Saturday, March 28, 2015

1229 : JJMM - Kedai Ayamas Bandar Sri Damansara

Lokasi : Kedai Ayamas, Bandar Sri Damansara

Tarikh & Hari : 25.3.2015 (Rabu)

Alhamdulillah 25hb selalunya hari gaji. Lepas urusan merompak duit sendiri di Bank Islam (Bulan pertama bergaji penuh melalui Bank Islam.Sebelum ini gaji masuk RHB Islamik.

Sila layan je menu makan tengahari yang bernilai RM 10.70. (sekian)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah banyak kedai makan/gerai kat area Sri Damansara ini dah pergi makan. Ini yang pertama ambik gambar. Ha ha ha ha.

Sunday, March 22, 2015

1228 : Nusantara Homestay >> Taman Nusantara, Gelang Patah

Ini rupa paras ruang tamu yang sekangkang kera. (ops!!) maksudnya kecik la dan sesuai untuk ahli jemaah yang kecik macam kita orang iaitu 5 dewasa dan 2 kanak - kanak. Untuk menyesuaikan keadaan semua kerusi - kerusi di alihkan dan ruangnya menjadi lapang.Siaran TV ialah Njoi yakni asro basic sahaja.

Dapur yang ada kemudahan tempat memasak, memanas dan peti sejuk. Sedih... sebab tak ada mesin basuh.

Ruang meja makan juga sempit dan untuk kelihatan luas ianya di rapatkan ke dinding.

Bilik Tidur utama yang agak luas serta ada kipas dan air cond. Ni bilik my biras dan adik ipar serta 2 orang anak mereka. Bilik ini jadi sempit bila di masukkan lagi satu tilam + baby kecik si anas manja tue tidur dalam buai.

Aku suka konsep rumah ini.Sebab itu ianya menjadi pilihan penginapan kami 2 keluarga + mak mertua.

 Ini bilik tidur aku dan My Wife Suka konsepnya gak simple tapi menarik (kan!!!)

Muat - muat je la untuk kita orang berdua yang tak kecik dan tak terlalu besar sangat ni. Bilik ini berkipas terletak (bukan kipas atas kepala la)

Ni pulak bilik ke 3 di tingkat atas. Boleh tarik untuk memuatkan 2 orang. Bilik ini di jadikan tempat solat.
Bilik air di atas hanyalah satu. Sedih!!! Tak perasaan pulak masa nak booking. Tapi tak apa. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

 Anak - anak tangga menuju ke tingkat atas. (Dari bawah). Boleh tahan tinggi juga.

Ini bilik ke 4 di tingkat bawah. Mak Mertua tidur sini.Alhamdulillah selesa dan sesuai untuk mak mertuaku yang dah tak kuat nak naik tangga.Lagi pun mak mertuaku kan comei lote orangnye.

Boleh call no ni kalau berminat.Terletak dekat Taman Nusantara yang berhampiran Gelang Patah. Tak jauh sangat la kalau nak ke Legoland + boleh juga ikut Highway (tak ada la jauh sangat).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harganya pun murah dan berpatutan. Check in 26.2.2015 (khamis) dan Check Out 1.3.2015 (ahad) yakni 4 hari 3 malam hanya RM 600 + di kongsi 2 pulak dengan my biras. jimat - jimat. Ada yang lebih dekat dengan Legoland iaitu area Bukit Indah tapi ya ampun !! mahal harga semalam antara RM 300 sehingga RM 500 ikut saiz rumah dan jumlah bilik (gigit jari).

Saturday, March 21, 2015

1227 : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur International Book Fair 2015 >> Telaga Biru Sdn Bhd


Dah tak lama lagi dah. 24 April 2015 dan akan berlangsung selama 10 hari di PWTC.

Ayuh!! buat temujanji datang ke Pesta Buku yang di adakan setahun sekali ini.(Kat tempat lain x sama macam yang kat PWTC ini)


Tawaran buku - buku dengan harga hebat daripada Telaga Biru. Banyak lagi harga - harga % yang di tawarkan serta hadiah percuma dan tawaran hebat majalah - majalah isu terdahulu serendah RM 1.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah untuk tahun ke 4 akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 ini. Jumpa di sana!!!

