Monday, December 21, 2015

1359 : 2 Hari Berniaga di Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya


Lokasi : Ruang Legar Pejabat Kastam, WPKL Kelana Jaya

Tarikh & Hari : 17.12.2015  & 18.12.2015 (Hari Khamis & Jumaat)

 Setelah sekian lama tak berniaga di Pejabat Kastam, kali ini kembali mengegarkan suasana.

Hari pertama kurang sikit hasil jualannya (orang tengok2 dulu kot!) Tapi pada hari kedua, syukur alhamdulillah berganda - ganda hasil jualannya.

Rak buku berpusing yang di pinjam.Sebabkan kebosanan membaca satu novel sepanjang berniaga tue. Esoknya habis baca novel tersebut.
Buku - buku kanak - kanak memang mendapat tempat dan mudah di jual. Mungkin buku - buku di atas kurang di minati oleh pembeli.
 Al - Quran terjemahan Al - Ghufran memang menjadi pilihan. Bawa 3, dah terjual 2. Alhamdulillah


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semangat membara nak berniaga time gaji goverment ni. Ha ha ha. Insya-Allah bulan Januari 2016 akan berniaga lagi.Masih mencari - cari lokasi.

2 comments:

zulfahami zahari said...

terima kasih kerana membaca blog saya yang tak seberapa tu. saya ni jenis ikut mood kalau menulis di blog. kerap juga saya log masuk blog sendiri tapi kesudahannya tak berbuat apa-apa.

harap lepas ni, mood berblogging tu selalu ada.

anyway, terima kasih sekali lagi kerana membaca blog saya. Saya ingat tiada orang berminat nak ikuti dunia blogging saya ni. hehe..

Shaizhar said...

alhamdulillah cikgu.semoga semangat berblogging akan terus kembali membara dalam diri.

yup saya dah baca semua entry di blog cikgu dan saya tertanya - tanya kenapa/sebab cikgu bertukar dari sekolah lama ke sekolah skrg.

jangan biarkan ianya menjadi 'misteri'.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015