Thursday, October 01, 2015

1324 : Preview - Callista Butik & Kafe, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh Selangor

Vendor butik menjadi trend sejak setahun dua kebelakangan ini. Ini salah satu vendor butik yang paling dekat dengan tempat kerja aku.
Nak carinya tak susah sebab kawasan ini memang dah biasa.Berhampiran Hospital Putra, Sungai Buloh
 Waktu operasinya adalah seperti di atas. Maksudnya ianya di buka setiap hari? Oh! la la..

 Antara bisnes kad yang sempat di ambil dan di beri kepada biras untuk projek bisnes family.

Pak Long Jus Mangga adalah terbaik. Nanti nak pergi beli lagi la.Ada jus buah lain juga.Yang perasaan ada jus durian belanda.
 Rojak buah ini RM 3.Kuahnya sedap dan banyak juga buah - buahannya.

Penah makan popia cheese? rasa macam nak buat sendiri je.Ni di potong besar - besar. Harga RM4. Ada jual macam - mana lagi dalam ini. Selain minuman ada makanan seperti kek, frozen food dan lain - lain (banyak sangat).Pakaian, kasut, tudung pun ada.Dan lain - lain (malas nak taip dah)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Termimpi - mimpi dah ni nak buka vendor butik sendiri.Konsep nak warna red & black.Boleh je kalau nak warna kegemaran yakni biru atau unggu tapi.. nak kasi kelainan sikit kononnya.#hanyabermimpi.#mampukahmimpimenjadikenyataan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015