Friday, March 20, 2015

1226 : Manja Daddy & Mommy

 Nour Eizzah, 3 tahun  9 Bulan dan adinya Nour Muhammad Anas 1 Tahun 3 Bulan.

 Ni si Anas Tembam .. manja Daddy. Kan manja daddy sorang ni kan.


Nie Kakak Eizzah si manja Mommy. Ye la dia membesar dan sentiasa dengan My Wife. Tue yang sayang terlebih. Baru je tak sampai berapa jam jumpa dah kata rindu . Erk..

Paling suka gambar ini. Sebab di debab anas ni memang payah kalau ambik gambar nak pandang kamera. Daddy sayang adik anas.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mungkin ada rahmatnya di sebalik apa yang terjadi. Kami suami isteri redha dan menanti kehadiran cahayamata kami sendiri. A- Min.

Thursday, March 19, 2015

1225 : Rindu Kamu Semua >> Keluarga Shafirol

Dari kiri Shazaril Naeim (selalu salah eja nama dia ni) 16thn , Shazatul Azira 19 tahun, Yusnita, Shazanis Najwa 10 tahun, Shafirol & Shazarif Afwan 13 tahun.

Hanya Shazatul Azira sahaja yang kini sambung belajar di Uitm Puncak Alam. Tue pun pak cik dia ni bukan selalu dapat pi jumpa dia.Ni pun dah dekat 2 bulan tak jumpa. Aduh!!!

Keluarga Abangku Shafirol ini dah 5 tahun (kot!) duduk Sabah. Rindu la. Nasib la hari ini ada aplikasi whatsup yang boleh mendekatkan yang jauh.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rindu nak gi Sabah.

Wednesday, March 18, 2015

1224 : Matta Fair - 13 Mac 2015 - 15 Mac 2015

 Matta Fair untuk bulan Mac 2015 dah berakhir.Ini sedikit perkongsian buat semua.

Antara dekorasi atau konsep yang menarik ialah dari rakan - rakan pelancongan di Melaka.

 Yang ini pulak konsep Negeri Sembilan. Semua ini di Level 4 PWTC.

 Ini rupa paras lebih dekat lagi both Negeri Sembilan.Negeri lain pun ada Sabah, Sarawak , Selangor dan lain - lain.
 Apakah? Ooooh... ni Kuala Lumpur. Siap berbasikal bagai. Satu kelainan.

 Angry Bird??? Ni kat Johor.Hari tue cuti - cuti kat JB x berkesempatan pun ke sini. Adakah kerana aku kurang minat/gemar kepada Angry Bird??

 Ini rupa paras apa yang ada di Angry Bird yang sebenar di JB. Harganya boleh tahan juga, Erm...

 Indonesia?? Tak sempat ambil gambar model dia duduk atas perahu ni. Berpakaian tradisi lagi.

 Turki? Erm.. harap maaf gambar tak jelas. Maklumlah kamera HP Cap 'ikan' je. ha ha ha.

 Hong Kong? Ada 'org tu' nak gi raya kat luar negara tahun depan? ha ha ha ... next...

 Rupa paras ruang pameran antarabangsa, Tak ada mood nak ambik gambar. Erm.. lagi

 Japan dan sakuranya itulah konsepnya. Kalau ada fulus semuanya mulus. Aku? Tengok je la.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hajat hati nak beli penginapan di Strawberry Park, Cameron Highlands, tapi.... Akhirnya beli satu 'hadiah' je untuk diri sendiri, isteri & .... (siapakah yang bertuah). Destinasinya pun dekat - dekat je.Insya -Allah tunggu je entry akan datang.

Yang best nya. Terjumpa seorang rakan FB di sini + kawan lama Tourism Penang (secara tak segaja) dan kemudiannya lepak kat both tempat kerja lama #KL Tower.Nasib ada geng yang bertugas masa tue.Kalau tak de memang hi hi bye bye je la.

Next Matta Fair bulan September.. Jom kumpul duit !

Wednesday, March 11, 2015

1223 : Cuti - Cuti Malaysia 2015 >> Legoland Johor , Malaysia - Episod 3 (Akhir)


 Akhirnya dapat juga ambil gambar diri sendiri dengan bantuan My Wife. I Like!

