Thursday, December 31, 2015

1365 : Semasa - Hari Kedua,Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015, Episod 1

Ini aturcara untuk hari pertama (jumaat) baru nak up sini sikit bagi tunjuk la apa yang patut.

Ini pulak adalah program hari kedua yakni hari sabtu.Jujurnya memang x berapa nak ramai orang membeli.Mungkin sebab panas terik kot!

Suasana lokasi kejadian daripada kejauhan.Cuba teka berapa jumlah kenderaan yang joint?

Program ini akan di rekodkan dalam The Malaysia Book of Records ok? Sebab tue salah satu penyebab aku joint.

Bergaya dengan baju 'bersih' warna kuning + hitam dan logo warna warni.

Susun atur pun lebih kurang macam semalam je.Malas nak fikir.Main belasah je mengikut sesedap rasa.

Susun atur yang lebih kurang sama sahaja macam semalam. Lokasi je berubah dari line 3 (semalam) kepada line 2 (hari ini).
Patut dapat line 1.Tapi nasib la, pilih line 2 ni.Panasnya tak terasa sangat pada awal - awal pagi.

Suasana awal pagi sabtu, 29/12/2015. Masa ni aktiviti pentas pun tak bermula lagi.Sunyi sepi la.

Antara susun atur dan barang jualan car booters lain.Masing - masing dengan style tersendiri.

Alhamdulillah dekat sekitar kawasan jualan ada je yang jual makanan dan minuman tak perlu nak berjalan jauh ke food truck.
Antara gaya label produk.Rata - rata barang jualan tudung AJ (Adi Jumma) adalah 'bersepah' di sana sini + tudung klon ala - ala AJ yang tak ada jenama pun ada juga.

Payung? Erm.. kebanyakkannya ada payung.Aku masih belum beli payung.Ada je yang berniaga tak berpayung.

Barang mainan memang bersepah di jual di sana sini.Memang senang nak jual la benda macam ni kan?
AJ lagi? Ha ha ha. Ada juga penjual tudung AJ di kalangan lelaki. Memang sekarang fenomena AJ yek!
Pakaian kanak - kanak termasuk cap dan lain - lain memang banyak je di jual di merata tempat.
Antara suasana pagi ketika aku berjalan - jalan melawat kawasan ala - ala Y.B (Yang depan tu bukan aku).
Tabung rarae u all? Harga dekat RM 80 kot! (betul kan?) Ada ke orang nak beli? Ni target market untuk orang 'kaya - kaya'.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bersambung ... Episod 2

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015