Friday, September 25, 2015

1320 : Lokasi - Aman Ville, Space U8


Lokasi : GF, Space U8, Selangor

Tarikh & Hari : 20.09.2015 (Ahad) 

Hari ini bawa 'anak pinjam' datang bermain - main di sini.Dari Sg Plong ikut Guthrie je senang.

Harganya RM 20.00 untuk weekends & public/scholl holiday. Kira ok lah kalau duduk dalam ini lama - lama kan.
Stokin adalah wajib ye, unuk kanak - kanak. Kalau tak bawa ada je jual dengan harga RM 3


'Anak pinjam' tengah pakai stokin pink yang baru di beli. Ni kan depan pintu masuk utama.

Ini kawasan meja - meja dan kerusi macam sekolah kanak - kanak di tadika atau taska kan?

Kat sini boleh bikin birthday party dan ada pakejnya (seperti di bawah). Mesti meriah kan?

Sapa yang ada budget RM yang banyak tue boleh la buat majlis kat sini. Aku? ntah belum mampu.

Ni area untuk kanak - kanak kecik bawah 3 tahun (memang sesuai). Untuk baby - baby juga.

Inilah rupa parasnya.Kelemahan tempat ini ialah kurangnya tempat duduk untuk dewasa. Tak kan nak duduk bersandar kat dinding je kot!

Ada kaunter makanan dan minuman.Tapi?? Terhad.Air yang ada pun beberapa jenis air kotak je pun. Tapi air mineralnya hanya RM 1.20 kira murah la kan?

Kat sini ada TV (beberapa bijik juga la) di siarkan rancangan Upin & Ipin.Ni kalau manja daddy si anas tue datang mesti teruja punya.Ok! next time daddy bawa adik datang sini ye.


Ni yang tempat di panggil 'panjat - panjat' jenuh daddy memanjat + mengejar Kak Eizzah. Risau juga sebab tempatnya tinggi.Tak kan nak suruh mummy nya pulak kan? ;p

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Di sebabkan dah mula cuti sekolah orang agak ramai la juga. Tapi tidak lah terlalu ramai. Apa pun yang penting enjoy!

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015