 Jom kita melayan aksi aku menjadi maharaja lawak yang baju sedondon dengan kerusi.

 Aksi ke 2 yang merupakan aksi wajib. Dah orang ambik kan gambar, kira bersyukur je la ye.

 Aksi ke 3. Maharaja duduk terkangkang. Tapi tue la tak center pulak gambar ni. Ops!

 My Wife dengan patung menang kat 'fun fair' melayang juga RM. Yela.. x de rezeki dan tak bertuah.

 Lagi aksi aku di hadapan castle atau dalam bahasa melayunya Istana.

 Riang ria gembira.Nak buat aksi melompat.Tapi macam tak jadi je.

 Jom masuk istana The Dragon yang di taja oleh Maybank.

 Lagi aksi bersama 2 pengawal keselamatan yang tegak berdiri di hadapan pintu ini.

Di akhiri dengan cerita harga sewa kereta sorong ini. Kau mampu? Kalau mampu sewalah. Kalau tak. Pandang sebelah mata sahaja la.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harga cenderamata memang mahal melampau.Patut ada harga diskaun untuk warganegara Malaysia mcm harga tiket. Ya ampun !! harga keychain pun RM 19.95 satu. Tak mampu nak membeli.Hanya mampu pandang - pandang jeling - jeling sahaja.

Masa kat JB ni ada juga pergi Danga Bay pada waktu malam. Sebabkan HP Bateri dah 'mampus' memang

Tuesday, March 10, 2015

1222 : Cuti - Cuti Malaysia 2015 >> Legoland Johor , Malaysia - Episod 2

 Antara salah satu permainan yang 'basah' x cuba pun. Siap boleh letup meletup lagi.

 Rupa paras di dalam Legoland.Harap maaf kualiti kurang memuaskan sebab jari terketar2 ambil gambar.
 Di Miniland. Yang ini kat Singapore. Fu yooo time ni panas terik wooo...

Ambik gambar sendiri sebab tak ada orang nak tolong ambikkan. Tak pakai monopod sebab sedih
tragedi hp retak seribu masa kat Zoo Negara bulan 1 hari tue.

 Yahoooo!! dah sampai Taj Mahal untuk sekian kalinya. Kau ada?

 Yang ini kat Singapore Flyer. Alhamdulillah dah penah sampai ke sini beberapa tahun dulu.
 Tetap berangan ambik gambar sendiri. Ha ha ha. Sambil menahan kepanasan.

 Yang ini suasana kat pelabuhan.Tak ingat kat Malaysia or Singapore.

 Lagi gambar - gambar bangunan rasanya ini kat Johor.

 Masjid Putra, Putrajaya.Menarik tertarik kau memang debomb !

Nun jauh di sana kelihatan KL Tower. Yang membesar di depan tue ialah di Putrajaya juga.

Yang kat belakang tue Hotel Legoland yang mahal giler.Dekat seribu lebih kot semalam. Kau mampu?

Ambil gambar ini masa naik keretapi.Best la juga.Dia pusing hampir ke semua tempat dalam Legoland ni.
 Inilah Menara Pemandangan yang sebijik macam Menara Taming Sari tue.

 The Tower. Oh! tue ke namanya. Kira salah la nama yang aku bagi. Ha ha ha.

 Baca sendiri ye.Tak faham sila google translate.

 Permandangan dari atas.Yang roller coaster tue semua aku main. Best woooo. Siap buka mata lagi.

 The Tower ni mula meninggi.Nampak bumbung je la.

Ada satu permainan tue, naik perahu.Lepas tue menjunam dalam air.Memang sah - sah basah. Aku tak nak naik. My Wife berani pulak nak naik benda alah ni semua kali ni. Tabik spring la !!!tooiiing...

Nun jauh di sana tue la tempat parking kereta yang dibuka pada hari ini.Jauh siot nak berjalan. Masa datang ok la. Bersemangat waja, time balik yang terasa dah la berjalan ber kilometer dalam Legoland tue.
  Jom je la layan gambar - gambar yang ada.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bersambung denga Episod terakhir di Legoland
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015