Tuesday, November 03, 2015

1342 : Carboot Sales Bandar Baru Bangi - 31.10.2015


Lokasi : Tempat Letak Kereta, Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan

Tarikh & Hari : 31.10.2015 (Sabtu) 

Merujuk kepada perkara 1328 - Preview Carboot Sales

 Sessi bersama penulis.My Wife tengah sibuk menulis tanda harga untuk jualan hari ini.

Pertama kali berniaga carboot sales.Tempat penyangkut baju pun tak bawa.Main lipat macam tue je.Kesudahannya satu pun tak laku.
Produk laris di Carboot Sales Bandar Baru Bangi ini ialah buku - buku kanak - kanak.Jual murah je RM 3 dengan RM 2.
Yang mangkuk hiasan tue berjaya juga di jual selepas di update di FB.Alah jiran block sebelah yang beli.Tukang jahit kain/baju My Wife
Produk utama kami laki bini untuk carboot sales ini ialah novel - novel lama dengan harga murah dan kasih sayang. Bermula dari RM 5.Sapa nak bagi kan?

Sebahagian novel - novel koleksi peribadiku yang beratus - ratus tue.Ada lagi novel kat rumah yang sayang nak jual sebab penulis tue kawan FB, yang ku kenali dan yang memang ku sukai.Nak jual tak? Tunggu dan lihat la macam mana.
Ada juga jual buku terpakai Telaga Biru (koleksi peribadi) atau yang di beli masa jualan murah.Buku soal jawab, buku motivasi pelahar dan buku masakan.
Adik beradik remaja budak U 'universiti' datang membeli.Terima kasih ye dik.Dengar kata ada budak 'U' buat bisnes sewa novel RM 2.Erm... kalau 5 orang sewa dah RM10.Untung la kau dik.Apa pun kita orang tak kisah.Rezeki masing - masing kan.

Antara jualan dari jiran tertangga yang sama - sama berniaga carboot sales.Patung - patung yang ciut miut.
Sejujurnya memang 'lenggang' dan tak ramai pengunjung di sini.Bukan kuantiti yang kita cari tapi kualiti yang membeli.Alhamdulillah mencapai target yang di tetapkan.

Kat sini boleh jual barang - barang baru.Tak boleh jual makanan dan minuman.Itu syaratnya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Esoknya, 1 November 2015 (Ahad) akan berniaga di lokasi ke dua pulak. Syukur alhamdulillah untuk hasil pertama kali berniaga carboot sales.Walaupun terpaksa berpanas dan berpeluh inilah sebenarnya yang dinamakan pengalaman.

'Bersusah - susah dahulu, bersenang - senang kemudian'. Terima Kasih Allah, Terima Kasih My Wife. Permulaan hari ini untuk kelangsungan kehidupan yang lebih baik.

Lepas dah habis berniaga gi la bawa anak buah kesayangan hamba #shazatulazira jejalan.Jumpa sekejap je pun.Bawa dia pergi Alamanda.Makan kat foodcourt.Pusing - pusing Putrajaya terus hantar dia balik Uniten.Insya-Allah next time jumpa lagi.Lepas ini boleh angkut dia pergi berniaga sekali.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015