Tuesday, October 13, 2015

1333 : JJMM - Restoran Yunnan Nasi Ayam, Bandar Baru Bangi

Lokasi : Jalan Medan PB3, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Tarikh & Hari : 10.10.10, Sabtu 

Gambar ehsan encik goodle.Masa kejadian tak ambik gambar luar.Sebab time tue dalam pukul 10 pagi.Merupakan pelanggan pertama.

Kunjungan pertama untuk kali ini.Tahun lepas dah pergi.Dan tahun - tahun sebelumnya sebab ada urusan kerja di kawasan sini.

Dekorasi di salam restoran ini.Banyak guna lampu bulat berbentuk sebegini rupa. Kerusi meja semuanya putih.
 Cili di letakkan berasingan.Di dalam bekas di khaskan seperti di atas.

Layan diri?? Masa kita orang datang tue.Order je.My Wife order ayam yang putih tue. Nama apa yek? Tetiba lupa.Ambik yang special.Ayamnya macam untuk 2 orang makan.Tapi rugilah tak ada nasi sekali.Aku dengan Shazatul Azira ambik yang biasa sahaja. Tambah taugeh

Abang aku whatsup.Tue ada taugeh.Azira mana makan.Ha ha ha. Sah - sah itu untuk kita orang berdua suami isteri.Kita orang ni 'hantu' ayam ok! The Chicken Rice Shop tue memang wajib la setiap bulan atau 2 bulan sekali.Maklumlah dekat je ngan kawasan rumah.
Masing - masing lapar tak sarapan pagi.Mari lah kita melantak dengan senang lenang.Total semua dalam RM 30++ (tak ingat jumlah yang setepatnya).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Masuk Kompleks PKNS Bangi, beli itu dan ini.Seksa bila nak beli sesuatu benda tak ada la pulak.Time nak beli berlambak je. Erm... Alhamdulillah selesai dah urusan anak buah kesayangan masuk U.Semoga perjalanannya di permudahkan lah untuk belajar di sini 3 tahun lamanya.Aku sebagai bapa saudara kesayangannya yang telah di amanahkan oleh abangku akan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.Good Luck Shazatul Azira.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015