Tuesday, January 27, 2015

1216 : Misi Ziarah >> Rakan Niaga @ Kelantan

Lokasi : Subang - Kota Bharu - Kuala Kerai - Tanah Merah - Kota Bharu - Kubang Kerian - Subang

Tarikh & Hari : 20.1.2015 (Selasa)

Menaiki persawat firefly dari Subang ke Kota Bharu, Kelantan. Untuk Misi Ziarah Banjir.

Lokasi pertama dari Kota Bharu ke Kuala Krai ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Menuju ke perkampungan/madrasah Dr. Basit.

Inilah rupa paras rumah yang mengalami musibah banjir di kawasan madrasah Dr. Basit.

Halaman rumah Dr. Basit. Selepas solat Zuhur menuju pula ke Tanah Merah.

Kedai buku banggol yang sudah mempunyai berbelas cawangan.Inilah ujian untuk mereka. Untuk kita jadikannya sebagai iktibar.Semoga mereka tabah menghadapi dugaan dari -Nya.
Antara buku - buku dan peralatan sekolah yang di telenggami air sewaktu musibah banjir.

Menuju kembali ke Kota Bharu.Di tengah bandar dalam waktu 6.00 petang dah sunyi sepi kedai - kedai di sini pun kebanyakkannya pun dah tutup.Menziarahi pemilik kedai buku Abdul Kareem dan Jaafar Rawas.
Selepas selesai solat maghrib di Masjid Langgar menuju ke SMO Bookstores di Kubang Kerian berdekatan HUSM, Kubang Kerian.

Bangga sungguh tengok kedai buku yang sungguh moden, kemas, tersusun rapi dan teratur dan mempunyai banyak cawangan bukan sahaja di Kelantan.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah misi ziarah rakan niaga ini telah mencapai matlamatnya.

Monday, January 26, 2015

1215 : Cuti - Cuti Malaysia 2015 >> Zoo Negara - Part 3

Bertemu kawan lama yang dah lama tak berjumpa.Sang Gajah. Ha ha ha .

Inilah gajah pada sesiapa yang tak tahu? :p

Lagi haiwan - haiwan yang spesis dengan menglembu. Selain lembu ada seladang dan lain - lain.

Pukul 11 pagi ada persembahan haiwan - haiwan di Show Amphiteather. Kira dah up grade le. siapa ada papan tanda bagai.
Ada burung, singa laut dan aksi penonton dengan ular sawa (kot!) nasib aku tak relakan diri.Bukan tak berani atau takut tapi tiada keyakinan tambah - tambah depan orang ramai.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mood nak ambik gambar pun dah ke laut.Lepas persembahan gi masuk dalam aquarium ada macam - macam jenis ikan, Tapi sebelum itu lalu dekat penguin.Kemudian merasa naik Traim pusing Zoo sekali lagi.Memang rugi kalau naik traim. RM 5 dewasa dan RM 3 Kanak - Kanak dan Warga Emas.

Sunday, January 25, 2015

1214 : Cuti - Cuti Malaysia 2015 >> Zoo Negara - Part 2

 Hi. awak ! Jom la masuk tengok saya. Rugi tau datang jauh - jauh tak tengok saya. Sayakan comel.

 Pertama kali melihat Panda sebenar di depan mata. Ku Teruja !

 Hanya replika menghiasi lalu masuk menuju ke rumah panda.

Sila baca peraturan ini betul - betul ya. Jangan ambik gambar pakai flash, jangan bising, ckp kat teledon, makan burger dan minum air kat sini. dll

 Jangan kacau saya tengah makan. Dan makananya ialah buluh.

Saya berasal dari China. ye ye.. China Mali.

Tempat tinggal saya kat sini kata si panda. Manalah larat nak duduk bukit yang tinggi.

Jemput tengok saya makan. Nyum.. nyum.
Al - kisah, bermulalah sebuah cerita.Dari mana si panda dapat nama. Baca je la kat atas tue

Senyum.. senyum... 1..2..3... ye ye.. dapat ambik gambar dengan panda. kau ada?

