Thursday, April 30, 2015

1241 : KLIBF 2015 >> Warna Warni di both Telaga Biru

Lokasi : Level 4, Dewan Merdeka PWTC

Tarikh & Hari : 26.4.2015 (Ahad)

 Ini warna warni pembeli dan pertugas di both Telaga Biru sewaktu hari ke 3 KLIBF 2015.

 Sebenarnya hari ke 2 iaitu pada hari sabtu, keadaanya lebih padat dan ramai orang terutamanya rombongan kanak - kanak sekolah dari sekitar lembah klang dan luar KL.

Beratur panjang untuk membayar.Tahun ini Telaga Biru mengunakan kaedah kauter berpusat. Tapi tetap orang beratur panjang untuk membayar.

Anak - anak kecil membaca sambil menunggu ibu/bapa membeli dan membuat pembayaran.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Membaca amalan mulai. Sehingga hari ke tiga dah beli satu novel dan satu buku masakan untuk anak buah. Next.. beli buku untuk My Wife.

Wednesday, April 29, 2015

1240 : KLIBF 2015 >> Demo Masak & Jumpa Chef Hanieliza

Lokasi : Level 4, Dewan Merdeka PWTC

Tarikh & Hari : 26.4.2015 (Ahad)

Masa : 12.30 Tghari - 1.30 petang

Tujuan untuk ke sini ialah membeli buku paling laris Chef Hanieliza iaitu 1 Hari 1 Resepi.Nak bagi hadiah buat anak buah kesayanganku iaitu Shazatul Azira.

 Jom! kita tengok demo masakan dari Chef Hanieliza. Dan resepinya ialah ....

Masa datang ke tempat kejadian yakni di both Popular Chef Hanieliza tengah buat resepi mudah dan ringkas iaitu Kerabu Timun.

Pertama kali tengok demo masakan Chef Hanieliza. Memang selamba, relaks dan menghiburkankan lah gaya, persembahan, mutu dan keunggulan Chef Hanieliza memberi penerangan.Banyak tips dan panduan juga yang diberikan.I Like!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bagi aku walaupun Chef Hanieliza ini 'kampung style' tapi dia mempunyai identitinya tersendiri.Semoga Chef Hanieliza terus berjaya dan menjadi diri sendiri.

Tuesday, April 28, 2015

1239 : The Goodwords Inspired By Telaga Biru >> Part 2

 Aksi juruwang yakni cashier beraksi berangan selfie sorang diri di hari pertama KLIBF 2015.

Saya suka.. saya suka.Syukur alhamdulillah sebab saya bertugas di kaunter yang kecik ini.Kalau kaunter lain memang sesak dan Q panjang la. Ini memang adat masa pesta buku. Orang ramai, beratur panjang nak bayar.Kena tambah banyak lagi kaunter pembayaran.

Antara produk TqW iaitu FM yakni Fridge Magnet yang di jual semasa KLIBF 2015 pada tawaran 3 unit RM 10.12 dan 15.
 Lagi rupa paras FM yang ada. T - Shirt bertulis ' Umat Akhir Zaman!' antara yang terlaris.

Yang ini pulak ialah Magnetic Bookmarks.Ada banyak design.Semuanya cantik - cantik dan mempunyai kata - kata yang menarik.Harga 2 in 1 iaitu (satu kecik dan besar) di dalam satu set ialah hanya RM 6

Yang ini pulak ialah button badge (besar) di jual 3 pada harga RM 12. Kenapa tak jual satu? Inilah yang di namakan strategi.Kalau jual 1, RM 4 mesti orang banyak beli 1 je (nak berjimat cermat). Tak gitu? Tapi kebanyakkan budak - budak sekolah dia orang pakat - pakat kongsi dengan kekawan.

Ada juga button badge yang kecik berharga RM 10 utk tiga. Di ulang sekali lagi tidak di jual 1 atau 2 ye.Yang ini banyak budak - budak sekolah beli. Nak tahu design mana yang paling laris? Tunggu episod part 3.
Ini antara T - Shirt yang di gantung.Harga setiap satu ialah RM 30. Saiz bermula dari S sehingga XL sahaja (sedih saiz XXL x ada, jadinya tak dapat beli untuk diri sendiri).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan Part 3.... (bersambung)

Monday, April 27, 2015

1238 : The Goodwords Inspired By Telaga Biru >> Part 1

Alhamdulillah dah berlalu 3 hari di KLIBF 2015. Sambutan untuk produk baru Telaga Biru juga sangat mengalakkan.
Ini antara produk yang ada. Ada notebook yang ditawarkan pada harga RM3,RM5,RM7 dan yang paling mahal pun RM 10
 Ada juga T - Shirt berbagai design dan warna.Buat masa ini belum ada lagi T - Shirt untuk muslimah. Insya - Allah di masa akan datang.

