Tuesday, June 30, 2015

1269 : Iftar Geng K (K.A.M.I.E) kali & tahun ke 12 sejak 2004 - 2015 >> Hari Kejadian

Lokasi : Taman Tun Dr. Ismail, TTDI, Kuala Lumpur

Tarikh & Hari : 27.6.2015 (Sabtu)

 Cilok daripada gambar whatsup sana whatsup sini. Gambar tak mengikut turutan.

Ini yang datang awal.Episod pertama macam biasa belek - belik menu.Nak makan apa yek?

Nasik tumpeng tue saya punya.My Wife makan nasi + ikan talapia goreng + sayur belacan.
Anak sulung Ummi.Jap je masa berlalu.11.11.15 ni dah nak masuk 2 tahun dan bakal dapat adik.

Umie dan Kak Retna.Bukan selalu jumpa pun. Jarang - jarang jumpa dah sekarang ni.


Amat anak sis lin yang dah meningkat sedang meniti usia remaja.Yang tengah tue Izu yang dah kembali menjadi orang KL selepas 3 tahun nun jauh kerja di sabah.Yang kanan tue My BFF Sodep.Dah kenal dekat 11 tahun.

Ahli jemaah yang hadir.Ada ramai lagi.Tapi mereka ada alasan sendiri kenapa tidak dapat hadir.

Posing gaya pertama. Jom - jom pakat tengok kamera.Aduh! nama aku tunduk bawah pulak tue.

Gaya ke dua pulak.Ini nampak lagi menarik dan semua nampak bersiap sedia untuk menunjukkan aksi.

Happy Belated Birthday Kak Retna. (Birthday nya 19.6.15 yang lalu). Tergejut x ?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga ada rezeki untuk kita bersama berkumpul untuk ke 13 kalinya pada tahun hadapan 2016 untuk berbuka puasa bersama - sama. Insya-Allah.

Monday, June 29, 2015

1268 : Iftar Geng K (K.A.M.I.E) kali & tahun ke 12 sejak 2004 - 2015 >> Preview

Lokasi yang di pilih setelah di cadang itu dan ini.Lokasi kali ini ialah di TTDI (Taman Tun Dr. Ismail). Di sebabkan tempat ini dekat dengan ofis aku.Jadi tugas booking di serahkan pada aku. Erk! bukan tiap - tiap tahun pun bukan aku ke? La la la ...

Selero Negori ke ?? atau tema dia masakan dari Padang? 1st time di siang (gambar ambik waktu siang).

Menu list Dapoor Dago. Kau orang tahu maksudnya? Aku?? Ntah..... next...

Ada ikan terbang dan ikan talapia bakar u allz... Sedap ke? tunggu bila dah makan nanti baru boleh cerita.

Menu lain yang ada. Nasi tumpang tue macam menarik je kan. Bakso tue nampak biasa - biasa.

Ini pulak jenis - jenis air yang ada. Murah ke? Agak -agak semua yang tulis tue ada tak?


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tunggu cerita sebenar yang terjadi pada 27.6.2015 tue ye.

Wednesday, June 24, 2015

1267 : Pesta Ramadan & Karnival Ahli Telaga Biru >> Hari Keempat - 3 Ramadan 1436 Hijrah

Lokasi : Ruang Legar, Busana Medan Mara Kuala Lumpur

Tarikh & Hari : 20.6.2015 (Sabtu)

Suasana dari padangan atas kedai jualan Telaga Biru di ruang legar, Busana Medan Mara

Ada diskuan tau! dari 10% hingga 20% untuk produk terbaru dan best seller. Nak banyak diskaun kena jadi Ahli Kad VIP Telaga Biru.Berapa bayar? RM 15 shj untuk seumur hidup.

Ada berbagai jenis dan saiz Al - Quran.Diskaun paling tinggi di tawarkan ialah antara 20% sehingga 30% daripada harga asal.



Antara artis yang ada buka both jualan di Busana Medan Mara yang ada produk - produk mereka sendiri. Dari kiri Azza Elite, Zul Yahya dan Siti Nordiana.

Ada juga Nur Khiriah yang jamming live dengan Melody Buskers di ruang legar Busana Medan Mara.Sedap juga suaranya.Aksinya memang selamba siap pegang plastik beg lagi.Kelakar la kak Nur Khiriah ni.


Ni kedai Nur By Khiriah memang terletak dekat lokasi yang strategik dan sentiasa ada orang.Lagi pun macam hari - hari je kak Nur Khiriah ini ada kat kedai dia.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Awal ramadan berbuka puasa tanpa My Wife di sisi sebab bekerja nun jauh di sana.



