Monday, October 12, 2015

1332 : Shazatul Azira Masuk Uniten 10.10.2015

Kisahnya berlaku pada 10.10.2015 di pagi sabtu yang dingin. Ce waaah. Alhamdulillah akhirnya anak buah kesayangan hamba dapat sambung belajar kat Uniten Bangi (Alamat tulis bangi tapi dalam surat tulis Uniten Cawangan Putrajaya.Padahal situ kalau tak silap area jajahan takluk Kajang.

 Masuk dalam bangunan tue.kenalah duduk dulu sebelum tunggu waktu pendaftaran iaitu 8.00 pagi

 Aku pulak pusing - pusing la tengok kawasan. Bersih dan kemas je tempat mereka ini.

Siap ada unit penajaan yakni sponsorship unit.sesiapa nak minta sponsor pelajaran boleh tanya kat sini lah kan.
Ini rupa paras bangunan tersebut.Macam pusat pendaftaran pelajar la. (Pejabat Pentadbiran) kalau tak silap.Nama panjang sangat tak ingat.
Ada cafe kat sini.Aku sahaja la masuk ambik bau.Ingat lepas dah daftar semua nak melantak kat sini. Tapi Azira and My Wife kata terus sahajalah pergi daftar untuk penginapan.

Inilah rupa paras cafe tersebut.Tak ramai lagi orang melantak kat sini.Time ni pun orang yang menunggu pun tak ramai.
 #Shazatul Azira anak buah kesayangan hamba.Dah 19 thn usianya.Sejak umur 13 tahun dah duduk asrama.Dari MRSM Kem Terendak tukar ke MRSM K.K lepas tue Asasi dekat 1 Tahun di Uitm Puncak Alam.Kini.. dia di Uniten la pulak.

Tepat pukul 8.00 pagi kauter pun di buka. Alhamdulillah Azira dapat no 3. Kira awal la kan. Mana tak sebelum 7.00 pagi dah gerak dari Kelana Jaya.
 #Shazatul Azira tengah mengisi borang biru.Kelemahan di sini.Masing - masing lupa bawa pen. (tepuk dahi) pinjam lah pen dengan orang (buat muka tak malu).

Destinasi seterusnya ialah daftar untuk penginapan.Mula - mula tengok peta yang di beri macam tak membantu.Tapi bila dah berada di jalanan, rasa senang pulak sebab ada pertunjuk arah. Dekat je sebenarnya daripada tempat tadi.Ada terlepas jalan sikit la.

Terus ke Pangsapuri Pelajar.Hanya pelajar sahaja di benarkan masuk.Kita orang tunggu kat bawah. Yang bestnya ada pelajar - pelajar senior berniaga segala mak nenek barang - barang keperluan (baldi, timba, sabun, penyapu dan lain - lain) siap ada pakej lagi. (Harap maaf tiada gambar)

Ini lah rupa paras ruang tamu di rumah #Shazatul Azira.Kita orang yang pertama masuk.Dalamnya ada 2 bilik sahaja.Setiap bilik ada 2 katil.Bermaksud 1 rumah ada 4 orang penghuni sahaja.

 Termengah - mengah mengangkut barang sebab banyak tangga.Dan ..... (cerita di bawah nanti)

 Inilah katil Shazatul Azira.Rumah ini berkonsep kayu.Jujurnya, kelihat sangat 'usang' ha ha ha.

Ini tempat letak kasut.Berapa banyak kasut nak letak la ye.Yang atas tue tak buka tengok pulak. Boleh letak kain baju kot!
Shazatul Azira dapat rumah tingkat 2 daripada 3 tingkat.Tiada lift ok? Sedih. Boleh kurus tak hari - hari naik turun tangga?
Inilah aturan tingkat - tingkat di rumah ini.Tangganya adalah tinggi sebab kawasannya terletak di atas bukit.
My Wife dan anak angkatnya. Ni bilik belum kemas.Letak - letak barang. Lepas tue keluar terus JJMM dan beli barang.Bilik sebelah ada budak Sungai Petani. Meriah la kita orang bersembang sebab jumpa orang 'sekampung'.
Ni dah petang dapat whats'up dari Shazatul Azira.Bilik dah siap kemas. Dah cantik semuanya di susun rapi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lepas selesai urusan hantar Azira terus melencong ke Damansara Damai. Umah adik My Wife. Aku adalah keletihan, kemengantukan.Lepas solat zuhur terus tertidur sejam lebih.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015