Tuesday, November 17, 2015

1352 : Carboot Sales Taman Melawati

 Lokasi : Tempat letak kereta, Belakang BHP & Caltex Taman Melawati (Berhampiran Klinik Idzham dan segala macam klinik)

Tarikh & Hari : 14.11.2015 (Sabtu)

Bangun awal pagi.Solat subuh pun kat Petronas Ulu Klang. Sampai sebelum 7 pagi pun dah penuh orang.Ni novel2 dan produk yang di jual.

Boleh produk baru dan produk terpakai. Bayaran tapak RM 10 (produk terpakai) dan RM 15 (produk terpakai).Untuk pertama kalinya aku bawa produk The Goodworks. Hanya dapat jual 1 bookmarks je.

Kali ni tambah produk pinggan mangkuk pulak.Letak harga tinggi sikit.Bila orang minta kurang baru kita bagi.

Susun atur produk jualan kami.Alhamdulillah dah ada meja pun.Baru beli, harga RM 90 + RM 15 alas meja.
Suasana jualan di barisan kita orang berniaga.Macam - macam ada.Makanan dan minuman boleh jual.Yang di pack la.Tapi ada yang degil jual air shack2 lagi. MPAJ pun bagi warning termasuk budak sebelah kita orang.Jual air mineral dan air kotak je pun.

Van ni lawa.Susun atur dia pun kemas.Mengidamkan untuk mempunyai mobile book store sendiri.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hasil jualan biasa - biasa sahaja. Tapi tak mencapai target yang di tetapkan. Adakah sebab tengah bulan? Mungkin, itu antara faktornya.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015