Tuesday, June 23, 2015

1266 : Pesta Ramadan & Karnival Ahli Telaga Biru >> Hari Ketiga - 2 Ramadan 1436 Hijrah

Lokasi : Ruang Legar, Busana , Medan Mara Kuala Lumpur

Tarikh & Hari : 19.6.2015 (Jumaat)

Rupa paras Busana, Medan Mara selepas solat jumaat pada 2 Ramadan 1436 Hijrah.

Zoom lagi aktiviti yang ada.Kat tingkat 3 ada celebrity bazar, tapi macam segan hidup mati tak mahu. Ops!!

Sejak 1 Ramadan sehingga 4 Ramadan sekitar jam 6.00 petang di adakan tadarus Al - Quran oleh para pelajar sebuah institusi pengajian islam (tahfiz) dari gombak.


Takzirah oleh Ustaz Fauwaz Fadzil di pentas utama.Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Hujung minggu pun bekerja. Ini adalah permulaan untuk belajar sesuatu daripada yang biasa.

Monday, June 22, 2015

1265 : Pesta Ramadan & Karnival Ahli Telaga Biru >> Hari Pertama - Sehari Sebelum Ramadan


Lokasi : Ruang Legar, Busana , Medan Mara Kuala Lumpur

Tarikh & Hari : 17.6.2015 (Rabu)

Ulang tampal logo ni.Sebenarnya tak ada la 'Pesta' sangat.Hanyalah jualan ramadhan produk - produk Telaga Biru yang terhad sepanjang Ramadan kali ini di ruang legar Busana, Medan Mara, Kuala Lumpur.

Lokasi sama macam awal bulan yang lalu.Namun konsep jualannya adalah lebih fokus kepada Al - Quran, buku - buku ramadan, solat, buku - buku best sellers dan lain - lain buku yang di rasa boleh di jual.

Kaitan dengan gambar kat atas.Busana Medan Mara & Mara (bangunan lama) mengadakan pertandingan menang Iphone 6 u allz.. dengan cara 'Snap, Share, Like & Win' yg paling banyak like akan menang.Erm...


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Entry ini tergendala kerana hp samseng buat hal dan kini beralih arah kepada lenavosanasi.

Thursday, June 18, 2015

1264 : Iklan - Buffet Ramadan 2015 >> Agrotek Garden Resort, Hulu Langat


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harga yang agak berpatutan.Lokasi mungkin sedikit jauh bagi sesetengah orang yang tidak tinggal di kawasan tersebut.Nak mencuba. Tapi......Insya-Allah, ada rezeki tak ke mana.

Wednesday, June 17, 2015

1263 : Iklan - Buffet Ramadan 2015 >>Nirwana Caterer, Kuala Lumpur

Dengan ini saya bawakan kepada anda Nirwana Caterer.Dan lokasi bufetnya di KL. Tak adalah tengah - tengah KL tapi di pinggir KL. Harganya pun berpatutan.Berharap sangat harganya ialah 35Nett dan kalau ++ pun mungkin dalam RM 40. Berpatutankah?

Dan ini lokasinya untuk memudahkan.Masih berfikir - fikir nak booking untuk berbuka puasa suami isteri pada hujung minggu ini atau minggu - minggu mendatang.Erm... fikir2 kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semuanya di permudahkan.Akan bertugas di jualan ramadan produk telaga biru.Kena buat jadual cepat - cepat ni.

Tuesday, June 16, 2015

1262 : JJMM >> Dinner @ Premiera Hotel


Lokasi : Premiera Hotel

Tarikh & Hari : 15.6.2015 (Isnin)


Bukan kali pertama makan di sini. Oooops!! pernah makan tengah hari sebelum ini.Itu pun sebab ada majlis ceramah Ustaz Zahazan.

Dekorasi dan rupa paras coffee house yang terletak di level 5, Busana, Medan Mara dan disebelahnya (tak jauh pun) adalah Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Bila nak makan ni? Dah bergelora 'menahan lapar dan dahaga' tetiba ada orang add group what'sup baru. Erk! apakah? rupanya group utk buka puasa.Waduh! banyak sungguh orang nak aturkan majlis bukan puasa.Group 'blogger alumni tue la', group x hr la, group x c.s.a la. Tue belum la group department ofis. Aduh! sakitnya ku di sini. Ha ha ha.

Al - Kisah ! Bersyukur menjadi insan terpilih.Walaupun dapat notis pada pagi hari kejadian.Nasib di jemput sekali My Wife.Adik beradiknya yang lain semua ada kecuali seorang je, sebab isterinya tengah sarat mengandung.

