Wednesday, December 30, 2015

1364 : Semasa - Hari Pertama, Mega Bootsales Mobile Fiesta 2015

Lokasi : Tapak Padang Kawad, UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Tarikh & Hari : 25.12.2015 (Jumaat)

 Kualiti gambar kurang memuaskan. Selepas dah siap - siap kemas dan susun atur barang niaga.

 Tokey besar tengah sibuk whatsapp sana sini selepas sekian waktu sibuk dengan itu dan ini.

Antara produk yang di jual.Dalam bakul merah ialah buku - buku Telaga Biru, Majalah Solusi & Al - Ustaz, Al - Quran, produk The Goodwords dan yang terbaru dari IKEA iaitu jam serta frame + bakul sampah.
 Ada juga buku - buku serta novel lama berharga antara RM 4 ke RM 5 serta novel - novel baru.

 Paling laris , tentulah novel lama/terpakai berharga RM 5.Ada kedai lain jual dalam RM 7.

Rupa paras keadaan lokasi niaga menjelang senja nan merah. Sila abaikan yang bersepah di bawah meja.
Ada nampak makluk asing di atas bonet kereta? Itulah biri - biri berharga RM 5, beli dekat rakan niaga sebelah.
 Keadaan persekitaran kawasan niaga menjelang malam keliwoon. (ha ha ha ha)

Ini kawan FB merangkap adik kepada kawan baik Kak Retnawati serta adik ipar dia sekali la yang merupakan bekas jiran di kawasan kejiranan rumah mertuaku yang memang mereka saling mengenali.
 Antara perniaga di kawasan yang lain.Ada jual novel/buku Inggeris tue.Tebal semacam je.
 Ini gambar sebelum menjelang malam.Gambar di kongsi dalam group whatsapp.

 Ini jiran niaga kami hari kedua.Hari pertama dia meniaga di kawasan lain.Siap bawa anak lagi tue.

Ini peniaga yang menjual toys.Memang banyak juga berniaga toys dan mainan kanak - kanak. Mungkin sebab senang jual dan akan ada je pembeli.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lampu sekitar tak cukup untuk menerangkan kawasan jualan.Nasib ada beli lampu kecik - kecik yang comel.Boleh la buat suluh - suluh dan bagi cerah kawasan jualan.Ada juga peniaga yang langsung tak ada bawa lampu.Memang gelap gelita/kegelapan la kawasan jualannya.
Pengalaman kedua berniaga carboot sales pada waktu malam.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015