Monday, October 26, 2015

1339 : Lokasi - Yukids Island, The Curve

Lokasi : 2nd Floor, The Curve 

Tarikh & Hari : 24.10.2015 (Sabtu) 


Ikutkan je la. Tetiba ayat.Memang aku tak reti sangat nak melepak, menshoping atau tawaf The Curve.Di pendekkan cerita, bukan tempat aku la.Tapi demi anak - anak buah kesayangan di ikutkan juga sebab abah dia orang keluar ada urusan kerja kan.

 Penuh dengan warna warni dan memang memikat hati kanak - kanak dan mak bapa lah kan.

My Wife teruja.Al - kisahnya, sebabkan aku kemalasan aku duduk je kat tempat duduk kat luar yang di sediakan. My Wife kena tengok - tengokan kak eizzah dan ibunya jaga adik lelakinya pulak. Si anas debab tue. ha ha ha.

Rupa paras dalam tempat tue. Bagi pendapat aku boleh la, tapi tempat tak luas dan tak banyak sangat mainan.
 Aku hanya ambik gambar dari luar.Malas nak masuk sebab kena beli stokin.
 Konsep dia lebih kurang J Kids yang kat Jusco/Aeon - Big tue je. Nama je yang lain.

 Ada loker dan jual minuman.Makanan pun ada kot! Daripada jauh macam nampak ada jual cokelat.

 Bacalah.. bacalah.. Jangan malas - malas sangat membaca.
Harganya adalah RM 31.80 termasuk GST la tue.Memang mahal.Tapi sesuailah dengan tempatnya. The Curve kot! Hanya yang 'berada' yang mampu. Erk! jangan terasa ok. Tapi itu hakikatnya.

Tapi, anak - anak buah 2 orang ini abah dia dah beli multivisit pass awal - awal.5 kali masuk dan tempoh tamat dalam masa 3 bulan. Lebih murah la. Jatuh satu visit dalam RM 21.20

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lama juga 2 beradik ini bermain.Si adik ni biasalah, semua benda nak masuk mulut.Memang tak sesuai bawa dia 'masuk berkubang' dalam tempat yang ada pasir tue.Sebolehnya nak masuk mulut.Si kakak pulak pandai bawa diri.Ada kawan apa lagi.Tak mau balik la.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015