Wednesday, November 04, 2015

1343 : Carboot Sales Kota Damansara - 1.11.2015

Lokasi : Tempat letak kereta, Belakang Restoran Gulam Mee (betul ke?), Kota Damansara

Tarikh & Hari : 1.11.2015 (Ahad) 


 Alhamdulillah hari ke 2 berniaga carboot sales.Lokasi di Kota Damansara.Last week dah survey.
Berniaga di sebelah kenalan baru yang jual toys pada harga murah - murah.Dia orang ada buat jualan online juga.
Novel jualan hari ini.Macam semalam bermula daripada RM 5 sehingga berbelas - belas ringgit.
Antara buku - buku dan majalah yang di jual dengan harga murah.Buku remeh temeh laris dan habis di beli.RM5 je kot! tue yang orang beli.

Orang yang datang membeli dan melihat + berkunjung ke kawasan ini memag super ramai. Kebanyakkanya ialah pekerja asing dan warga penduduk tempatan setempat.
Kan? ramai orang yang amat tak putus - putus dari sebelum 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Penyangkut baju goyang.Alhamdulillah produk laris hari ini selain novel ialah baju kemeja dan t - shirt.Bawa hanger dalam 8 je.Habis satu letak baju baru.Padahal orang lain banyak lagi jual baju.Alhamdulillah rezeki kami.
Ada juga penjual lain yang jual toys.Majoriti memang jual pakaian.Kami berdua memang salah satu perniaga yang jual novel.Insya-Allah, next week hari ahad ada lagi di sini.

Pinggan mangkuk dan barang antik dan kaca.Ada yang berkenaan tak? Aku hanya mampu memandang, melihat dan menjeling2 jauh.Tapi, terbeli juga beg pack baru.Teka harga dia berapa? RM 5 je.Kalau beli kat luar mahu RM 20 ke atas.Jimat - jimat.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jadual next week (sabtu) malam di Tesco Seksyen 13, Shah Alam dan pagi (ahad) di lokasi ini lagi.Sebab? dekat ngan umah, tak ada tol dan memang ramai orang.Kena bawa banyak - banyak baju, seluar yakni pakaian kalau nak berniaga di lokasi ini.Semoga urusan perniagaan minggu - minggu mendatang di permudahkan.Hasil jualan? Alhamdulillah mencapai sasaran yang di tetapkan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015