Friday, November 06, 2015

1345 : Informasi - Carboot Sales Sana Sini

Alhamdulillah di sini saya bermula untuk berniaga di car boot sales Bandar Baru Bangi.Cerita lanjutnya di sini.

Bermula di catatan ini. Kali ke dua berniaga car boot sales di permudahkan.Lokasinya di carboot sales Kota Damansara.Segalanya kisahnya tersimpan di sini.

Berminat? boleh call nombor seperti yang di atas.Insya-Allah untuk kali ke 3.Akan berada di situ pulak.

Semoga perjalanan berniaga kami di permudahkan.Sejak dah mula berniaga ni.Ramai yang tanya itu dan ini.Hanya mampu memberi maklumat mana yang termampu sahaja.Selebihnya usaha sendiri ye.

Tips pemilihan lokasi dan persediaanm untuk berniaga car boot sales akan di kongsi di entry akan datang (Insya-Allah).Ini salah satu tempat juga yang baru beroperasi.

Antara lokasi carboot sales berhampiran kawasan kejirananku.Wah! bahasa kelas kau.Kira dekat la juga dengan Kelana Jaya kan.Tapi tue la, waktu malam pulak.Kemudahan lampu hak milik sendiri belum ada lagi.

Lokasinya di Taman Puncak Jalil (area Bukit Jalil) kira tak jauh sangat la jika di bandingkan dengan Bandar Baru Bangi kan.Kelebihan tempat ini ialah sebab tidak di kenakan bayaran.

Area puchong pun ada car boot sales.Tapi tak pandai sangat area ni.Mungkin di satu hari nanti.

Kelap?? Selalunya carboot sales di anjurkan oleh sesebuah syarikat macam yang kat area putrajaya dan bangi ini di uruskan oleh Goodscycle.org. Ini di Presint 8.Tak mahir sangat jalan di sini

 Bandar Seri Putra? Tetiba 'blank' blah mana ye.Sambil buka google maps. Oh! situ

Khabarnya area Bandar Bukit Mahkota meriah car boot salesnya.Nak kena try pi ni.Tetiba taip bahasa utaq pasai apa.Ni semua kes, group whatsapp geng sekolah rendah.Aduh!!


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga informasi tak seberapa ini akan membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk berniaga cara 'car boot sales' selamat berniaga.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015