Thursday, November 26, 2015

1354 : Ekspo Buku Malaysia 2015 - PWTC (Episod 1)

Lokasi : Ruang Legar PWTC

Tarikh & Hari : 25.11.2015 (Hari Pertama)

 Ni gambar dah malam.Gambar waktu siang tak ada.Mood sikit 'lari' sebab kena hujan.
Ni kaunter langganan dan membership.Tahun ini ada kelainan.Siapa melanggan majalah - majalah TBSB berpeluang untuk cabutan bertuah.Ikut nasib la. Apakah tuah anda? Paling besar TV LED.

Konsep baru untuk Ekspo Buku.Buku - buku di atas meja.Nampak lapang dan luas.Tak serabut kepala otak melihat. Ha ha ha. Design pun simple je.

Ni kat bilik/bilik lain. Memang Karya Seni sangat menyerlah.Ye la dah banyak produk sekarang. Asyik di adaptasi ke Tv je.

 Ni meja atau ruangan untuk bertemu artis la kot!. Memang lawa la kombinasi dua warna ni + putih

Akan datang dan sedang di tayangkan.Malas nak tengok drama2 bersiri dan adaptasi ni.Nanti terpengaruh.Hari - hari nak tengok.Kerja lain tak payah buat,

Idea yang baik. Siapa ada T-Shirt boleh la fanatik2 drama2 tue beli dan pakai kan? Aku? Memang tak la. Harga pun dalam RM 25 - RM 30
 Tajuk novel yang menarik perhatian. 'Terlajak Laris' kau orang mesti tahu siapa punya tagline kan?

Ni tak tahu lah penerbit mana? Syarikat penerbitan baru kot! Dah macam cendawan dah macam - macam syarikat novel sekarang.Next episod la aku share la (Tak ambil gambar pun).Lokasi ini kat Bilik Mawar.

Ni syarikat kertas kot.Berkaitan recycle semula menjadi kertas.Kot! Malas nak singgah. Esok - esok nak singgah la.Macam dia ada bagi free je notebook.

Ada juga book cafe.Tak tengok pulak apa yang di jual dan harganya.Rasanya yang biasa - biasa je tue dengan air.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari pertama, tak berapa nak ramai sangat.Dah mula cuti sekolah memang tak ada rombongan cikgu cikgi dan anak - anak murid lain. Harapkan fanatik Telaga Biru Fan Club dan mereka - mereka yang memang telah di jemput Allah untuk datang ke situ.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015