Saturday, September 26, 2015

1321 : Preview - Eco Rimba Murai, Batang Kali , Selangor

Lokasi : Eco Rimba Murai, Batang Kali, Selangor


Pada 18.9.2015 dalam 8.40 malam (anggaran) masuk duduk santai depan TV terbuka pulak siaran berita RTM .Aku memang jenis jarang tengok berita sejak dua menjak ini.Segmen Jom Jalan- Jalan tertengok la tempat ini yang sangat warna warni dan cantik.

Nampak macam menarik je. Terus zasss cari FB dia.Nasib jumpa dan terus follow. Masa tue yang like page dia baru 940 like (lebih kurang).

Best kan kalau kita ada hidup berjiran dan berumah warna warni macam ini. Mesti ceria je hidup kan?

Rupa paras biliknya.Harganya ialah RM 130 nett (termasuk sabtu/ahad dan cuti segalanya)

Lagi design katilnya.Untuk dua orang dan bayaran penginapan termasuk sarapan pagi.

Lagi rupa paras biliknya.Di sebabkan chaletnya hanyalah 'sekangkang kera' adalah di kenal pasti bahawa bilik airnya adalah di luar.

Rumah putih ini boleh menempatkan 4 orang dan bayarannya ialah RM 260 termasuk sarapan.

Sangat cute lah rumah putih ini dan bayarannya tidak lah mahal sangat kot!.RM 65 untuk seorang.

Rupa paras salah satu daripada katil di dalam rumah putih tersebut.Agak - agak ada ke tandas dalam tue?

Ini lagi satu katil di dalam bilik ini.Nampaknya memang tak ada ruang santai - santai la dalam rumah ini sebab kecik kan.

Ini ruang untuk makan.Sangat cantik kan? Macam mana lah rupa paras meja makannya ye.

Di akhiri dengan sekeping gambar suasana sungainya. Macam kawasan banyak berbatu je la kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah ada rezeki akan sampai ke sini satu hari nanti. Semoga semuanya di permudahkan. A-Min. 'kita hanya merancang, tuhan yang menentukan'.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015