Monday, November 30, 2015

1356 : Ekspo Buku Malaysia 2015 - PWTC (Episod 3)


Hari terakhir di Ekspo Buku Malaysia @ PWTC patutnya pagi ahad tue berniaga di CBS Kota Damansara tapi pepagi subuh alam dah hujan.Jadi pergi kerja je lah.Datang awal dapat parking dekat dan murah,
Hari terakhir langganan Majalah boleh dapat hadiah.Mula - mula berhajat juga.Motif dia nak menang lucky draw.Tapi sampai ke sudah tak melanggan pun.

Ini pulak borang langganan 3 majalah terawal Telaga Biru. Memang murah dan berbaloi.

Tajuk - tajuk majalah percuma.Kena beli mana - mana satu isu yang terbaru dapat 3 free untuk setiap satu pembelian.
Aku pun terpengaruh ini.Beli 4 majalah demi cinta setiap isu satu.Nak jual kat CBS atau jualan bulan depan.
Beli 1 percuma 3.Jarang - jarang di buat orang.Selalu beli 1 percuma 1 je kan.Kali ini kita bikin kelainan sikit.
Beli 1 majalah isu terbaru Demi Cinta RM 6.50 dapat 3 free majalah lain free. Fu yoooo jimat.

Beli majalah Gen Q harga RM 7.00 pun dapat 3 free. Untung kan?

Antara koleksi rupa paras Al - Quran terbitan Telaga Biru.Moga akan lebih banyak jenis dan pilihan lagi selepas ini.
Antara buku - buku baru di tawarkan dengan harga diskaun sebanyak 10% - 20% (ahli kad Telaga Biru)
Ada juga buku Edisi Kemaskini dan terbaru Makkah dan Madinah.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Macam best je kata - kata ini.Boleh tiru la. Ha ha ha ha

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015