Suka..suka. Panda berada di atas kepala saya. ha ha ha .

Lagi gambar aku dan panda.tak dapat peluk dapat ambik gambar jauh - jauh pun cukup la.

Nama si panda betina ni Feng Yi.

Yang panda jantan pulak namanya Fu Wan. Inilah perbezaan antara mereka.

Hi.. Nama saya Fu Wa. Jom baca biodata saya. Wah! kelas siap ada biodata bagai.

Inilah rupa paras kediaman Panda berdua itu yang berharga berjuta - juta katanya.

Jom baca jom baca. Kelihataan ayahandaku di dalam gambar ini.

Panda yang tangkas tapi.....

Saya mengantuk la.. saya tidur dulu.Kelas tak gaya dan aksi tidur si panda sekor ni?

I kiss u.. i kiss u. Muaaaaah.. cute kan panda ini?

Kami ber2 dah sampai.Kau orang dah sampai ke belum? Jom la datang. Walaupun mahal tapi berbaloi!

Lagi aksi berdua dengan My Wife. Si panda ni masih lagi tidur. Mengantuk ye!

Gila banyak buluh yang di makan. 99%?? Wah!! kayalah itu taukeh buluh.

Panda pun diet ke? macam x logik je. Sebab sentiasa nampak sihat walafiat je.

Macam - macam jenis buluh juga yang ada. Baru tau.Satu maklumat yang berguna.

Inilah ayah saya.Dah 68 tahun usianya. Semoga ayah saya terus di beri kesihataan yang baik.

Cute kan? Aksi tidur yang sangat comei.Siap meleleh air liur basi.

Ini lah ciri - ciri fizikal panda. baca jangan tak baca.

Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di bumi? macam tak percaya je.Ingat taugeh!

Buluh ialah rumput?? macam auta je. ke memang fakta? aduh....

Konservasi tue apa? malasnya nak buka kamus. aduh...

Saya masih tidur. Jangan kacau. Sila tengok je ye.

Al kisah, ini lah ancaman - ancaman terhadap panda.

My Wife dok skodeng ambik gambar panda yang tengah tidur.


Ini lagi, al - kisah cerita karut marut (atau betul?) bagaimana panda boleh jadi hitam putih.

Saya dah bangun.. saya dah bangun.Lapar ye! sian dia. Jom makan buluh.

Saya suka .. saya suka. Walaupun x nampak keseluruhan nampak si pi si pi pun jadilah.

Panda yang baru bangun tidur ini pun berjalan ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan.

Nyum... nyum.. nyum. Makan lagi.Ini spesis buluh yang macam ada berdaun sikit.

Ke hulu ke hilir lagi. Tak tahu yang ini panda jantan ke betina.Kau orang tahu?

Yang sebelah sana dah bangun yang sebelah sini pulak tidur. Ini lah aksinya. Someeelnyeee.

Ambik gambar dengan panda sebelah sana pulak. Tengak tidur ye!

Jangan kacau saya nak tidur.Ternyata mereka di pisahkan? Kenapa yek! kandang asing - asing.

Asyiknya si panda ini tidur siap peluk batang kayu lagi.Macam peluk bantal panjang.

Yang sebelah sana pulak asyik ke hulu ke hilir je menunjukkan aksinya.

Si panda kerap membuat air besar? dan inilah rupa paras najisnya.

Saya paling suka aksi gambar ini.Rasanya inilah si panda jantan. Saya teka je.

I Like!! I Like!! di beri masa 20 minit je (boleh duduk lama - lama kalau orang tak ramai)

Aksi panda minum air. Macam - macam gaya, aksi dan kerenah si panda berdua ini.Terhibur rasa hati.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Siapa kata kena pergi China nak tengok Panda? Kat Malaysia pun ada.Siap berhawa dingin lagi.Tapi yang penting kena diam, tak boleh bising - bising.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015