Bukit Bendera.Ini rupa paras lantasannya.

Sila abaikan lutut dan jari jemari orang yang berada nun di hadapan tingkap itu. Ini sebenarnya kira bahagian belakang keretapi la.


Akhirnya selamat sampai ke paras 712meter daripada Paras Laut. Yahoooo!!!!

Alhamdulillah selamat juga sampai. Papan tanda ?? Eh! bukan.. Yang tertulis Penang Hill seperti di atas ini sangatlah cantik tetapi berada di lokasi yang tidak sesuai yakni strategik.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dulu datang sendiri (walaupun dengan 2 orang kawan yg lain). Kini datang berdua.Insya-Allah harap lepas ini akan datang ber3 dengan anak. A-Min. Bila?? Biarlah takdir menentukannya.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015