Inilah rupa paras makanannya. Ayamnya ok!, kambing dia macam kureng (x minat sangat, ambik seketul yang kecik).Udang dia? erm.. boleh la... sesedap rasa.Sayur campur tue biasa - biasa aja. Tapi ikan siakap kuah lemak tue memang baik punyer! (bukan kategori terbaik la!) tapi ada rasa.

Pusingan pertama.Time ni nasi belum sampai.Ada juga pembuka selera (salad u allz + salmon) boleh la. (tiada dalam gambar).Lepas dah sampai nasi lupa terus nak ambil gambar.

Penutup bicara ialah kek dan ice cream. Sesedap rasa.Secara keseluruhan adalah baik - baik sahaja. (Dah nama pun makan free, bersyukurlah) ha ha ha..

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak cari tempat berbuka puasa? Erm.. ada jumpa satu nie. Macam menarik. Tunggu....

Monday, June 15, 2015

1261 : Preview >> Raikan Bersama

Ramadan semakin hampir.Tapi beberapa hari lalu di kejutan dengan sesuatu (tergejut lah sangat). Ramadan kali ini pasti berbeza denga tahun - tahun sebelumnya.

Raikan bersama.Apakah? Tunggu cerita selanjutnya dengan penuh kesabaran.



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ini cerita tentang preview untuk cerita yang lain kena sabar menanti episod mendatang.

Sunday, June 14, 2015

1260 : Selamat Hari Lahir Ke 4 - Nour Eizzah

Hari ini hari lahirnya
14 June 2015
Genap usianya ke 4 tahun
Terima Kasih Allah

Yang memberi ruang
Yang membuka peluang
Yang mengaturkan Perancangan
Meminjamkan untuk berkongsi

Kasih dan sayang
Tingkah serta laku
Senyuman dan tangisan
Sentiasa di ingatan

Terima Kasih Allah
Untuk semua ini
Kau Puteri di hati
Hadir menjadi penyeri

Selamat Ulangtahun sayang
Semoga menjadi anak yang solehah
Cerdik, Bijak & Pandai
Bersopan santun dan beradab susila

Untukmu Nour Eizzah
Kau sentiasa di rindu
Kesayangan daddy & mummy
Love u selalu

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tuhan lebih tahu.Bersyukur kerana di beri kesempatan untuk melalui saat - saat manis bersama insan - insan kecil yang sentiasa menghiburkan.Biarpun bukan zuriat sendiri tetapi sekurang - kurangnya ada tempat untuk mencurahkan kasih sayang.Berkongsi walaupun bukan hanya seketika.Bersama walaupun hanya kadang kala.Allah adalah sebaik - baik pencipta. #Segalanyakuterimadengan redha. 


Friday, June 12, 2015

1259 : Akan Datang >> Telaga Biru @ Astro Go Shop Saluran 118


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mulai 10.06.2015 (Rabu) bermula 7.00 malam akan di siarkan jualan produk Telaga Biru Sdn Bhd iaitu Al - Quran Waqaf Ibtida'

Thursday, June 11, 2015

1258 : Semasa - Hari Ke Empat/Terakhir >> Pesta Ramadhan & Karnival Ahli Telaga Biru @ Busana, Medan Mara

Semalam (6.6.2015) cuti.Makanya hari ini merupakan hari terakhir. Ini antara penulis dan mereka yang di jangka akan hadir memeriahkan suasana.

Artis baru yang buat persembahan Live pada awal paginya.Maaf di pohon kepada gegaran gambar tersebut.Siapa dia?

Namanya Areef.Lagu singlenya di jual pada harga RM 6. (satu lagu sahaja). bertajuk #cinta halal.
Sedap lagunya.Indah melodinya.Liriknya pun best! Suara dan vokalnya pun boleh tahan.

Dalam satu lebih (petang) ada slot ABIM. Bercerita tenang isu Rogingya.Menarik sangat tapi... masa macam tak sesuai.Al - Maklumlah time tue waktu zuhur.Jadi perlu mendahulukan apa yang wajib. Bertambah juga ilmu pengetahuan walaupun tak banyak mana.

Petang itu ada sessi Bedah Buku dan sembang santai dengan 2 orang ustaz terkenal iaitu Ustaz Pahrol dan Ustaz Nizam Abd Kadir.






















Unlike · Comment · 
Terima Kasih semua yang terlibat.Ada rezeki jumpa lagi di Pesta/Karnival/Expo buku di lain masa.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hujung tahun ini ada Jualan Gudang.Mesti banyak diskaun dan harga menarik punyer!
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015