Wednesday, August 26, 2015

1306 : Program - Communication & Leadership Training For CEO's Telaga Biru -18.8.2015 & 19.8.2015

Syukur alhamdulillah, di beri peluang pergi kursus yakni training iaitu latihan untuk menjadikan diri lebih baik. 2 hari tue memang padat dengan kelas yang ada teori, praktikal, games & presentation. Yang atas ini gambar group umie & the menantu's.

Antara aktiviti berpasukan untuk membentuk satu teamwork.Menunjukkan sikap mendengar arahan dari ketua.Kejayaan akan di miliki jika kita patuh pada arahan di beri walaupun dalam keadaan mata tertutup rapat.Untuk percubaan pertama ini semua group gagal.

Hampir - hampir berjaya.Tapi disebabkan arahan yang kurang jelas, matlamat tidak dapat di laksanakan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.Pada giliran kali ke 2, aktiviti ini aku menjadi ketua.Alhamdulillah kejayaan menjadi milik kami walaupun sebenarnya aku tidak yakin pada kemampuan diri sendiri.

Banyak lagi aktiviti lain.Semua aktiviti ada matlamatnya.Program ini lebih menjurus kepada kepimpinan islam vs barat.Kita perlu mengetahuinya dan mengamalkan nilai yang sebenar yakni kepimpinan islam serta belajar tentang komunikasi.

Bila pergi training aktiviti wajibnya ialah makan, makan dan makan.Dari sarapan, tea break pagi, lunch, tea break petang hinggalah ke dinner.Alhamdulillah makanan di sini memang terbaik.

Gambar di hari terakhir.Masa ini hujan mencurah membasahi bumi.Malas nak bangun. ha ha ha. nasib dah habis kelas.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga diriku akan menjadi pemimpin yang lebih baik.Terima Kasih Allah.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015