Lagi rupa paras both The GoodWords (TGW).Ada juga canvas bag yang sangat murah, cantik dan paling laris.

Rupa paras keseluruhan both TgW.Walaupun hanya satu both tapi pada aku ianya sangat kemas, menarik, tertarik dan cantik serta paling wooow!!!

 Mari tengok lagi rupa paras susun atur TgW yang sangat Wooow!! itu.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Jadikan hari ini lebih baik dari semalam'. Semoga kami dapat mengutip jualan yang tinggi dan membuktikan yang produk TqW adalah terbaik dan mampu memberi pendapatan tambahan kepada syarikat.A-Min

Saturday, April 25, 2015

1237 : Produk Terbaru Telaga Biru di Pesta Buku Antarabangsa - KLIBF 20145

Alhamdulillah, tahun 2015 Telaga Biru akan membawakan produk baru di KLIBF 2015.

'The Good Words Inspired By Telaga Biru' Apakah produknya? Erm... banyak juga.

Antaranya ialah T-Shirt berbagai saiz dan tulisan 'kata - kata baik dan positif'. Mug, button badge, poster, magnet bookmart dan lain - lain (tunggu entry akan datang) Insya - Allah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ingatkan dapatlah 'pencen' daripada jadi cashier. Erm.. mungkin inilah suratan takdir yang telah tertulis sejak azali. Mula - mula kena jadi cashier di both Pustaka Iman Syafiie (produk buku - buku Indonesia) tapi akhirnya.... saya akan berada di sini bersama - sama produk - produk baru Telaga Biru.

Semoga produk - produk baru ini akan laris macam goreng pisang cheese.

Friday, April 24, 2015

1236 : Persiapaan >> Menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 @ PWTC

Lokasi : Level 4, Dewan Merdeka PWTC

Tarikh & Hari : 23.4.2015 (Khamis)

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang

 Syukur alhamdulillah.. hari yang di nanti akhirnya tiba. Tahun ini aku menjadi AJK untuk KLIBF 2015 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015) yang berlangsung di PWTC dari 24.4.2015 (Jumaat) sehingga 3.5.2015 (Ahad).

Sehari sebelumnya , agak kelam kabut juga sebab membantu menyiapkan stok merchandise yang baru sampai.Alhamdulillah ramai yang membantu.

Tiba di PWTC sekitar jam 2.00 petang.Mula - mula tolong - tolong tengok lepas tue baru lah tolong sikit - sikit apa yang perlu.
Antara kaunter pendaftaran yang di khaskan iaitu Langganan Majalah - Majalah Telaga Biru, Keahlian VIP Members dan Program Wakaf.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga segalanya di permudahkan.Dengan tak sihat dan selsemanya. Ya Allah! Kau berikanlah kesihataan tubuh badan kepadaku dan semua yang terlibat dan di jauhkan dari perkara - perkara yang tidak baik. A-Min.

Saturday, April 18, 2015

1235 : Berkelah >> Production Team Potluck @ Nur Laman Bestari, Ulu Yam


Lokasi : Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor

Tarikh & Hari : 12.4.2015 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi - 2 petang


Patutnya pada hari dan waktu ini berada di Jengka menghadiri kenduri kawin bekas rakan sekerja yang merupakan adik salesman pahang/trganu.Tapi ini lah yang dikatakan suratan illahi,

Menerima jemputan dari adik ipar membawa dia, anak2, mak mertua dan My Wife berkelah di sini,

Pertama kali berkelah di Ulu Yam.Kesian kan? Ha ha ha. Sebelum ini penah lalu je.Tempat ini privacy la.Lengkap dengan kemudahan.Cuma yang sedihnya melihat 'kamar kecil'yakni tandas yang sangat teruk dan tak selesa.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tiada gambar kerana aku menjadi 'pengasuh' kepada si tembam Anas sebab abahnya pergi menunaikan umrah (masa tue).

