Monday, August 24, 2015

1304 : Program - Communication & Leadership Training For CEO's Telaga Biru - Preview (Hotel) Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Lokasi : Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan


Tarikh & Hari : 17.8.2015 (Isnin) & 20.8.2015 (Khamis)

Hasil daripada carian google.Ini je yang ada.Bolehlah daripada tak ada. Ni lah rupa paras tempatnya.

Ini adalah anak tangga yang 'menyeksakan nak mendaki dan menuruni' untuk menuju ke kafe. Juga hasil cilok dari google.

 Mendapat bilik di tingkat 8 yakni yang paling tinggi. Biliknya adalah sangat besar dan selesa.

 Ada tambahan satu kerusi panjang yang boleh juga di jadikan tempat tidur atau bersantai - santai.

 Ada TV dengan beberapa saluran Astro seperti HBO, Disney, ESPN dll termasuk TV1,TV2,TV3

Ada ruang sinki dan jug untuk masak air panas.Kabinet bawah ada peti sejuk yang comel lagi cute.

Ini ruang dari pintu masuk utama.Kabinet almari untuk sangkut pakaian + ada juga ruangan untuk letak barang serta letak kasut.
 Satu lagi sisi katil tempat beradu.Konsep bilik yang simple tapi menarik. Kemas dan tersusun je.
Bilik air juga luas dan berasingan antara tempat mandi dan membuang.Yang tak bestnya setiap kali membuang dan yang sewaktu dengannya akan keluarlah bunyi bising dan binggit.Akhirnya buat keputusan tak menyalakan lampu dalam bilik air.Barulah aman damai dari pencemaran bunyi

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Next.. kisah training dan aktivitinya. Tunggu.....

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015