Friday, October 09, 2015

1330 : JJMM - Kedai Sebelah, Kelana Jaya


Lokasi : Kedai Sebelah
Blok D-G-02 (Ground Floor), Jalan SS 6/20A, Dataran Glomac, Kelana Jaya

Tarikh & Hari : 8.10.10, Khamis

Lokasi JJMM yakni Jalan - Jalan Makan - Makan ialah di berdekatan kediaman aku sahaja. #Kedai Sebelah.
 Kunjungan kali pertama di sini.Minggu lepas, pandang - pandang dan jeling - jeling sahaja.

Ada jual soft serve ice cream juga di sini. Tak cuba pun sebab lepas ini nak gi makan pencuci mulut kat kedai tepi sana pulak.Waktu operasi sehingga 12 tgh malam. Terbaik !

Konsep pembelian makan dan minum ialah layan diri.Pilih menu, order dan bayar. Tunggu makanan sampai.
Dekorasi di dalam #kedai sebelah yang berkonsepkan vintage.Betul tak? ke konsep suka hati dia? Ha ha ha ha.
Antara dekorasi dan susun atur di #Kedai Sebelah.Konsep kayu - kayu.Kerusi pun di susun kacau bilau konsepnya
Ni antara meja dan kerusi - kerusi.Ni meja dan kerusi panjang untuk jemaah yang ramai. Tempat yang best untuk lepak - lepak.
No. 11, I Like! la la la. 11.11.15 dah dekat. Oooops!! tak ada kaitan dengan tajuk cerita. 'Sebelas Kerja Ikhlas 11'.

Menu yang aku order.Nasi goreng apa nama ntah.Ada nasi goreng, ayam kepak 2, Telur Mata, Keropok dan kentang.Yang hiasan cili sos tue aku yang taruk sendiri.Tapi sos cili macam best je. tak tau jenama apa.My Wife  makan mee kari yang sesedap rasa. Azira pulak makan spagetti.Tak rasa jadi tak tahu sedap ke tak.
My Wife dan anak angkat kesayangannya.Kat luar #Kedai Sebelah.Santai sekali konsepnya.Ruang luar sesuai untuk kaki 'perasap' menghalau nyamuk.

Dan bila.. Aku pun nak juga.Di luar # Kedai Sebelah.Ni di sebelah kiri pintu masuk utama

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tiga orang makan dalam RM 30++ (RM 32 kot!) tak ingat. Next jom kita 'cuci mulut' pulak kat #Kedai Tepi Sana

2 comments:

hasya edat said...

bestnya depa..asyik2 JJCM ja ni...hehehe... memang kedai tu nama #kedaisebelah eh? hihihi

Shaizhar said...

yes. memang nama dia kedai sebelah. Konsep dia vintage. makanannya pun x mahal mana dan sedap2

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015