Sunday, November 08, 2015

1347 : Car Boot Sales - Persediaan

Ini edisi preview dulu ye.Untuk berniaga bukan sahaja car boot sales tapi apa juga jenis perniagaan kita perlu buat persiapan kan? Baiklah wahai ahli jemaah car boot sekelian.Untuk ruangan persedian kali ini nak bawa kau orang pergi kedai yang menjual barang - barang atau peralatan untuk pameran. Macam rak,tempat gantung,price labeller,magazine rack dan yang sama waktu dengannya.

Lokasi di atas ialah di Nikorex cawangan Kepong, Kuala Lumpur.Harganya boleh tahan murah.Yang penting plastik jualan putih/jernih yang aku nak tue ada jual di sini.Aku suka..aku suka..

Inilah segala macam peralatan yang dimaksudkan.Untuk yang pertama kali joint car boot sales dan berniaga kita perlu ada kelengkapan ini untuk memudahkan perniagaan kita.
Macam style aku.Minggu pertama berniaga guna apa benda yang ada.Dapat duit jualan beli sikit2 yang penting.Keutamaan ketika ini ialah rak untuk gantung baju.Lepas ini nak beli meja lipat (meja pasar malam) lepas tue slow2 beli hanger yang cantik sikit.Beli price labeller tue.Dan lain - lain yang di rasakan penting. Dahulu mana yang patut di utamakan.

Lokasi kedua kalau nak beli peralatan ialah di Chowkit, Kuala Lumpur.Lokasi di atas ialah GM Rack Enterprise.Harganya murah dan berpatutan.Banyak juga pilihan

Ini berhadapan dengan GM Rack Enterprise.Macam mahal sikit.Tak banyak pilihan harga siap tambah 6% gst.
Lokasi kedua kedai menjual rak ini ialah di Lorong Haji Taib 3, Chow Kit.Jangan fikir bukan - bukan ye.Area sini banyak jual produk borong.Macam - macam ada.Lepas ini boleh la datang cuci mata tengok produk yang sesuai dengan jiwa raga untuk di jual.Kalau jual jam ok tak?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semua persediaan kita untuk berniaga dan menambahkan pendapatan seisi keluarga di permudahkan oleh Allah S.W.T. Usaha tangga kejayaan.Tak berusaha duduk la bawah tempurung. Kan?


2 comments:

Pen Biru said...

bagus tu..good luck la ye..

Shaizhar said...

terima kasih pen biru

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015