Saturday, October 03, 2015

1326 : JJMM - Sangkaya @ Kelana Jaya


Lokasi : Sangkaya @ Kelana Jaya
Blok D-F-3A (Ground Floor), Jalan SS 6/20A, Dataran Glomac, Kelana Jaya

Tarikh & Hari : 2.10.10, Jumaat

 Pertama kali di sini.Sebab ikutkan tekak My Wife yang mengidam - gidam padi huma. ha ha ha

 Nasib la orang tak ramai.Time nie rasanya dah pukul 9 malam lebih dah kot.

 Order yang Signature (betul ke ejaannya) dan boleh letak 3 topping (kan?) Harganya ialah RM 10.50

Dekorasinya, tak terlalu keterlaluan dan tak terlalu simple.Ada beberapa orang customer time tue.Jadi malu - malu nak ambik gambar
Ice cream kelapa di dalam kelapa yang ada isi ciput. Ops!! saya pertama kali merasa.

Ni lah jadual apa kebenda yang jual di sini. Dah banyak cawangan dah.Yang original kat Subang Jaya kalau tak silap.
Ni lah rupa parasnya.Makan la berdua berkongsi dengan My Wife. Rasanya ok la. Tak adala terlalu sedap.Bukan nak makan hari - hari pun.Tetiba teringat tutti frutti (tak ada kaitan) next....

 Lagi rupa parasnya dari sudut atas. My Wife letak jagung, kelapa parut kot? dan kacang

 Ada kertas dan tulis - tulis detail.Malas nak layan so, tak ambik tahu. Dan terakhirnya.

Ada chendol juga ke? sedap tak agak - agaknya? Next time la try.Tak banyak sangat menu.Sangat simple dan mudah di uruskan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kau orang dah penah merasainya? Kalau datang pergi la ke Sangkaya berhampiran anda. Next nak gi kedai makan dekat - dekat situ nama dia 'Kedai Sebalah' nampak macam best je.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015