Friday, April 17, 2015

1234 : Tahniah >> Shafirol Abu Bakar

 Setelah beberapa kali bertangguh akhirnya pada 13.4.2015, adalah harinya. Tahniah untuk abangku
 Shafirol Abu Bakar.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Pertama kali kakak & abangku tinggalkan anaknya yang berumur 10thn dan 13thn dekat orang (jiran). Inilah kejayaan selepas lebih 20 tahun bergelar tentera di laut.

Saturday, April 04, 2015

1233 : Pengalaman Pertama di Kidzania Kuala Lumpur - Bahagian Akhir

Kali ini Fifi pulak nak beraksi depan Ambulance.Penat ye kakak? Macam tue la abah kamu dengan along dan angah kamu rasa bila bergelar seorang pekerja.

My Wife beraksi depan Klinik Mata. Bawa Fifi buat pemeriksaan mata.

Masuk Hoya.Macam tak penah dengar je. Kenapa bayar masuk sini. Tak pe la. Duit masih banyak,

Lepas dah buat pemeriksaan mata kena buat insuran sebelum dapat jalani ujian untuk dapat lesen memandu.

Memaksa Fifi kerja kat Hitz.Fm. Sebenarnya pak cik dia yang nak kerja ni.Tapi ... ha ha ha. Merasalah kan ckp English lagi.Siap dapat CD lagi rakaman suara kita.

DJ Radio di Hitz.FM. Sempat dengar sikit je siaran langsung radio ini waktu lepak kat luar. Kira mca dengar radio betul - betul.Tapi sebab ada persembahan bergendang di sana.Suasana menjadi sangat bising dengan bunyi yang sangat kuat.

Suasana dalam Kidzania lagi. Dah mula lenggang.

Pekerjaan kat News Staits Times pun ada.Tapi untuk jurnalist macam tak sesuai buat Fifi. Lain la kalau aku.Mesti nak juga. ha ha ha.

Lepas dah berjaya ujian memandu lepas tue boleh la bawa kereta di litar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah tak banyak gambar di HP sendiri sebab banyak ambik gambar kat HP Fifi.Apa pun rasa puas sebab dapat melihat orang yang kita sayang gembira. Kau orang dah pergi?

Friday, April 03, 2015

1232 : Pengalaman Pertama di Kidzania Kuala Lumpur - Bahagian Ketiga

Jom la bergambar sakan pulak di sana sini. Depan Hotel. Yang kejap lagi akan 'terbakar'.

Sedih. Ambulance ini tak bergerak. Kalau tak mesti lagi best. Ada Ambulance dan kereta bomba buat bising dalam ini tempat.Kereta polis? Erm.. sedih tengok kalau jadi polis kat sini. dah macam sekurity? ooops!!

My Wife pun nak juga bergambar depan Ambulance. Ye la x penah ambik gambar depan ambulance kan sebelum - sebelum ni.

Ni la Polis 'kecik' dari balai polis dia orang bawa kon. kiri kanan kiri kanan sampai depan hotel yang terbakar lepas tue mengawal keadaan tempat kebakaran.

Siap sedia menunggu ketibaan ahli - ahli bomba 'kecik' yang cute miut.

Kenapakah tak buat betul - betul? Ahli bomba pegang alat peyembur yang betul? bukan yang mcm ni. Erm...

Manalah bomba ni tak sampai - sampai. Seksa juga menunggu.Ye la. Bomba tue ikut jalan jauh.

Inilah rupa paras hotel yang terbakar. siap bunyi - bunyi lagi. Ada kaca jatuh la.

Tu !! nun di sana bomba dah nak sampai. Polis 'kecik' mengawal keadaan tak bagi orang ramai masuk sini.

Suka - suka ahli bomba 'kecik' ni sebab dalam group ni ada anak - anak 'mat/minah' salleh yang cute miut.

Lagi - lagi. Bersungguh - sungguh memadamkan api. Cayalah!!


Yang ini gambar time Fifi jadi bomba.Masa ni dah dekat nak pukul 6 petang.Orang dah tak ramai. Kebanyakkan rombongan budak - budak sekolah dah balik. Jadi aman damai la kat dalam ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kuning kan uniform bomba ni.Kalau warna oren dan terang menerang mesti lagi best!!
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015