Saturday, November 07, 2015

1346 - Tips berniaga Car Boot Sales

Sekadar berkongsikan apa yang di lalui berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada berkaitan berniga style 'car boot sale'

1. Tentukan apakah produk yang ingin di jual? Adakah barang baru atau barang terpakai. Kebiasannya car boot sale adalah untuk barang lama/terpakai.Tapi ada juga tempat yang boleh jual barang baru (ada syarat - syaratnya).Makanan dan minuman tidak dibenarkan.Ada tempat yang jual barang makanan kering (dibungkus sahaja).

2. Lokasi.Memilih lokasi adalah sangat penting.Jika tidak biasa dengan sesuatu tempat bolehlah search google/cari maklumat atau terus pergi ke tempat tersebut.Contohnya, saya tidak biasa dengan kawasan car boot sale Kota Damansara.Sebelum berniaga di sana saya pergi mencari dan melihat tempat tersebut terlebih dahulu.Cari lokasi yang berhampiran rumah untuk menjimatkan kos minyak dan tol.Kalau mencari lokasi yang jauh mestilah bersebab.Contohnya, pertama kali saya berniaga car boot sale ialah di Bandar Baru Bangi.Kenapa saya memilih kawasan itu pada hal jaraknya adalah jauh dari kawasan kediaman saya di Kelana Jaya.Jawapannya, sebab saya ingin berjumpa anak buah saya yang belajar di Uniten.Jadi... sekali jalan la. Berniaga sambil ziarah kaum keluarga.

3. Harga.Ya! harga memaikan peranan yang penting.Untuk jualan barang terpakai harga mestilah separuh dari harga asal.Contohnya saya berniaga novel terpakai.Harga asal buku tersebut ialah RM20.Saya jualnya pada harga RM5.Memang la banyak beza tapi harga tersebut memang berpatutan dan mampu di miliki.Letak harga yang tinggi untuk produk yang masih baru sikit,novel yang tebal dan harga yang mahal.

4. Baca terma & syarat. Lain kawasan car boot sale berlainan syaratnya.Ada yang perlu bayar duit tapak terlebih dahulu dan ada yang konsep terus datang dan baru bayar.Lain - lain syarat juga perlu di baca dengan teliti dan di patuhi.

5. Susun atur & peralatan. Ni penting.Kalau nak jual baju terpakai perlulah ada rak dan tempat sangkutnya.Kalau di longgok memang nampak x kemas dan kurang menarik perhatian orang. Peralatan di sini bermaksud, perlu ada meja lipat, kerusi duduk, payung (bukan kanopi/khemah) dan kipas (pada mereka yang tak tahan panas). Susun atur yang menarik berserta tanda harga pasti akan memudahkan pembeli.

6. Waktu operasi. Kena baca betul - betul.Anda tempat yang perlu kita datang sebelum 7 pagi dan ada yang pukul 8 pagi.Kena patuhi waktu operasi bermula dan berakhir sesuatu car boot sale.

7. Pemasaran.Seeloknya kita buat promosi produk kita di page car boot sale yang kita joint. Share juga di FB/Twitter/IG dan segala macam media sosial termasuk whatsapp & Telegram.Mana tahu dengan berkongsi maklumat itu kita dapat menarik orang membeli produk kita.

8. FB/Google search.Rajin - rajinlah usaha sendiri jangan nak harap pertolongan orang lain.Zaman sekarang segalanya di hujung jari.Carilah apa jua maklumat yang di kehendaki.Sangat mudah, cepat dan pantas.

9.Komuniti. Kalau ada peluang jointlah komuniti car boot sale.Alhamdulillah.saya di jemput dalam komuniti FB CBSSA15 peniaga untuk car boot sale di Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam. Juga di jemput dalam group whatsapp peniaga CBS.Mula - mula berkobar - kobar masuk minggu ke dua dah sunyi sepi.

Kata S.H.A.I.Z.H.AR : Inilah tips tak seberapa daripada saya.Tetiba, saya?? ha ha ha. What eveeer...

3 comments:

MASTER MIND said...

salam encik. Boleh saya tahu syarat berniaga car booth di kota damanasara dan berapa harga tapaknya? kerana saya warga kota damansara dan berminat utk berniaga car booth. Terima kasih.

NOOR AIN OSMAN said...

Menarik..terima kasih perkongsian.
Jika x keberatan boleh jalan2 ke blog sy www.momstoreretail.blogspot.com

nur ayunie abdullah said...

Good info..tq for sharing..smoga apa yg saudara usahakan berjalan mudah dan lancar..doakan sis supaya ade kekuatan memulakan perniagaan ye.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015